What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

7 Perkara Anda Patut Buat Selepas Bersenggama, Jangan Terus Tidur Ya!

    7 Perkara Anda Patut Buat Selepas Bersenggama, Jangan Terus Tidur Ya!

    Apa yang biasa kalian lakukan selepas bersetubuh atau hubungan seksual? Tarik selimut dan terus tidur?

    Haaa… Itu 1 kesilapan. Ini yang sepatutnya anda lakukan demi penjagaan kesihatan anda berdua.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

    Selepas bersetubuh, tidur? JANGAN!

    Biasanya selepas bersetubuh, pastinya anda akan berasa malas untuk bangun dari katil apatah lagi menuju ke bilik air.

    Namun itu adalah perkara yang perlu anda elakkan, kenapa?

    Memang anda akan lebih tertarik untuk bermanja-manja serta berpelukan selepas hubungan seksual terlebih dahulu sebelum melayari mimpi indah. Tetapi ia adalah tindakan yang salah!

    Sebaliknya kalian perlu membersihkan organ intim terutamanya bagi wanita untuk penjagaan kesihatan faraj atau ia akan meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan penyakit kelamin.

    Jangan ambil mudah, okay?

    Bagaimana dengan penjagaan bahagian intim selepas bersetubuh?

    selepas bersetubuh

    Berikut adalah penjagaan kesihatan bahagian intim yang perlu dilakukan selepas bersama, cuba amalkan okay?

    1. Lapkan bahagian sulit

    Jika anda terus menuju ke bilik air untuk mandi, pastinya pasangan anda akan terasa hati, bukan?

    Jadi buat sementara waktu, jika anda masih ingin berdakapan dengan pasangan, terlebih dahulu lapkan bahagian intim kalian.

    Pilihan paling mudah adalah dengan mengelap organ sekitar faraj dan zakar dengan tisu basah tanpa pewangi.

    Pastikan anda mengelap dari bahagian depan ke belakang untuk mengelakkan penyebaran bakteria daripada faraj dan uretra.

    Jika ingin lebih bersih, bilaskan bahagian intim dengan air suam.

    Anda boleh menggunakan sabun tetapi ia mungkin akan menyebabkan kerengsaan, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.

    1. Mengosongkan pundi kencing

    Walaupun anda tidak mempunyai keinginan untuk kencing, namun disarankan untuk cuba melakukannya juga.

    Ini kerana sistem aliran air kencing akan membantu mengeluarkan bakteria daripada uretra – tiub pendek yang membawa air kencing keluar dari badan.

    Ia penting untuk dilakukan, khususnya kepada wanita kerana jangkitan penyakit kelamin berlaku apabila bakteria yang biasanya hidup di dalam vagina atau usus besar ditolak masuk ke dalam uretra semasa aktiviti seksual.

    Anda mungkin tidak pernah mengalami masalah jangkitan kelamin, tetapi tidak ada salahnya jika merajinkan diri ke tandas selepas selesai bersama pasangan.

    Usah terus berlari ke bilik air sebaik selesai senggama, namun sebaiknya dalam tempoh 15 minit selepas bersetubuh, okay?

    1. Meruang- boleh ke?

    Sesetengah wanita berasakan mereka perlu membersihkan bahagian dalam faraj selepas hubungan seksual sebagai cara penjagaan kesihatan vagina.

    Namun tindakan meruang itu mungkin akan hanya cenderung menyebabkan lebih jangkitan.

    Ini kerana meruang hanya akan menjejaskan keseimbangan bakteria semula jadi yang melindungi faraj anda.

    Jadi cara terbaik untuk penjagaan faraj selepas hubungan intim adalah dengan membiarkan ia melakukan proses pembersihan semula jadinya sendiri.


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    1. Mencuci tangan

    Semasa bersenggama, mungkin terdapat bakteria yang melekat di tangan anda selepas memegang bahagian intim anda atau pasangan.

    Sudah tentu cara terbaik untuk menyingkirkannya adalah dengan mencuci tangan menggunakan sabun.

    Mencuci tangan adalah kunci utama bagi mengekang penularan jangkitan penyakit kelamin.

    Sebaiknya jadikan ini 1 amalan yang dilakukan setiap kali selepas bersama dengan pasangan, okay?

    1. Minum air

    selepas bersetubuh

    Anda disarankan untuk minum banyak air kosong sebelum, semasa dan selepas bersenggama.

    Ia bukan sahaja untuk menjadikan anda kekal terhidrasi, tetapi juga membuatkan anda untuk lebih mudah membuang air kecil selepas itu.

    Lebih baik lagi, jika anda kerap membuang air, ia membolehkan anda untuk membuang bakteria tidak baik dan mengurangkan risiko untuk ia membiak di dalam pundi kencing serta saluran kencing.

    1. Minum jus kranberi selepas bersetubuh?

    Anda mungkin pernah mendengar mengenai pengambilan jus kranberi selepas hubungan seksual dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing.

    Ini kerana jus tersebut dikatakan cukup berasid untuk menghentikan jangkitan atau mempunyai bahan yang dapat mencegah bakteria daripada melekat pada saluran kencing.

    Walau bagaimanapun, tidak terdapat kajian yang boleh membuktikan kepercayaan ini. Jadi apa kata anda kekal dengan pengambilan air kosong sahaja, okay?

    1. Pakai pakaian longgar

    selepas bersetubuh

    Bahagian yang panas dan berpeluh adalah tempat yang sempurna untuk pembiakan bakteria dan yis.

    Jadi jika anda ingin menyarungkan pakaian selepas bersetubuh, pastikan ia pakaian yang membenarkan kulit bernafas.

    Individu wanita dinasihatkan untuk tidak memakai pakaian dalam yang terlalu ketat.

    Ini kerana selepas aktiviti seksual, mungkin akan lebih banyak cecair faraj dan peluh akan terhasil.

    Pakaian dalam daripada material kapas adalah bagus untuk anda berdua. Atau pilihan yang terbaik untuk kalian adalah tidur berbogel.

    Lakukan pemeriksaan

    selepas bersetubuh

    Sekiranya selepas bersetubuh anda berasa tidak selesa pada bahagian intim, perhatikan jika wujud simptom kegatalan, kesakitan atau mungkin berlaku pendarahan.

    Jika keadaan itu berlanjutan atau menyebabkan kebimbangan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Panjang Kitaran

    (hari)

    28

    Objektif

    (hari)

    7

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Sex Hygiene.https://archive.org/details/SEX.HYGIENE. Accessed on Feb 25, 2022.
    2. Action Steps to Good Sexual Health. https://www.nationalcoalitionforsexualhealth.org/sexual-health/what-is-sexual-health. Accessed on Feb 25, 2022.
    3. Do You Bleed After Sex? When to See a Doctor. https://health.clevelandclinic.org/what-should-you-do-if-you-bleed-after-sex/. Accessed on Feb 25, 2022.
    4. Bleeding after sex. https://www.healthnavigator.org.nz/health-a-z/b/bleeding-after-sex/. Accessed on Feb 25, 2022.
    5. What causes a woman to bleed after sex? https://www.nhs.uk/common-health-questions/womens-health/what-causes-a-woman-to-bleed-after-sex/. Accessed on Feb 25, 2022.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 4 minggu lalu
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Next article: