backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Biarkan! 10 Punca Faraj Gatal Ini Boleh Dirawat Dengan Ubat Farmasi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2024

Jangan Biarkan! 10 Punca Faraj Gatal Ini Boleh Dirawat Dengan Ubat Farmasi

Tercari-cari ubat gatal kemaluan wanita di farmasi? Tetapi sudah tentulah terlebih dahulu anda harus mengetahui apakah punca yang menyebabkannya.

Bagaimana jangkitan kulat berlaku? Apa petua hilangkan gatal di kemaluan wanita? Apa ubat untuk jangkitan kulat di faraj?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Punca gatal-gatal pada faraj

Sebelum kita ketahui apakah antara ubat gatal kemaluan wanita di farmasi yang boleh dibeli, jom selami antara punca menyebabkan kegatalan faraj.

Perengsa 

Bahan perengsa kimia dalam produk harian boleh mencetuskan tindak balas alahan – dermatitis kontak.

Antara jenis produk seperti:

  • Sabun dan gel mandian
  • Semburan feminin
  • Meruang 
  • Kontraseptif topikal
  • Krim, losyen dan salap
  • Bahan pencuci
  • Pelembut kain
  • Tisu tandas wangi
  • Tuala wanita dan pelapik wangi

Jika mengalami inkontinens urin, air kencing juga boleh menyebabkan kerengsaan dan gatal.

Keadaan kulit kerana jangkitan kulat ubat gatal kemaluan di farmasi

Masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis boleh menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada alat kelamin.

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi
Masalah kulit juga boleh menyebabkan faraj gatal.

Ekzema adalah ruam kemerahan, gatal dan tekstur bersisik. Ia mungkin merebak ke faraj pada sesetengah individu dengan ekzema. 

Psoriasis menyebabkan tompokan bersisik, gatal, merah terbentuk di sepanjang kulit kepala dan sendi. Ada kalanya, gejala ini boleh berlaku pada faraj juga.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi untuk jangkitan yis

Apa petua hilangkan gatal di kemaluan wanita?

Pertumbuhan yis berlebihan dalam faraj boleh mengakibatkan simptom tidak menyelesakan, termasuk gatal-gatal, terbakar dan lelehan keputihan tebal yang mungkin berbau.

Pengambilan antibiotik boleh menjadi puncanya. Selain itu, kehamilan, tekanan, diabetes yang tidak terkawal dan ketidakseimbangan hormon sebelum haid juga boleh menyebabkan jangkitan yis. 

Vaginosis bakteria

Vaginosis bakteria (BV) adalah satu lagi sebab yang berpotensi untuk kegatalan faraj. Ia dicetuskan oleh ketidakseimbangan antara bakteria baik dan buruk secara semula jadi dalam faraj.

Jangkitan kelamin

Terdapat beberapa penyakit jangkitan kelamin (STD) boleh menyebabkan kegatalan faraj:

STD ini juga boleh menyebabkan gejala lain termasuk keputihan yang luar biasa, kencing yang menyakitkan dan luka kemaluan.

Kutu kemaluan (pubic lice) – walaupun tidak disebarkan secara seksual – turut boleh menyebabkan kegatalan faraj.

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi
Punca biasa faraj gatal.

Lichen sclerosus

Merupakan masalah kulit kronik yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan, tetapi cenderung terjadi di alat kelamin dan dubur.

Ia menyebabkan kulit menjadi nipis, yang membawa kepada kerengsaan, gatal-gatal, dan lepuh.

Lichen planus

Berlaku disebabkan tindak balas imun yang tidak normal. Kesannya sistem imun mula menyerang membran mukus dan kulit. Ia boleh menjejaskan pelbagai bahagian badan, termasuk faraj.

Menopaus

Penurunan estrogen yang berlaku semasa perimenopause dan menopaus meningkatkan risiko kegatalan faraj.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi #Stres

Tekanan fizikal dan emosi boleh menyebabkan kegatalan dan kerengsaan faraj. 

Ia mungkin berlaku apabila tekanan melemahkan sistem imun dan menjadikan diri lebih terdedah kepada jangkitan yang menyebabkan kegatalan.

Kanser vulva

Kanser ini boleh mengakibatkan rasa gatal pada faraj yang tidak hilang atau mereda. Ia juga boleh menyebabkan perubahan kulit pada alat kemaluan seperti perubahan warna atau penebalan kulit.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Rawatan atau ubat adalah bergantung kepada punca kegatalan faraj anda. Ada sesetengah keadaan, kegatalan boleh diredakan dengan produk over-the-counter (OTC) dan terdapat juga yang memerlukan ubatan preskripsi.

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi
Dapatkan ubat yang sesuai bagi masalah faraj gatal.

Jangkitan yis

Boleh dirawat dengan ubat antikulat yang datang dalam pelbagai bentuk, sama ada krim, salap atau pil. Ia boleh diperolehi melalui preskripsi atau sebagai jangkitan kulat ubat gatal kemaluan di farmasi.

Jika tidak pernah didiagnosis dengan jangkitan yis, pastikan anda berbincang dengan doktor sebelum menggunakan rawatan OTC.

Vaginosis bakteria, ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

BV biasanya dirawat dengan antibiotik. Ia mungkin di dalam bentuk pil diambil secara oral atau penggunaan krim yang perlu dimasukkan ke dalam faraj.

Tidak kira apa pun jenis antibiotik yang diberikan, pastikan anda menghabiskan kesemuanya bagi memastikan gejala kegatalan akan berkurangan.

Jangkitan kelamin

Bergantung kepada jenis STD yang dialami, ia boleh dirawat dengan antibiotik, antivirus atau antiparasit.

Di samping itu, doktor juga akan menyarankan untuk menghindari sementara hubungan seksual sehingga jangkitan hilang.

Bagi kegatalan yang disebabkan kutu, cara rawatan paling utama adalah untuk menyingkirkan semua serangga tersebut bersama telurnya, mencuci semua pakaian dan peralatan tempat tidur sehingga bersih.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi #Menopaus

Bagi masalah kegatalan alat kemaluan yang disebabkan faktor menopaus, ia boleh dirawat dengan penggunaan krim estrogen, pil atau cincin faraj.

Lichen sclerosus

Doktor mungkin menetapkan steroid topikal, suntikan steroid atau antidepresan trisiklik untuk melegakan ketidakselesaan.

Lichen planus, jangkitan kulat ubat gatal kemaluan di farmasi

Kortikosteroid atau ubat oral boleh membantu menghentikan tindak balas sistem imun yang menyebabkan lichen planus. Doktor juga boleh menetapkan antihistamin.

Keadaan kulit, ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Masalah kulit asas boleh diatasi dengan krim emolien dan ubat topikal. Pilihan rawatan lain seperti fototerapi, kortikosteroid dan suplemen vitamin D.

Kanser vulva

Doktor akan merawat kanser mengikut kes. Pelan rawatan mungkin termasuk:

Punca lain

Jenis kegatalan dan kerengsaan faraj yang lain selalunya hilang dengan sendirinya.

Anda boleh menggunakan krim atau losyen steroid sebagai ubat gatal kemaluan wanita untuk mengurangkan ketidakselesaan. 

Perhatian!

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai ubat yang sesuai, berundinglah dengan ahli farmasi atau doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan