backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Bergetar Tulang Rusuk Apa Maksudnya? Ini Fungsi Tulang Rusuk Pada Lelaki Dan Wanita!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/09/2022

    Bergetar Tulang Rusuk Apa Maksudnya? Ini Fungsi Tulang Rusuk Pada Lelaki Dan Wanita!

    Lelaki kurang satu tulang rusuk sebab ada pada pasangan sehidup semati? Ayuh rungkai mitos ini dan ketahui fungsi tulang rusuk sakit.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/ Otot, sila dapatkannya di sini.

    Apa fungsi tulang rusuk yang sebenarnya?

    Mitos berkenaan dengan lelaki kurang satu tulang rusuk sememangnya tular dalam masyarakat kita.

    Mana tidaknya, ramai yang beranggapan bahawa jodoh bagi setiap lelaki (wanita) diperbuat daripada tulang rusuk, walhal kebanyakan ulama’ mengatakan ia hanya perumpamaan.

    Jadi, lelaki mempunyai jumlah tulang rusuk yang sama dengan wanita, iaitu 12.

    Anggota tersebut berperanan penting dalam melindungi organ yang terdapat di dalam ruang dada. 

    Walaupun, tulang rusuk agak kuat, ia juga boleh mengalami kecederaan sama ada patah, ataupun tulang rusuk sakit jika anda didiagnosis dengan penyakit tertentu.

    Jika dilihat pada susunan tulang rusuk manusia, hanya 7 yang bersambung secara langsung dengan tulang dada.

    Tulang rusuk 8, 9 dan 10 bersambung secara tidak langsung dengan tulang dada melalui tulang rawan pada tulang rusuk ke-7.

    Tulang rusuk 11 dan 12 pula terletak paling bawah dalam sangkar rusuk dan ia tidak bersambung dengan tulang dada.

    Kedua-duanya mempunyai ukuran yang pendek dan sering digelar sebagai rusuk terapung.

    Secara umumnya, tulang rusuk anda mempunyai dua peranan utama:

  • Ia melindungi organ yang terletak di dalam ruang dada seperti jantung, peparu dan lain-lain. Rusuk juga melindungi organ hati dan buah pinggang (walau tidak sepenuhnya)
  • Ia memberikan sokongan dan menguatkan struktur tulang serta otot di bahagian dada, bahu dan belakang badan
  • Walaupun sangkar rusuk ini sebenarnya adalah tulang yang sering dianggap keras dan tidak lentur, namun ia merupakan satu struktur yang agak fleksibel.

    Semasa proses pernafasan manusia berlaku, tulang rusuk boleh mengembang dan mengecut kembali bagi memaksimumkan jumlah udara yang masuk semasa menarik nafas.

    Apa yang boleh menyebabkan tulang rusuk sakit?

    tulang rusuk sakit

    Tulang rusuk sakit boleh dialami oleh mereka daripada pelbagai peringkat umur.

    Bergantung kepada lokasi dan rasa sakit yang dialami, ia boleh berpunca daripada pelbagai jenis sistem.

    Pemeriksaan secara sistematik oleh doktor yang bertauliah boleh membantu anda mengesan punca di sebalik tulang rusuk sakit.

    • Muskuloskeletal – Kecederaan pada tisu lembut dan rusuk boleh menyebabkan kesakitan. Bahkan anda boleh berasa sakit semasa bernafas. Keadaan ini boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti rusuk patah, otot tegang, radang pada tulang rawan rusuk (kostokondritis) dan artritis
    • Punca jantung – Walaupun ia mungkin kelihatan seperti sakit pada rusuk, simptom yang anda alami boleh jadi adalah sakit dada berpunca daripada masalah jantung. Antara penyakit yang boleh menyebabkan masalah sakit rusuk adalah angina, masalah injap jantung, miokarditis dan perikarditis
    • Masalah peparu – Terdapat masalah pernafasan yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada rusuk. Keadaan ini menyukarkan lagi proses pernafasan. Antara penyakit yang boleh menyebabkan sakit rusuk adalah asma, bronkitis dan pneumonia
    • Masalah gastrousus – Penyakit pada sistem gastrousus atas kadangkala boleh menyebabkan sakit pada dada seakan-akan datang daripada tulang rusuk. Antaranya adalah penyakit refluks gastroesofagus (GERD), ulser peptik dan hernia hiatal
    • Kanser – Pada peringkat awal, kanser kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom. Walau bagaimanapun, proses patologinya boleh menjadi cepat sehingga menyebabkan masalah sakit rusuk. Jika gejala ini dialami, kanser yang mungkin berkaitan dengannya adalah kanser tulang dan kanser peparu

    Rawatan perubatan

    tulang rusuk sakit

    Oleh sebab sakit dada merupakan satu simptom lazim yang samar-samar puncanya, memang tidak hairanlah jika seseorang itu tidak pergi ke hospital apabila gejala surut.

    Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, rujukan kepada doktor boleh meningkatkan kualiti hidup dan menyelamatkan nyawa sekiranya ia berpunca daripada masalah yang serius.

    Sebagai contoh, jika anda mengalami kecederaan dan trauma pada dada sehingga menyebabkan tulang rusuk sakit atau patah, anda perlu mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

    Ia berikutan, rusuk tersebut boleh mencucuk peparu atau organ lain sehingga menyebabkan komplikasi serius.

    Begitu juga dengan mereka yang mengalami sakit rusuk berserta dengan simptom serangan jantung. Ini termasuklah:

    1. Sakit dada
    2. Sakit pada bahagian lain seperti abdomen atas, bahu, belakang, lengan, leher atau dagu
    3. Sesak nafas
    4. Berpeluh
    5. Loya
    6. Pening kepala
    7. Letih lesu

    Sekiranya anda mengalami sakit rusuk dalam satu jangka masa yang lama tanpa sebarang simptom lain, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.

    Konklusi

    Simptom tulang rusuk sakit yang dialami boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan serius.

    Tulang rusuk membentuk struktur sangkar pelindung yang sangat penting bagi melindungi organ di dalam ruang dada.

    Jika ditanya, benarkah lelaki mempunyai satu tulang rusuk kurang daripada wanita, jawapannya tidak sama sekali.

    Lelaki dan wanita mempunyai jumlah tulang rusuk yang sama iaitu 12 pada setiap sisi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan