backup og meta

Lelaki Dan 3 Individu Ini Lebih Berisiko Menghidap Jangkitan Kulat Kuku, Patutlah Kuku Nampak Kekuningan!

Fakta Disemak oleh Ayu Idris


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/07/2022

    Lelaki Dan 3 Individu Ini Lebih Berisiko Menghidap Jangkitan Kulat Kuku, Patutlah Kuku Nampak Kekuningan!

    Masalah kuku rapuh, rosak atau kekuningan adalah sesuatu yang sering dipandang remeh oleh kebanyakan individu. Malah, ramai yang membiarkan masalah kuku yang dialami mereka ini begitu sahaja, tanpa mencari sebarang penyelesaian.

    Tetapi tahukah anda, masalah kuku rapuh dan kekuningan ini mungkin berpunca daripada penyakit yang lebih serius? Kuku yang menebal dan mudah patah mungkin disebabkan jangkitan kulat kuku atau turut dikenali sebagai onychomycosis 1.

    Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Namun, kaum lelaki lebih cenderung untuk menghidap masalah kuku rapuh dan kekuningan ini 6.

    Apa itu jangkitan kulat kuku dan mengapa lelaki lebih berisiko?

    Jangkitan kulat kuku adalah kehadiran kulat yang tumbuh secara berlebihan, dan munculnya beberapa bintik putih atau kuning di hujung kuku. Apabila jangkitan menjadi semakin parah, kuku mangsa akan mula menjadi kusam, menebal dan rapuh 1.

    Ia memakan masa yang agak lama untuk dirawat dan cenderung untuk berulang. Dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengganggu kehidupan harian penghidapnya kerana rasa sakit dan tidak selesa 1.

    Namun apa yang menggemparkan adalah hasil kajian dari Journal of the American Academy of Dermatology yang mendapati kaum lelaki 3 kali ganda lebih berisiko untuk menghidap jangkitan kuku berbanding wanita! 6.

    kuku rapuh

    Mengapa? Secara logiknya, masalah jangkitan kulat kuku mungkin lebih banyak menghantui kaum lelaki kerana sikap dan gaya hidup mereka. Kulat ini berkeupayaan untuk membiak dengan jayanya di tempat yang gelap, lembap dan hangat 8, seperti di dalam kasut bertutup yang ketat 12.

    Kebanyakan wanita lebih gemar memakai kasut yang terbuka berbanding lelaki, dan ini membuatkan kaum lelaki lebih cenderung menghidapnya.

    Selain itu, masalah kuku ini juga boleh berlaku kepada individu yang mudah berpeluh dan menghidap penyakit tertentu seperti diabetes ataupun HIV 9, 12, 13. Turut terkesan ialah golongan perokok serta mereka yang banyak berjalan di atas permukaan yang basah dan lembap 8, 13.

    Faktor risiko lain untuk penyakit kulat kuku

    Ada banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan jangkitan kulat kuku. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa punca utama kulat kuku serta langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk memastikan kuku anda sentiasa sihat.

    1. Elakkan berkongsi barang dengan penghidap kulat kuku

    Jangan lupa, kulat kuku merupakan penyakit yang berjangkit! Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika satu keluarga didapati menghidap jangkitan yang sama 11. Jika ada ahli keluarga anda yang menghidap kulat kuku, jangan sesekali berkongsi tuala dengan mereka 4. Selain itu, pastikan anda sentiasa memakai selipar di tandas untuk elakkan jangkitan 2.

    Selain jantina, umur juga boleh meningkatkan risiko anda. Penyakit ini lebih lazim terjadi di kalangan orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas 4,9.

    2. Menghidap penyakit tertentu

    Perasan tak, kuku pesakit diabetes kelihatan lebih rapuh dah mudah patah? Ini kerana kulat kuku lebih kerap berlaku kepada penghidap diabetes dan juga mereka yang terimunokompromi seperti pesakit HIV 2.

    Hampir 22% pesakit diabetes didapati mempunyai jangkitan kulat pada kawasan kuku kaki 8. Komplikasi diabetes seperti neuropati dan penyakit vaskular periferi merupakan punca utama yang menyebabkan pesakit tersebut mengalami peningkatan risiko kulat kuku 10.

    Malah, gula dalam darah yang tinggi boleh menggalakkan lagi pertumbuhan kulat. Jika tidak dirawat, ia bukan sahaja menyebabkan kuku rapuh, malah masalah seperti ulser dan juga gangren juga akan timbul 10.

    Untuk mereka yang menghidap HIV pula, kulat kuku boleh menyebabkan masalah yang lebih serius. Kulat kuku bukan sahaja sukar dirawat, malah mereka juga berisiko untuk menjadi penyebar senyap kepada orang lain disebabkan penyakit mereka yang tidak sembuh-sembuh 8.

    3. Sering berkaki ayam

    Pekerja restoran, pekerja pembersihan dan mereka yang sering berkaki ayam di kawasan yang lembap amat berisiko untuk menghidap kulat kuku. Sama jugalah dengan individu yang suka berenang atau menghabiskan masa di kolam mandi awam 4.

    Jika boleh, elakkan berkaki ayam di kawasan yang lembap 2. Pakai selipar dan elakkan kasut dan stoking daripada terkena air 12,13.

    Tip untuk memilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku

    Jika anda fikir remedi di rumah sahaja sudah mencukupi untuk merawat masalah kuku rosak dan rapuh, anda ternyata salah. Kebergantungan terhadap remedi di rumah sahaja tidak mencukupi!

    Untuk jangkitan kulat kuku yang ringan, rawatan topikal jangkitan kulat kuku boleh didapati di kaunter farmasi berdekatan. Ia memadai untuk merawat dan menghilangkan jangkitan 1, 4, 5 . Ubat ini tidak memerlukan preskripsi doktor, dan hasil keberkesanannya boleh dilihat seawal tempoh satu minggu!

    Jika kuku anda menjadi rapuh dan bertukar kekuningan, inilah masanya untuk mendapatkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku di kaunter farmasi. Jangan biarkan kuku anda menjadi teruk barulah hendak mendapatkan rawatan! Kulat kuku sukar untuk dirawat jika ia dibiarkan lama tanpa sebarang rawatan.

    Di bawah, kami berikan beberapa tip pemilihan rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang terbaik untuk anda:

    kuku rapuh

    1. Baca formulasi dengan teliti. Pilih rawatan topikal yang mengandungi urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol. Bahan-bahan ini disahkan selamat dan mempunyai status GRAS (Generally Regarded As Safe) 14, menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama untuk digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi. Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 14. Selain itu, rawatan topikal dengan kandungan berstatus GRAS juga dapat membantu kuku baharu untuk tumbuh dengan lebih sihat. Kandungan urea dan asid laktik juga melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan.
    2. Gunakan rawatan yang efektif dan mesra pengguna. Terdapat rawatan topikal di kaunter yang hanya perlu dipakai sekali sehari, dan tersedia dalam bentuk tiub bagi mencepatkan proses pengaplikasian pada kuku yang terjejas. Ia amat efektif dan perubahan positif dapat dilihat dalam masa 1 minggu. Malah, pengguna juga boleh menyapu ubat tersebut terus pada permukaan kuku tanpa perlu mengikisnya terlebih dahulu.
    3. Pastikan rawatan tersebut berkesan dan selamat. Periksa sama ada rawatan tersebut mempunyai keberkesanan yang terbukti secara klinikal serta selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

    Dengan mengamalkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku dalam masa 3 hingga 6 bulan, tidak mustahil kuku anda yang terkena jangkitan kulat boleh sembuh dan kembali sihat.

    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang punca masalah kuku rapuh, kekuningan, cepat patah dan rosak itu, dapatkan pandangan doktor bertauliah. Dalam menjaga kesihatan kuku anda pula, jangan sesekali mengabaikan sebarang simptom awal.

    Tidak dilupai, jangan bertindak melulu cuba merawat masalah kuku rosak dengan cara traditional, kerana ia mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih buruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Ayu Idris


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan