backup og meta

Bakal Ibu, Cubalah 7 Senaman Ini Untuk Cepatkan Proses Kelahiran Baby, MUDAH Saja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    Bakal Ibu, Cubalah 7 Senaman Ini Untuk Cepatkan Proses Kelahiran Baby, MUDAH Saja!

    Ingin mengelakkan penggunaan induce semasa melahirkan anak? Bakal ibu boleh cuba cara mempercepat kelahiran bayi secara normal ini. Ia sangat mudah, hanya bersenam!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Menanti saat melahirkan anak

    Secara rasminya, apabila memasuki minggu kehamilan ke-39, anda dianggap sudah berada dalam tempoh kehamilan penuh.

    Walaupun sudah berada pada tarikh jangkaan bersalin, namun ada kalanya si kecil masih tidak menunjukkan tanda ingin ‘melihat dunia’.

    Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.

    Jadi, apakah cara yang membolehkan kelahiran itu terjadi? Antara taktik yang boleh dicuba adalah bersenam sebagai cara mempercepat kelahiran bayi secara normal. 

    Umumnya, senaman ini hanya berkesan jika tubuh anda sudah bersedia untuk bersalin. Pun begitu, tiada salahnya untuk mencuba.

    Waktu selamat melakukan senaman

    Secara am, melainkan anda mengalami sebarang komplikasi kehamilan tertentu, melakukan senaman lembut dan teknik pernafasan tidak akan menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang.

    Malahan anda mungkin mahu berlatih beberapa teknik semasa mengalami kontraksi Braxton Hicks.

    cara mempercepat kelahiran bayi secara normal

    Namun, walaupun dalam kehamilan yang sihat, terdapat beberapa senaman untuk mempercepatkan kelahiran bayi ini yang mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan. Jika ia berlaku, pastikan anda berhenti dan dapatkan rehat secukupnya.

    Sebaiknya sebelum memulakan sebarang latihan senaman, lakukan rundingan doktor terlebih dahulu.

    Cara mempercepat kelahiran bayi secara normal melalui senaman 

    Sudah bersedia untuk melakukan senaman? Berikut 7 senaman yang mungkin dapat mendorong proses melahirkan anak lebih cepat.

    #1. Latihan pernafasan

    Ketika bernafas secara normal, anda akan berkontrak dengan abdomen semasa menghembus nafas.

    Tetapi apabila cuba untuk mendorong proses melahirkan anak, anda perlu melibatkan otot asas dan diafragma semasa menyedut nafas melalui hidung dan ‘cuba untuk memeluk bayi dengan otot perut’.

    Tahan nafas anda sebentar dan hembus secara perlahan menggunakan mulut. Anda perlu berasa santai dan membayangkan bayi sedang berada di saluran kelahiran.

    Teruskan latihan pernafasan ini sehingga dapat berasakan otot lantai pelvis mengendur.

    #2. Butterfly pose, antara cara mempercepat kelahiran bayi secara normal

    Jika anda seorang kaki yoga, posisi rama-rama ini pastinya sudah biasa untuk dilakukan.

    Tahukah anda, senaman ini dapat meningkatkan kelenturan pada sendi pelvis, aliran darah dan mempermudahkan proses beranak?

    Ya! Untuk melakukan teknik ini, pastikan anda duduk secara tegak di atas lantai. Kemudian, satukan kedua-dua tapak kaki dengan membengkokkan lutut.

    Tarik kaki ke arah tubuh untuk merasakan regangan pada pinggul dan paha dalaman anda. Pastikan anda bernafas secara normal ya?

    Baca juga:

    #3. Birthing ball

    Duduk di atas birthing ball dalam posisi melebarkan kaki secara neutral membantu mempersiapkan tubuh untuk bersalin dengan cara meningkatkan aliran darah, membuka pelvis dan mendorong pelebaran serviks.

    Cubalah lakukan senaman lain di atas birthing ball seperti putaran pinggul, menggoyang dan membuat henjutan bola (bouncing) secara lembut.

    Cara mempercepat kelahiran bayi secara normal #4. Berjalan 

    Melakukan rutin senaman secara berkala, termasuk melibatkan kardio berintensiti rendah seperti berjalan kaki mempunyai banyak manfaat untuk sepanjang tempoh kehamilan.

    Bahkan berjalan kaki juga mempunyai peranan penting sebagai senaman bagi mendorong proses bersalin.

    Ini kerana ia membantu pelebaran serviks dan memungkinkan bayi turun ke dalam pelvis. 

    Senaman ini juga dapat meredakan kegelisahan anda semasa melalui proses kelahiran si kecil nanti. 

    cara mempercepat kelahiran bayi secara normal

    #5. Lakukan lunges

    Senaman lunges membantu menguatkan otot paha hadapan dan belakang serta otot betis yang memainkan peranan besar dalam sistem pergerakan badan.

    Semasa kehamilan, ia dapat meregangkan pinggul dan membuka pelvis yang membantu bayi bergerak ke posisi kelahiran ideal, sekali gus memudahkan untuk melahirkan anak.

    Langkah untuk melakukannya adalah anda perlu berdiri tegak dan kemudian sebelah kaki digerakkan ke hadapan. Manakala sebelah lagi kaki akan berlutut selari dengan lantai.

    Langkah seterusnya adalah kembali ke posisi asal dan ulang kembali langkah sama dengan kaki yang berbeza. 

    #6. Squats dengan sokongan, cara mempercepat kelahiran bayi secara normal

    Senaman ini dapat membantu menguatkan otot sekitar pinggul dan kaki, meregangkan  lantai pelvis dan mendorong bayi bergerak ke bawah. Ia juga membantu tubuh untuk berehat.

    Disarankan untuk melakukan senaman ini sehingga tempoh 5 minit sehari sebaik sahaja bayi sudah berada di posisi kepala ke bawah.

    Untuk memulakannya, sandarkan punggung pada dinding. Lebarkan kaki selari dengan lebar bahu dengan jari kaki menghala ke luar.

    Kemudian, bengkokkan lutut dan turun serendah yang anda selesa, dalam masa yang sama hembuskan nafas secara perlahan-lahan. 

    Secara perlahan-lahan, dengan memastikan lutut menghala ke luar, kembali ke posisi awal sambil menyedut nafas. 

    cara mempercepat kelahiran bayi secara normal

    Cara mempercepat kelahiran bayi secara normal #7. Lakukan pelvic tilts

    Semasa proses melahirkan anak, tulang pelvis akan terpisah untuk menampung kepala bayi. Anda boleh meregangkan sendi dengan melakukan senaman pelvis tilt.

    Ini salah satu cara untuk melakukannya – baring secara menelentang dan bengkokkan lutut.

    Secara perlahan, angkat pelvis sehingga selari dengan tubuh (torso). Kekal berada dalam posisi ini untuk tempoh sehingga 10 saat. 

    Kembali kepada posisi asal dan ulang teknik ini beberapa kali. 

    Kesimpulannya, bakal ibu boleh pilih senaman mana yang anda selesa bagi mempercepatkan keelahiran normal. Namun, dapatkan rundingan dengan doktor sebelum mencuba sebarang senaman yang kami cadangkan di atas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan