Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 11/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Jangkitan kulat pada faraj yang berlaku kepada wanita hamil, adakah berisiko mendatangkan bahaya kepada bayi? Ini penjelasan yang bakal ibu perlu fahami.

Fahami mengenai jangkitan kulat pada faraj

Jangkitan kulat atau yis adalah keadaan yang tidak berbahaya. Namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan boleh berulang kembali.

Umumnya, jangkitan kulat ini disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Candida albicans

Dianggarkan 3 daripada setiap 4 wanita akan mengalami sekurang-kurangnya satu jangkitan yis sepanjang hayat mereka. Manakala lebih 45% wanita akan mendapat 2 atau lebih jangkitan.

Bagi wanita hamil pula, jangkitan kulat pada faraj lebih kerap untuk berlaku. 

Berdasarkan kajian, kira-kira 20% wanita mempunyai jangkitan kulat Candida dalam faraj secara normal. Angka itu meningkat sehingga 30% semasa kehamilan. 

Kulat lebih cenderung untuk menyebabkan jangkitan semasa kehamilan kerana turun naik hormon. 

Punca jangkitan kulat pada faraj

Jangkitan ini biasanya berlaku apabila jumlah kulat yang normal dalam faraj meningkat secara berlebihan sehingga menyebabkan timbulnya simptom. 

Faktor paling biasa membuatkan wanita cenderung mendapat jangkitan kulat pada faraj termasuklah:

  • Kehamilan 
  • Diabetes
  • Penggunaan pil kawalan kelahiran, antibiotik, atau kortikosteroid
  • Gangguan yang melemahkan sistem ketahanan badan, seperti HIV

Semasa mengandung, perubahan tahap hormon mengubah keseimbangan pH di dalam faraj. Ini mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk yis membiak.

wanita hamil

Komplikasi jangkitan kulat pada wanita hamil

Bagi wanita tidak hamil yang mempunyai sistem imun normal, jangkitan yis jarang menyebabkan komplikasi serius.

Malah, untuk wanita hamil, jangkitan kulat pada faraj biasanya tidak menyebabkan kesan berbahaya pada bakal ibu.

Walau bagaimanapun, anda boleh menyebarkan kulat ini kepada bayi semasa proses kelahiran normal. Oleh sebab itu, penting untuk ibu hamil mendapatkan rawatan sewajarnya. 

Jangkitan yis yang berlaku pada bayi, kebanyakannya terjadi pada kawasan sekitar bahagian mulut dan lampin. 

Risiko komplikasi serius

Pun begitu, dalam kes yang jarang berlaku, jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius pada bayi. Keadaan ini disebabkan oleh sistem kekebalan si manja yang belum berkembang dengan sepenuhnya. 

Sekiranya berlaku, pelbagai masalah kesihatan boleh timbul. Contohnya, ia boleh merebak ke seluruh tubuh bayi dan menjejaskan fungsi pernafasan dan ritma jantung si manja. 

Situasi tersebut kerap terjadi kepada bayi yang ada masalah sistem daya tahan tubuh mereka, seperti bayi yang tidak cukup bulan atau mempunyai jangkitan.

Jangkitan kulat pada faraj ini juga boleh mengakibatkan kesan dan komplikasi serius pada seluruh badan wanita yang mempunyai sistem imun lemah disebabkan masalah kesihatan seperti HIV. 

Simptom dan tanda jangkitan kulat pada faraj

Sekiranya mengalami jangkitan disebabkan oleh Candida albicans, anda berkemungkinan akan berasa gatal pada bahagian faraj dan vulva. 

Vulva adalah bahagian luar alat sulit yang merangkumi bahagian:

Anda juga mungkin akan melihat keputihan berwarna putih. Pelepasan daripada faraj ini mungkin tampak serupa seperti keju kotej dan tidak berbau.

Simptom lain termasuk:

  • Rasa kesakitan pada faraj dan vulva
  • Sensasi terbakar semasa membuang air kecil
  • Ruam pada vulva dan kulit di sekitarnya. Adakalanya, ruam juga boleh muncul pada pangkal paha

Gejala ini boleh berlanjutan selama beberapa jam, hari atau minggu.

jangkitan yis, candida albicans

Pertumbuhan kulat Candida ini juga boleh terjadi pada mulut terutamanya bagi bayi yang baru lahir serta wanita yang lemah sistem imun. Keadaan ini dikenali sebagai kandidiasis mulut.

Keadaan lain boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan jangkitan yis, adalah seperti:

  • Reaksi alergi terhadap produk seperti kondom atau sabun yang digunakan pada bahagian faraj
  • Penyakit kelamin (STD) seperti klamidia dan gonorrhea
  • Vaginosis bakteria, sejenis jangkitan 

Bolehkah jangkitan kulat dirawat?

Untuk merawat jangkitan kulat pada faraj, selalunya doktor akan menyarankan untuk guna krim antikulat atau supositoria. Krim ini akan dapat menghilangkan simptom yang dialami dalam tempoh 7 hari. 

Kedua-dua ubat antikulat oral dan topikal akan digunakan untuk merawat jangkitan kulat yang dialami oleh wanita yang tidak mengandung. 

Tetapi bagi wanita hamil, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor sebelum melakukan sebarang rawatan. Ini kerana ubat oral mungkin tidak selamat untuk digunakan dalam tempoh kehamilan. 

Berdasarkan kajian tahun 2016 mendapati, wujud kaitan antara risiko keguguran yang lebih tinggi dengan penggunaan ubat antikulat oral semasa kehamilan.

Ubat oral ini juga dikaitkan dengan risiko kecacatan kelahiran.

Mencegah jangkitan kulat pada faraj

Bagi wanita hamil dan tidak hamil, terdapat beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan, antaranya:

  • Pakai seluar dalam daripada material kapas atau sutera berbanding sintetik dan ganti setiap hari
  • Basuh seluar dalam dengan air panas dan sabun serta bilas sebanyak 2x untuk memastikan sebarang perengsa dapat disingkirkan sebelum memakainya

ibu mengandung

  • Tukar pakaian renang atau pakaian sukan yang basah secepat mungkin setelah berenang atau bersenam 
  • Elakkan memakai pakaian ketat kerana ia boleh mewujudkan persekitaran lembap dan hangat, sekali gus mendorong perkembangan bakteria dan yis
  • Jangan lakukan meruang
  • Elak daripada menggunakan produk keras seperti pembasmi kuman berhampiran faraj
  • Sentiasa lap bahagian sulit daripada depan ke belakang selepas ke tandas

Amalkan langkah-langkah di atas dan pastinya anda boleh mencegah jangkitan kulat pada faraj. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

Perasan tak tompok putih pada lidah si kecil? Itu mungkin kandidiasis mulut yang berpunca daripada jangkitan kulat. Jom fahami puncanya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan ‘gangguan’ tapi benarkah? Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi. Ikuti penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Masalah Jangkitan Kulat Pada Alat Sulit Bukan Dialami Wanita Saja, Lelaki Pun Boleh Kena!

Suatu ketika dahulu, kita beranggapan bahawa hanya wanita yang boleh mendapat jangkitan yis. Kini, kita tahu ia juga boleh menjangkiti lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Apa itu ujian ultrasound transvaginal? Bunyi seperti menyakitkan. Artikel akan perjelaskan keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
miss v gatal wanita

Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
petua hilangkan selsema

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
sakit belakang semasa mengandung

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan