Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Buat 8 Tip Ini Kalau Selalu Rasa Lenguh-lenguh Tangan, Boleh Bantu Hilangkan Sengal Sendi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    Buat 8 Tip Ini Kalau Selalu Rasa Lenguh-lenguh Tangan, Boleh Bantu Hilangkan Sengal Sendi!

    Tangan yang lenguh boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Namun, bagi keadaan yang ringan, ia boleh dilegakan dengan mengikuti cara hilangkan lenguh tangan kanan dan kiri. Kami kongsikan di sini beberapa kaedah dan cara hilangkan lenguh tangan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

    Cara hilangkan lenguh tangan kanan dan kiri

    Kaedah rawatan bagi menghilangkan sakit lenguh tangan bergantung kepada puncanya.

    Namun, bagi keadaan yang tidak begitu serius, simptom yang dialami boleh dilegakan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:

    Cara hilangkan lenguh tangan 1: Rehatkan tangan anda

    Ini merupakan kaedah dan juga tip yang paling asas.

    Sekiranya anda kerap mengalami lenguh tangan disebabkan pekerjaan anda, sila berehat terlebih dahulu buat sementara waktu sebelum memulakannya kembali.

    Lenguh tangan lebih mudah berlaku kepada mereka yang melakukan tugasan kerja secara berulang, dan ia boleh merisikokan anda kepada kecederaan.

    Cara hilangkan lenguh tangan kanan dan kiri 2: Kurangkan tekanan pada tangan

    cara hilangkan lenguh tangan kanan

    Sekiranya anda melakukan sesuatu kerja, pastikan anda tidak memberikan tekanan yang kuat atau keterlaluan kepada tangan anda.

    Apatah lagi jika ia melibatkan kerja yang perlu dilakukan secara berulang.

    Menggunakan tangan dengan kuat hanya akan menyebabkan lenguh yang dialami menjadi semakin teruk.

    Cara hilangkan lenguh tangan 3: Tuam dengan pek ais

    Jika anda mengalami lenguh tengan, menuamnya dengan pek ais atau pek sejuk mungkin berkesan melegakan lenguh yang dialami.

    Ini kerana, rasa sejuk pada pek ais boleh membantu mengurangkan aliran darah pada kawasan yang lenguh dan mengurangkan iritasi yang dialami.

    Selain itu, pek ais juga boleh membantu mengurangkan rangsangan saraf pada kawasan tersebut.

    Namun, elakkan menuam kawasan yang lenguh terlalu lama.

    Hanya lakukannya dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja bagi setiap sesi.

    Cara hilangkan lenguh tangan kanan dan kiri 4: Pakai kain pembalut atau bandage

    Jika lenguh tangan yang dialami agak lama, anda boleh memakai kain pembalut dan membalutnya pada kawasan yang lenguh.

    Konsep pemakaian kain pembalut ini sama seperti anda menuam pek ais.

    Jika aliran darah pada kawasan yang lenguh ini tidak dikurangkan, maka keradangan atau iritasi yang dialami akan menjadi lebih teruk dan menyakitkan.

    Cara hilangkan lenguh 5: Menggunakan tuap, belat atau splint

    cara hilangkan lenguh tangan kanan

    Splint, atau juga disebut tuap atau belat, merupakan satu kaedah yang biasa digunakan untuk membalut tangan dan kaki yang patah.

    Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami lenguh tangan disebabkan penyakit seperti Sindrom Carpal Tunnel, pemakaian belat boleh membantu mengurangkan gejala yang dialami.

    Ini kerana ia mengurangkan pergerakan pergelangan tangan anda.

    Ini sekali gus boleh membantu melegakan kelenguhan yang berlaku.

    Cara hilangkan lenguh 6: Buat senaman ringan

    Senaman ringan juga boleh membantu anda mengurangkan rasa lenguh yang dialami.

    Anda tidak perlu melakukan jenis senaman yang berat dan kuat seperti berenang, berlari atau sebagainya.

    Cukup sekadar melakukan senaman regangan tangan yang boleh membantu menguatkan otot badan anda.

    Struktur otot yang kuat secara tidak langsung akan mengurangkan simptom tangan lenguh yang anda alami.

    Cara hilangkan lenguh 7: Ambil ubat tahan sakit

    Anda juga boleh menggunakan ubat tahan sakit yang dijual di farmasi bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami.

    Antara jenis ubat tahan sakit yang boleh anda gunakan ialah seperti ibuprofen dan juga acetaminophen.

    Cara hilangkan lenguh 8: Perubahan diet pemakanan

    cara hilangkan lenguh tangan kanan

    Antara cara hilangkan lenguh tangan kanan dan kiri yang boleh anda gunakan adalah dengan mengubah tabiat dan diet pemakanan anda.

    Perubahan diet boleh membantu memperbaiki ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.

    Selain itu, doktor juga mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil suplemen tertentu seperti kalsium dan magnesium oksida bergantung kepada keperluan tubuh.

    Kesimpulan

    Cara hilangkan lenguh tangan kanan dan kiri ini tidaklah begitu susah.

    Hanya pastikan anda terus lakukannya setiap masa bagi mengurangkan risiko ia berlaku kembali.

    Paling penting, elakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan lenguh menjadi lebih teruk dan serius.

    Apatah lagi sehingga boleh menyebabkan kecederaan pada otot tangan anda.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan