
#2 Pemeriksaan doktor
Seorang wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu melakukan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor.
Pemeriksaan pranatal perlu dilakukan sebaik sahaja, anda berasakan anda mungkin hamil.
Ini bagi memastikan tahap kesihatan ibu mengandung dan kandungan berada dalam keadaan baik.
Tabiat berbahaya
#3 Pengambilan alkohol
Alkohol diminum oleh ibu mengandung akan disalurkan kepada bayi melalui tali pusat.
Pun begitu, tidak dapat diputuskan jumlah penggunaan alkohol yang selamat semasa merancang kehamilan atau ketika tempoh kehamilan.
Meminum alkohol semasa hamil meningkatkan risiko keguguran, bayi mati dalam kandungan serta pelbagai kecacatan fizikal, tingkah laku dan intelektual pada anak yang bakal dilahirkan.
#4 Menghisap rokok
Tabiat merokok semasa hamil boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang, kecacatan bayi semasa kelahiran tertentu seperti masalah sumbing serta kematian bayi.
Sebagai perokok pasif juga, berada dalam persekitaran dengan asap tembakau menyebabkan wanita dan kandungannya berisiko menghadapi masalah.
Berhenti merokok sebelum hamil adalah keputusan yang terbaik.
Manakala bagi ibu mengandung, menghentikan tabiat merokok secepat yang mungkin masih boleh melindungi bayi daripada masalah kesihatan seperti kurang berat sewaktu lahir.
#5 Mencegah jangkitan
Sesetengah jangkitan dialami oleh wanita hamil turut boleh membahayakan dan menjejaskan tumbesaran si manja di dalam kandungan.
Lebih malang, ia boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran. Oleh sebab itu, penting untuk bakal ibu menjaga kesihatan dalam tempoh kehamilan.
Pemilihan gaya hidup seimbang
#6 Mengawal diabetes
Diabetes semasa mengandung boleh meningkatkan kecenderungan untuk berdepan masalah kecacatan bayi dan isu lain sepanjang tempoh kehamilan.
Lebih membimbangkan ia boleh menyebabkan komplikasi serius bagi ibu mengandung.
#7 Berat badan seimbang
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, anda disyorkan untuk berusaha mencapai dan mengekalkan berat badan yang seimbang.
Wanita obesiti dengan nilai BMI (indeks jisim badan) 30 atau lebih tinggi sebelum hamil berisiko mengalami komplikasi semasa tempoh kehamilan.
Masalah berat badan yang berlebihan itu juga meningkatkan risiko ibu mengandung untuk berdepan beberapa kecacatan kelahiran yang serius.

#8 Diet sihat
Tidak kira sama ada anda sedang merancang kehamilan atau sedang mengandung, mengamalkan tabiat diet pemakanan yang sihat dan seimbang adalah perkara penting.
Diet harian anda haruslah merangkumi pengambilan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, produk tenusu rendah lemak dan protein tanpa lemak.
#9 Aktiviti fizikal
Pastinya ramai yang mengetahui bahawa bersenam adalah 1 perkara yang baik untuk kesihatan. Pun begitu, berapa ramai yang mengamalkannya?
Ibu mengandung juga amat digalakkan untuk bersenam mengikut kesesuaian keadaan.
Rundingan pakar kesihatan
#10 Pengambilan ubatan
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan kecacatan bayi yang serius jika diambil semasa tempoh kehamilan.
Bagi ibu mengandung atau wanita yang sedang merancang untuk hamil, anda tidak boleh berhenti mengambil sebarang ubatan yang diperlukan atau mula mengambil ubat tanpa rundingan doktor.
#11 Suntikan vaksin
Kebanyakan vaksin adalah selamat untuk diambil semasa tempoh kehamilan.
Bahkan vaksin seperti vaksin selesema, vaksin Tdap (tetanus dewasa, difteria dan vaksin pertusis aselular) disarankan secara khusus semasa kehamilan.
Pengambilan vaksin tertentu dapat menghindari wanita daripada jangkitan yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
Kesimpulannya, jika anda sedang merancang untuk hamil, jagalah pemakanan dan kesihatan diri anda.