Hai lelaki, mungkin anda pernah mengalami zakar gatal. Adakah anda tahu, gatal pada kemaluan berlaku mungkin sebab tanda jangkitan yis?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Hai lelaki, mungkin anda pernah mengalami zakar gatal. Adakah anda tahu, gatal pada kemaluan berlaku mungkin sebab tanda jangkitan yis?
Apakah maksud jangkitan yis?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Jangkitan yis biasanya lebih dikaitkan sebagai masalah yang sering berlaku pada alat sulit wanita.
Namun, jangkitan ini juga sebenarnya boleh terjadi pada kaum lelaki. Jangkitan yis adalah sejenis jangkitan kulat yang boleh berlaku pada tubuh manusia.
Pada kebiasaannya, sistem imun badan akan mengawal pertumbuhan yis ini.
Namun, ia akan merebak dan tumbuh dengan lebih banyak pada saat sistem imun tubuh anda berada dalam keadaan yang lemah seperti ketika sedang sakit.
Yis atau kulat yang menjangkiti bahagian kemaluan lelaki ini amat menggemari persekitaran atau bahagian tubuh yang lembap dan sedikit panas lalu menyebabkan zakar gatal.
Antara penyebab atau punca utama zakar gatal apabila berlakunya jangkitan yis ini ialah kerap melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Selain itu juga, terdapat beberapa punca lain yang menyebabkan zakar gatal seperti:
Bagaimana nak tahu jika zakar saya dijangkiti kulat?
Antara tanda-tanda awal anda dijangkiti adalah dengan adanya ruam merah atau kadangkala tompok berwarna putih pada zakar.
Kulit pada zakar juga mungkin akan sedikit lembap daripada biasa.
Jika anda tidak bersunat, mungkin akan ada cecair putih pada bawah kulup zakar atau pada lipatan kulit zakar.
Selain itu, anda juga mungkin akan rasa terbakar pada zakar anda.
Anda juga mungkin akan mengalami gatal pada kemaluan dan mempunyai bau zakar yang kurang menyenangkan.
Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti ini, jangan sesekali mengabaikannya.
Ini kerana selain daripada jangkitan yis, ia juga mungkin menandakan adanya jangkitan kelamin yang lain.
Selain daripada melakukan seks secara berisiko, terdapat juga faktor risiko lain yang mendedahkan seseorang lelaki itu untuk mendapat jangkitan yis.
Antara faktor risiko utama berlakunya jangkitan ini dalam kalangan lelaki ialah tidak bersunat.
Ini kerana bahagian yang berada di bawah kulup zakar boleh menjadi lokasi terbaik untuk kulat membiak.
Apatah lagi jika seseorang itu tidak begitu menjaga kebersihan diri seperti kerap mandi atau tidak mencuci kemaluan dengan bersih.
Selain itu, individu yang mempunyai kencing manis atau diabetes dan juga memiliki berat badan berlebihan turut berisiko untuk mendapat jangkitan ini.
Jika seseorang itu mempunyai sistem imun yang terjejas seperti penghidap HIV atau kesan daripada rawatan kanser, dia juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.
Pada kebiasaannya, anda boleh mendapatkan salap atau krim sapuan antikulat yang boleh merawat jangkitan ini.
Terdapat beberapa jenis krim antikulat yang boleh anda gunakan, antaranya:
Anda boleh mendapatkan krim ini di farmasi-farmasi berdekatan dan ia tidak memerlukan preskripsi daripada doktor.
Namun, bagi jangkitan yang lebih teruk atau serius, anda mungkin memerlukan preskripsi daripada doktor untuk mendapatkan jenis ubat-ubatan yang lebih kuat.
Sekiranya jangkitan yang berlaku itu dirawat lebih awal dan ubat yang digunakan berkesan dengan baik, biasanya ia akan sembuh dalam tempoh satu minggu sahaja.
Sekiranya anda kerap mendapat jangkitan ini walaupun anda telah mendapatkan rawatan sebelum ini, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.
Anda mungkin mempunyai beberapa keadaan lain yang menyebabkan jangkitan yis ini kembali berlaku seperti diabetes atau mempunyai berat badan yang berlebihan.
Walaupun kaum lelaki kurang cenderung untuk mengalami gatal pada kemaluan akibat jangkitan ini berbanding wanita, anda juga perlu tahu bagaimana jangkitan ini boleh berlaku.
Ini untuk memastikan agar anda dapat mengenal pasti sebarang tanda atau simptom yang mungkin berlaku jika dijangkiti kelak.
Walaupun anda boleh merawat gatal pada kemaluan akibat jangkitan yis melalui ubat di farmasi, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan tahap kebersihan zakar anda.
Bagi mencegah jangkitan ini daripada berlaku kembali, amalkan kebersihan diri dengan lebih baik.
Pastikan anda kerap mandi dan mencuci zakar anda dengan sempurna sejurus anda membuang air kecil atau sekiranya anda kerap berpeluh.
Oleh sebab itu, kaum lelaki amat disarankan untuk mencuci zakar mereka selepas membuang air bagi mengelakkan jangkitan-jangkitan seperti ini.
Jika tidak dicuci dengan baik, anda pasti akan mengalami gatal pada kemaluan dengan lebih kerap kelak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen