Apabila seorang wanita menyatakan mereka mengalami tanda hamil 1 minggu, ia merujuk kepada minggu pertama mereka tahu tentang kehamilan tersebut. Pelbagai jenis tanda-tanda mengandung minggu pertama yang boleh dialami. Berapa hari muncul tanda hamil?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
23 tanda hamil 1 minggu
Berikut merupakan tanda hamil 1 minggu. Penulis mengecualikan simptom tidak datang haid memandangkan ia merupakan tanda umum yang diketahui ramai sebagai simptom hamil.
- Beritahu keluarga terdekat (jika anda mahu)
- Jumpa doktor secepat mungkin untuk mengesahkan kehamilan
- Rancang temu janji pertama
- Ambil vitamin pranatal
- Pelan kehamilan anda dengan suami
- Tingkatkan pelan pemakanan anda
- Bersedia untuk menghadapi morning sickness
1. Pendarahan ringan dan kekejangan perut
Jika anda mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok), itu mungkin tanda hamil 1 minggu.
Apabila persenyawaan telah berjaya, janin akan dibenamkan ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan.
Proses tersebut menyebabkan pendarahan ringan yang sering kali disertakan dengan simptom kejang perut.
Tanda tanda mengandung minggu pertama #2 Suhu badan naik
Jika anda tiba-tiba terasa panas, itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Kenaikan suhu badan boleh berlaku ketika anda mengalami ovulasi atau setelah persenyawaan berjaya.
Ketika janin dibenamkan ke dalam dinding rahim, kajian menunjukkan bahawa proses keradangan memainkan peranan penting. Ini bermakna, anda akan mengalami kenaikan suhu badan.
3. Kelesuan dan mudah rasa mengantuk
Ketika anda hamil, penghasilan hormon hCG akan mengawal atur rembesan hormon progesteron.
Ia bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu kehamilan malah berperanan dalam mengawal atur kitaran tidur jaga individu.
Kelesuan dan mudah rasa mengantuk merupakan dua tanda hamil 1 minggu.
Tanda tanda mengandung minggu pertama #4 Rasa berdebar-debar
Selain daripada mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda hamil minggu pertama.
Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa.
5. Payudara membesar dan terasa sakit
Perubahan hormon boleh menyebabkan payudara anda mengalami perubahan.
Segelintir individu berisiko untuk mendapat payudara bengkak namun ia akan beransur-ansur hilang apabila badan anda sudah biasa dengan persekitaran hormon yang tinggi.
Puting (areola) anda akan menghitam dan ukur lilitnya akan bertambah. Pastikan anda memakai bra yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan.
Tanda tanda mengandung minggu pertama #6 Sembelit dan kembung perut
Sembelit dan kembung perut merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.
Semasa anda hamil, perubahan hormon akan menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan sembelit.
Banyakkan mengambil makanan berserat bagi membantu melegakan simptom tersebut.
7. Mabuk hamil dan kurang selera makan
Ia merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu yang popular. Lihat sahaja pada drama yang memaparkan babak wanita mengandung. Pasti mereka akan muntah-muntah.
Mabuk hamil kebiasaannya berlaku antara minggu ke-4 dan ke-6. Pastikan anda minum air secukupnya. Jika anda asyik termuntah setelah minum atau makan, jumpa dengan doktor anda.
Tanda tanda mengandung minggu pertama #8 Kerap kencing
Peningkatan pada isipadu darah di dalam badan akan menyebabkan buah pinggang wanita menapis lebih banyak air.
Perkara ini akan menyebabkan anda kerap kencing. Satu nasihat yang sering diberikan adalah jangan tahan kencing anda.
9. Pening kepala
Terdapat pelbagai jenis perubahan fisiologi yang dialami oleh wanita semasa mengandung. Salah satu daripadanya adalah tekanan darah rendah. Hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang.
Perkara ini menyumbang kepada penurunan tekanan darah yang membuatkan anda pening dan berasa seperti dunia berpusing.
Tanda tanda mengandung minggu pertama #10 Pedih ulu hati
Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur.
Perkara ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.
Jika anda mengalami keadaan ini, makan dengan bahagian yang kecil secara kerap. Jangan baring selepas makan dan beritahu doktor anda jika simptom tersebut kerap berlaku.
11. Kekejangan
Pada peringkat awal kehamilan, kekejangan ringan ketika embrio melekat pada dinding rahim mungkin berlaku.
