backup og meta

Wah Seronoknya Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan! Ibu Jangan Culas Periksa Kandungan, Ya!

Wah Seronoknya Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan! Ibu Jangan Culas Periksa Kandungan, Ya!

Kehamilan anda sudah masuk trimester kedua? Tahniah para ibu, pasti morning sickness anda sudah kian berkurang! Tetapi, jangan lupa mengahadiri pemeriksaan ibu mengandung ya!

Seperti yang para ibu sedia maklum, pemeriksaan antenatal adalah penting untuk memastikan ibu dan anak yang dikandung dalam keadaan yang sihat.

Penjagaan pranatal selalunya bermula sejurus selepas anda tahu yang anda hamil sehinggalah tempoh bersalin.

Kehamilan yang normal berlangsung selama 9 bulan. Trimester kedua pula bermula pada minggu ke-14 sehingga minggu ke-28 kehamilan.

Di Malaysia, ibu yang sedang mengandung bawah 28 minggu akan berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk pemeriksaan.

Mengapa perlunya penjagaan pranatal pada trimester kedua?

Ibu hamil trimester 2.
Ibu hamil trimester 2.

Pemeriksaan antenatal adalah penting untuk para ibu mengetahui status tumbesaran anak dalam kandungan.

Ketika lawatan anda, doktor yang bertugas akan memantau kesihatan anda dan bayi.

Sewaktu janji temu, anda akan melalui pemeriksaan rutin untuk mengetahui tumbesaran bayi dan juga untuk melihat pergerakan bayi. Selain itu, anda juga mungkin berpeluang untuk mendengar degup jantung bayi anda.

Sewaktu pemeriksaan antenatal pada trimester pertama dan kedua, anda dan juga doktor anda akan:

  1. Memeriksa saiz perut.
  2. Memeriksa kenaikan berat badan.
  3. Membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui posisi dan tumbesaran bayi.
  4. Mengira kadar tendangan anak menggunakan carta gerak anak (Fetal kick chart atau fetal movement chart).
  5. Memeriksa kadar degupan jantung bayi.
  6. Pemeriksaan ibu mengandung menggunakan Cardiotocography (CTG) – mesin yang akan digunakan untuk memeriksa kesihatan bayi jika bayi didapati tidak membesar dengan baik.

Setelah melakukan semua pemeriksaan ini, doktor akan berbincang dengan anda mengenai keadaan semasa bayi dalam kandungan.

Selain itu, inilah masanya untuk bertanya jika anda mempunyai soalan kepada doktor anda. Jangan malu bertanya walaupun anda rasa soalan itu tidak penting ataupun tidak berkaitan dengan kehamilan anda.

Senarai ujian yang mungkin akan anda hadapi semasa pemeriksaan trimester kedua

1. Ujian hemoglobin

Ibu haruslah mengambil ujian hemoglobin untuk memastikan kadar sel darah merah dalam badan adalah dalam keadaan normal.

Jika pemeriksaan mendapati ibu mengandung dalam keadaan anemia, doktor mungkin akan menjalankan ujian dengan lebih kerap.

Penyebab utama anemia dalam kalangan ibu mengandung ialah kekurangan zat besi. Oleh itu, para ibu haruslah menjaga pemakanan dan cuba untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.

Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah normal dalam kalangan ibu mengandung.

2. Ujian toleransi glukosa

Ibu mengandung akan menjalani ujian ini ketika trimester kedua.

Ujian ini adalah penting untuk memeriksa sama ada ibu mengalami diabetes gestasi. Kondisi ini hanyalah sementara dan akan hilang sejurus ibu melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, ibu yang menghidap diabetes gestasi lebih berpontensi untuk mengalami kelahiran jenis caesarean.

Ini adalah kerana bayi yang dikandung ibu yang menghidap diabetes gestasi adalah lebih besar daripada saiz biasa.

3. Pemeriksaan ibu mengandung antibodi

Pemeriksaan ini hanyalah dijalankan jika ibu mempunyai status rhesus negatif.

Ibu yang mempunyai status rhesus negatif akan diberikan suntikan ‘RhoGAM’ pada minggu ke-28 untuk mengelakkan komplikasi semasa bersalin.

4. Ujian ultrasound

Ultrasound adalah penting untuk memeriksa posisi dan juga keadaan bayi. Ujian ultrabunyi juga boleh digunakan untuk memeriksa jantina bayi dan juga sebarang kecacatan yang mungkin dialami.

Ujian ultrasound selalunya dijalankan pada sekitar trimester kedua iaitu pada minggu ke-18 hingga 20 kehamilan.

Pentingnya sokongan moral semasa pemeriksaan antenatal

Ibu yang sedang hamil.
Ibu yang sedang hamil.

Kehamilan merupakan saat yang amat istimewa bagi para ibu. Walaupun begitu, kadangkala emosi ibu turut terganggu dan perlu mendapatkan sokongan moral yang jitu daripada keluarganya pada saat kehamilan.

Kehadiran suami dan juga keluarga di sisi ketika pemeriksaan ibu mengandung antenatal boleh memberikan sokongan emosi kepada ibu yang sedang mengandung.

Selain itu, jika kedua-dua ibu dan bapa hadir semasa pemeriksaan ibu mengandung pranatal, lebih mudah untuk doktor berbincang tentang rancangan anda semasa bersalin nanti.

Ibu juga lebih mudah untuk berkongsi rasa gusar dan juga masalah kepada doktor di samping suami.

Bila anda harus berjumpa dengan doktor anda?

Kehamilan pada trimester kedua mungkin lebih mudah untuk emosi dan juga fizikal para ibu.

Morning sickness semakin berkurang dan anda akan rasa lebih bahagia ketika merasakan pergerakan bayi anda. Perut anda juga akan nampak lebih jelas daripada biasa.


Jika anda mengalami tanda-tanda yang tidak normal, pendarahan ataupun sakit ketika membuang air kecil, sila berjumpa dengan doktor anda pada kadar yang segera.

Ibu juga boleh menghadapi depresi dan juga gangguan kegelisahan ketika hamil. Jangan abaikan kesihatan mental anda. Jumpa doktor dan berbincanglah dengan pakar mengenai keadaan anda.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Healthy Families. 2013. Check-ups and Tests in the Second Trimester. August 10. Accessed June 16, 2020. https://www.healthyfamiliesbc.ca/home/articles/check-ups-and-tests-second-trimester.
  2. Kids Health. 2018. Prenatal Tests: Second Trimester. August. Accessed June 16 , 2020. https://kidshealth.org/en/parents/tests-second-trimester.html.
  3. Mayo Clinic. 2018. Prenatal care: 2nd trimester visits. November 10. Accessed June 16, 2020. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/prenatal-care/art-20044581.
  4. Medline Plus. 2018. Prenatal care in your second trimester. April 19. Accessed June 16 , 2020. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000557.htm#:~:text=Routine%20Prenatal%20Visits&text=In%20your%20second%20trimester%2C%20you,or%20labor%20coach%20with%20you.
  5. MyHEALTH Portal. 2019. Antenal Care. August 23. Accessed June 16 , 2020. http://www.myhealth.gov.my/en/antenal-care/.

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!

Cukup Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Benarkah? Ini Yang Anda Patut Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan