Menantikan kelahiran bayi sesuatu yang mendebarkan. Lebih membimbangkan jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut?
Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Menantikan kelahiran bayi sesuatu yang mendebarkan. Lebih membimbangkan jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut?
Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.
Kelahiran bayi sama ada anak pertama mahupun yang kelima, pasti tetap akan menjadi perkhabaran yang menggembirakan. Namun, tidak semuanya akan berjalan lancar.
Jika bayi yang dilahirkan 3 minggu lebih awal, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak persoalan mengenai si manja – bagaimana tumbesaran bayi – berbanding ibu bapa bayi yang dilahirkan tepat pada waktunya.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyenaraikan perkembangan atau pencapaian penting dalam tumbesaran anak.
Ia membantu anda untuk mengetahui apa yang perlu diperhatikan seiring peningkatan usia si manja.
Seperkara yang harus diingatkan adalah proses perkembangan anak bukanlah perlumbaan. Anak akan membesar dalam aturan masa mereka tersendiri.
Pun begitu, sesetengah anak mungkin tidak mencapai titik perkembangan yang sama. Ini terutamanya jika mereka dilahirkan lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin sepatutnya.
Jadi bagaimana untuk mengukur tahap perkembangan bayi pramatang?
Si kecil yang menghabiskan masa kurang daripada 37 minggu di dalam kandungan ibunya dianggap sebagai bayi pramatang.
Maka penting untuk menggunakan usia yang sesuai bagi menilai tumbesaran anak.
Untuk mengetahui apa dan bila anak sepatutnya melakukan sesuatu, penting untuk ibu bapa melihat pelarasan usia yang sewajarnya. Ia turut dikenali sebagai pembetulan usia.
Jika kelahiran bayi adalah 2 bulan lebih awal dan sekarang sudah berusia 4 bulan, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk melakukan sama seperti baby yang berusia 4 bulan.
Sebaliknya, anda perlu melihat apa yang boleh dilakukan oleh bayi pada usia 2 bulan.
Sesetengah bayi pramatang boleh mengikuti jejak langkah rakan seusia mereka, tetapi anda sebagai ibu bapa perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.
Walau bagaimanapun, jika bayi pramatang itu mempunyai masalah melibatkan perubatan penting, mereka mungkin memerlukan lebih masa untuk mencapai tahap perkembangan sewajarnya.
Seperti si manja yang lahir cukup bulan, titik perkembangan bayi yang lahir pramatang juga berbeza. Walau apa pun, sesetengah perkara penting perlu berlaku pada urutan masa berikut:
Penyelarasan usia 2 bulan
Penyelarasan usia 4 bulan
Penyelarasan usia 6 bulan
Penyelarasan usia 9 bulan
Penyelarasan usia 12 bulan
Penyelarasan usia 15 bulan
Penyelarasan usia 18 bulan
Perkembangan bayi pramatang pada zaman persekolahan
Apabila bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini mula memasuki alam persekolahan, sebahagian daripada mereka mungkin menghadapi masalah fizikal berterusan seperti asma atau Cerebral palsy.
Mereka juga mungkin menghadapi cabaran perkembangan seperti kesukaran memberikan perhatian atau kurang kawalan motor.
Ini terutamanya bagi kelahiran bayi dengan saiz yang sangat kecil.
Setelah anak anda mencapai usia persekolahan, adalah penting untuk anda berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah bagi mengenal pasti isu yang perlu dan menjadi perhatian.
Semakin awal kelahiran bayi, semakin panjang dan banyak yang perlu dikejarnya.
Walaupun selepas penyelarasan usia untuk perkembangan bayi pramatang dilakukan, anda harus ingat tiada bayi yang akan mempunyai proses tumbesaran yang sama.
Paling penting sebagai parents, anda harus sentiasa memberikan sokongan kepada si manja anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Preemie-Milestones.aspx / Accessed on July 16, 2020
https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-complications/premature-birth/taking-your-baby-home/growth-and-development-after-prematurity / Accessed on July 16, 2020
https://raisingchildren.net.au/newborns/premature-babies/development/premature-baby-26-36-weeks / Accessed on July 16, 2020
https://www.bliss.org.uk/parents/growing-up/developmental-milestones/ Accessed on July 16, 2020