Kekejangan akan dirasai pada bahagian perut, pelvis atau kawasan pinggul bawah. Malah, ia mungkin dirasai seperti:
- sensasi menarik
- kesemutan
- tusukan
12. Hidung dan gusi berdarah
Kedengaran pelik, tetapi ada wanita mengalami pendarahan hidung atau gusi semasa kehamilan dan ia dianggap sebagai tanda tanda mengandung minggu pertama.
Pendarahan berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon dan biasanya terjadi ketika anda sedang menggosok atau flos gigi.
13. Perubahan mood
Apabila hormon badan berdepan perubahan, ia juga akan mempengaruhi emosi anda.
Ia adalah keadaan normal untuk berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Bahkan, mood swing boleh dianggap sebagai antara simptom mengandung paling sering dialami.
Pun begitu, jika anda bergelut dengan kemurungan, kesedihan, kegelisahan mahupun tekanan, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor.
14. Hidung tersumbat
Peningkatan tahap hormon dan penghasilan darah juga boleh mengakibatkan bahagian selaput lendir pada hidung membengkak, kering dan berdarah dengan mudah.
Ia mungkin menjadi punca hidung tersumbat atau berair.
Rasa logam: Tanda hamil 1 minggu #15
Sebilangan wanita menyatakan bahawa mereka mengalami rasa logam dalam mulut pada fasa awal kehamilan.
Ia terasa seperti terdapat duit syiling di dalam mulut dan selalunya berlaku apabila mengambil makanan tertentu atau secara rawak sepanjang hari.
16. Sensitif terhadap bau
Merupakan gejala awal kehamilan yang sering dialami kebanyakan wanita. Pun begitu, terdapat sedikit bukti yang mengaitkan tentang kepekaan bau pada trimester pertama.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan deria bau yang sensitif cenderung mencetuskan mual dan muntah.
17. Mengidam sesuatu makanan
Antara salah satu tanda hamil 1 minggu adalah secara tiba-tiba anda mungkin mengembangkan keinginan untuk makan atau tidak menyukai makanan kegemaran.
Situasi tersebut mungkin akan berlangsung selama 9 bulan kehamilan atau berubah sepanjang tempoh tersebut.
Jaga-jaga ya, paling penting harus mengekalkan berat badan seimbang!
18. Ciri-ciri perut hamil 1 minggu: seri muka & jerawat
Anda mungkin tidak perasan, tetapi individu di sekeliling mula menyatakan nampak ‘seri di wajah’..
Umumnya, ia disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan tahap hormon yang lebih tinggi. Keadaan tersebut sekali gus mendorong lebih banyak darah melalui saluran darah.
Dalam masa yang sama kelenjar minyak badan juga perlu bekerja lebih masa. Peningkatan aktiviti kelenjar minyak badan akan menjadikan kulit kelihatan berkilau dan kemerahan.
Tetapi, hati-hati risiko jerawat untuk muncul juga ada!
19. Tekanan darah tinggi sebagai tanda hamil 1 minggu
Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi atau normal akan turun pada peringkat awal kehamilan.
Keadaan tersebut mungkin mendorong wujudnya rasa pening, kerana saluran darah anda melebar.
20. Keputihan antara ciri-ciri perut hamil 1 minggu
Ada sesetengah wanita mungkin mengesan keputihan tebal pada awal kehamilan. Ia biasanya terjadi pada minggu-minggu pertama kehamilan apabila dinding faraj menebal.
Namun, keputihan ini juga mungkin berlaku sepanjang kehamilan.
Jika terdapat bau tidak menyenangkan atau wujud sensasi terbakar dan kegatalan, lakukan pemeriksaan doktor.
21. Sakit belakang
Walaupun sering dianggap gejala kehamilan lewat, namun ia boleh bermula pada peringkat awal mengandung.
Bahkan, ada wanita yang mengalami rasa sakit belakang ini sepanjang kehamilan.
22. Kaki bengkak juga ciri-ciri perut hamil 1 minggu
Keadaan bengkak yang terjadi melibatkan kaki dan pergelangan kaki. Biasanya disebabkan oleh tekanan dari rahim yang sedang membesar melambatkan aliran darah vena di kaki.
23. Sesak nafas
Sesak nafas juga ciri-ciri perut hamil 1 minggu.
Peningkatan keperluan oksigen tubuh (untuk menyokong tumbesaran janin) boleh menyebabkan sesetengah wanita berasa sesak nafas.
Walau bagaimanapun, simptom ini dikatakan lebih kerap terjadi pada peringkat kehamilan lewat.
Keismpulan
[embed-health-tool-ovulation]