Ini Sebab Mengapa Anda Sakit Tulang Dada

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Anda sedang fokus dengan senaman angkat berat di gim. Setelah selesai, anda merasakan kesakitan pada bahagian dada anda. Apakah yang pertama sekali terlintas di fikiran anda? Sudah tentunya penyakit jantung, bukan? Tetapi anda tidak mempunyai risiko penyakit jantung. Apa sebabnya? Artikel ini akan membincangkan punca sakit dada khususnya pada tulang dada (sternum, tulang rusuk). Penyakit jantung tidak akan diperbincangkan dalam artikel ini. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut. 

Kostokondritis

Keradangan pada tulang rusuk atau lebih dikenali sebagai kostokondritis mempunyai pelbagai jenis presentasi. Kesakitan pada dada yang dialami berbeza mengikut individu dan tahap keterukan keadaan tersebut. Jika seseorang itu mengalami kostokondritis ringan (mild), sakit dada mungkin hanya terasa apabila ia disentuh atau ketika melakukan aktiviti senaman yang memberi tekanan kepada kaviti dada seperti senaman tekan tubi. Bagi yang mengalami kostokondritis teruk pula, kesakitannya terasa setiap masa dan ia kebiasaannya mempengaruhi kualiti hidup individu tersebut.

Berbeza dengan penyakit jantung, sakit yang disebabkan oleh kostokondritis kebiasaannya merebak ke bahagian abdomen atau bahagian belakang badan. Kesakitannya akan menjadi semakin teruk jika anda menarik nafas dalam. Ini berikutan tulang rusuk berkembang bagi meningkatkan kapasiti paru-paru untuk mengambil udara. Walaupun ciri-ciri berikut lebih menggambarkan keadaan kesihatan kostokondritis berbanding dengan penyakit jantung, sila berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Sebab sebenar bagaimana terjadinya penyakit ini tidak diketahui secara khusus namun terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan risiko anda untuk mendapat kostokondritis meningkat:

  • Melakukan aktiviti berat seperti senaman angkat berat 
  • Mengalami trauma pada bahagian dada seperti kemalangan kereta atau terjatuh
  • Anda telah didiagnosis dengan penyakit arthritis
  • Jangkitan virus dan beberapa masalah sistem pernafasan seperti tuberkulosis
  • Terdapat ketumbuhan pada sendi di tulang rusuk

Kostokondritis kebiasaannya dirawat dengan ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. Namun, jika tahap kesakitan itu menjadi semakin teruk, anda memerlukan preskripsi daripada doktor untuk mendapatkan ubat yang lebih kuat. Selain itu, perubahan gaya hidup juga dapat meringankan kesakitan ini.

Tulang sternum retak

Apabila disebut perkataan “tulang dada”, kebiasaannya gambaran tulang rusuk akan terlintas di fikiran. Namun, jangan dilupakan berkenaan dengan tulang yang terletak betul-betul di tengah dada. Tulang ini dikenali sebagai tulang sternum. Ia menjadi pusat pertautan tulang rusuk bagi membentuk kaviti dada untuk melindungi organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan salur darah besar (aorta dan vena kava).

Sebahagian besar punca kepada retaknya tulang tersebut adalah disebabkan oleh trauma secara langsung dengan penggunaan tali pinggang keledar ketika kemalangan kereta. Keadaan lain yang melibatkan trauma berimpak tinggi seperti jatuh daripada bangunan, kecederaan sukan dan pelanggaran di antara kereta dengan pejalan kaki juga boleh menyebabkan berlakunya keretakan tulang sternum. Secara amnya, anda berisiko untuk mendapat masalah ini terutamanya jika anda:

  • Warga emas
  • Mempunyai masalah osteoporosis 
  • Sudah menopaus
  • Menggunakan steroid dalam jangka masa yang lama

Seperti kostokondritis, keretakan tulang sternum juga boleh menyebabkan rasa sakit ketika anda menarik nafas dalam. Ini berikutan pergerakan tulang tersebut bersama dengan tulang rusuk bagi meningkatkan kapasiti paru-paru menyebabkan simptom kesakitan. Perkara lain seperti batuk, ketawa, mengangkat barang yang berat serta pergerakan lengan juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada berpunca daripada keretakan tersebut.

Rawatan yang ada hanya berbentuk rawatan sokongan. Namun bergantung kepada keterukan tahap keretakan tersebut beserta skala kesakitan pesakit, ubat tahan sakit mungkin dipreskripsikan oleh doktor. Bagi sesetengah keadaan di mana keretakan tulang menyebabkan posisi tulang sternum lari daripada posisi asal, pembedahan mungkin menjadi pilihan bagi memastikan tulang tersebut berada pada posisi yang sepatutnya sebelum ia sembuh dan bercantum semula.

Keretakan pada tulang selangka (klavikel)

Ini merupakan masalah keretakan tulang yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Tulang selangka, atau lebih dikenali sebagai klavikel merupakan tulang yang menghubungkan bahagian atas tulang sternum dengan tulang belikat (skapula). Seseorang individu itu boleh mengalami kepatahan atau keretakan tulang ini akibat daripada terjatuh, trauma ketika kemalangan atau kecederaan ketika bersukan. Bagi bayi pula, proses yang sering dikaitkan dengan risiko keretakan tulang selangka adalah ketika melalui proses kelahiran. 

Antara simptom yang kebiasaannya dialami oleh mereka yang keretakan tulang selangka adalah:

  • Sakit ketika cuba untuk menggerakkan bahu
  • Sakit ketika disentuh pada bahagian yang retak
  • Lebam
  • Kebengkakan pada struktur tulang selangka yang retak
  • Bunyi menggeresek apabila anda cuba untuk menggerakkan bahu
  • Tangan terasa kebas (kecederaan urat saraf berdekatan dengan tulang selangka)
  • Jika anak anda mengalami keretakan tulang selangka khususnya bagi anak yang baru lahir, mereka kurang menggerakkan tangan pada bahagian tulang selangka yang retak

Rawatan bagi masalah keretakan ini sama dengan rawatan bagi keretakan tulang yang lain. Prinsip utama adalah bagi memastikan posisi tulang berada pada keadaan yang betul supaya ia boleh bercantum dengan baik. Namun disebabkan tulang selangka terletak bersebelahan dengan bahu dan tangan, anduh akan dipasangkan untuk meminimumkan pergerakan tangan berkenaan. Bagi bayi pula, rawatan tahan sakit yang mencukupi beserta dengan pengendalian dengan penuh berhati-hati boleh mempercepatkan proses pemulihan.

Mereka yang mengalami kesakitan akan dilegakan dengan ubat tahan sakit dan terapi rehabilitasi akan bermula sejurus sahaja rawatan bagi masalah ini bermula. Ia tidak boleh ditangguhkan bagi mengelakkan risiko bahu menjadi kaku akibat kurang pergerakan. Pembedahan cuma dikhususkan bagi mereka yang mengalami kepatahan tulang selangka yang mengakibatkan posisinya lari dalam sudut yang besar.

Kecederaan pada sendi sternoklavikular

Sendi merupakan struktur yang menghubungkan tulang di dalam tubuh badan manusia. Sendi sternoklavikular terletak di antara tulang selangka dan tulang sternum. Ia merupakan salah satu daripada empat sendi yang membentuk struktur bahu, membenarkan pergerakannya pada sudut tertentu. Kecederaan pada sendi ini tidak lazim seperti tiga keadaan yang telah diperbincangkan sebentar tadi namun ia merupakan salah satu punca daripada kesakitan tulang yang dirasai pada bahagian dada.

Kecederaan ini kebiasaannya berlaku ketika mengalami kemalangan kenderaan atau pelanggaran ketika terlibat dengan sukan lasak seperti bola sepak dan ragbi. Individu yang mengalami masalah ini kebiasaannya akan mengadu kesakitan namun pada kebanyakan kes, ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa bantuan pembedahan. Mereka yang mempunyai masalah ini kebiasaannya akan mengalami:

  • Kebengkakan pada lokasi kecederaan
  • Bunyi menggeresek ketika menggerakkan bahu
  • Pergerakan bahu terhad kerana kesakitan
  • Jika berlaku jangkitan pada sendi tersebut, individu itu akan mengalami demam panas, seram sejuk dan perpeluhan pada waktu malam.

Seperti permasalahan keretakan yang lain, kecederaan pada sendi sternoklavikular ini boleh sembuh dengan rawatan sokongan. Pergerakan tangan boleh dihadkan dengan menggunakan anduh, simptom kesakitan boleh dikurangkan dengan ubat tahan sakit dan jika terdapat jangkitan sendi, berdasarkan pada laporan makmal, ubat antibiotik boleh dipreskripsikan.

Konklusi

Walaupun lazimnya 4 keadaan kesihatan di atas boleh hilang dengan rawatan sokongan, namun anda masih memerlukan khidmat pemeriksaan doktor bagi memastikan jenis diagnosis yang anda alami. Anda mungkin mengalami penyakit jantung dan tanpa rawatan yang cepat, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan keterukan pada prestasi jantung anda. Jadilah individu yang bijak, jika tidak pasti, terus bertanya kepada pakar perubatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Terkena serangan jantung? JANGAN GENTAR! Marilah baca artikel ini dan kenal makanan untuk sakit jantung supaya tiada serangan kedua!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Penyakit kanser kesan daripada duduk terlalu lama? Bahaya, cuba baca artikel ini. Pastikan anda bukan dari golongan mereka yang terlalu banyak duduk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

    Mengalami pedih ulu hati pada waktu pagi bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat seks

    Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kulit bagi penyakit jantung

    Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
    makanan untuk jantung

    Ingin Jaga Jantung Anda? Gunakan Kaedah Polymeal, Amalkan Menu Diet Baik Untuk Jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan