
Apakah itu klitoris wanita?
Klitoris (kelentit) berada di kedudukan puncak vulva di atas uretra dan bukaan faraj. Klitoris adalah sensitif terhadap sentuhan. Ia boleh memberikan keseronokan yang hebat kepada wanita jika dirangsang.
Apakah itu G-Spot
Saintis Beverly Whipple percaya bahawa G-spot tidak harus diajar sebagai satu entiti anatomi.
Beliau mencadangkan bahawa G-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj.
Secara mudahnya, G-spot bukanlah perkara yang fizikal tetapi lebih rumit daripada itu.
Kajian telah membuktikan bahawa keseronokan tersebut yang dirasai semasa rangsangankawasan yang dikatakan G-spot sebenarnya melibatkan dinding hadapan faraj, kelenjar Skene (prostat wanita) dan kawasan klitoris.
Setiap wanita adalah berbeza
Tanpa mengira anatomi yang mungkin serupa, setiap wanita mempunyai struktur dalaman yang berbeza. Jika anda tidak pernah mengalami orgasme faraj, badan anda berkemungkinan distruktur dalam bentuk yang khusus.
Klitoris dan G-spot anda mungkin tidak dijadikan untuk sensitif terhadap rangsangan seperti orang lain. Tahap sensitiviti anda bergantung kepada bagaimana kawasan klitoris, uretra dan faraj anda distruktur.
Wanita dengan kawasan tersebut yang luas adalah lebih berkemungkinan mempunyai orgasme faraj berbanding orang lain.
Saintis menjelaskan bahawa kawasan yang lebih luas bermakna lebih banyak saluran darah, otot dan kelenjar yang meningkatkan sensitivitinya.
Ramai wanita memerlukan rangsangan lebih untuk mencapai orgasme. Walau bagaimanapun, hanya kerana mereka mempunyai struktur yang berbeza, tidak bermakna badan mereka bermasalah.
Memandangkan setiap setiap orang adalah berbeza, anda harus berbincang dengan pasangan tentang apa yang membuatkan anda selesa (lokasi, jumlah tekanan, dsb.). Komunikasi ialah kunci kepada kejayaan hubungan intim.
Selain itu, orgasme jarang berlaku dengan sendiri. Anda harus mencarinya. Belajar cara badan anda berfungsi, apa yang membuatkan anda terangsang dan bagaimana untuk mencapainya.
Kebanyakan orang cenderung untuk memfokuskan pada orgasme sedangkan fokus harus diberikan kepada keghairahan dan keseronokan.
Ramai wanita yang mengatakan keseronokan yang kuat terjadi dari rangsangan klitoris berbanding rangsangan yang lain.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.