Pernah tak terlintas di fikiran anda sama ada anda sudah melakukan perkara terbaik dalam penjagaan kesihatan faraj seperti pemakaian seluar dalam yang bersesuaian untuk alat kelamin anda?
Pernah tak terlintas di fikiran anda sama ada anda sudah melakukan perkara terbaik dalam penjagaan kesihatan faraj seperti pemakaian seluar dalam yang bersesuaian untuk alat kelamin anda?

Ianya seperti, adakah anda tahu bahawa ada kain seluar dalam tertentu yang lebih baik untuk faraj anda atau tempoh waktu tertentu ia boleh digunakan?
Girls, pemilihan seluar dalam amatlah penting terutamanya bagi menjamin kesihatan wanita di samping berasa selesa dan yakin ketika memakainya.
Oleh itu, artikel ini akan membantu anda dalam mengupas dan mengenal pasti ciri-ciri seluar dalam wanita yang terbaik.
Ini sekali gus dapat membantu kelangsungan kesihatan faraj anda.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Elakkan daripada memakai fabrik nilon, asetat, atau serat buatan lain jika anda mempunyai kulit yang halus atau kulit yang sensitif.
Anda mungkin pernah mendengarnya sebelum ini, tetapi walaupun ada banyak bentuk rekaan seluar dalam yang comel berlainan fabrik dijual di pasaran, tapi fabrik kapas adalah pilihan yang terbaik bagi vagina anda.
Dr. Alyse Kelly-Jones menjelaskan bahawa vulva adalah kawasan yang sangat sensitif dan halus, ia mirip dengan bibir di wajah anda.
Oleh itu, kawasan berkenaan haruslah dijaga dengan fabrik yang lembut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
08/09/2022
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin