backup og meta

Lengan Tak Sama Panjang? 7 Gejala Ini Tanda Anda Sakit Skoliosis, Tulang Belakang Bengkok!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2023

    Lengan Tak Sama Panjang? 7 Gejala Ini Tanda Anda Sakit Skoliosis, Tulang Belakang Bengkok!

    Sakit tulang belakang tanda penyakit apa? Ada banyak penyakit yang boleh berlaku jika anda mengalami sakit tulang belakang, antaranya skoliosis. Scoliosis maksud nya ialah sejenis penyakit tulang belakang bengkok.

    Apakah tanda-tanda awal bagi penyakit ini? Ikuti penjelasan lanjut berdasarkan penulisan di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tulang & Otot, anda boleh klik di sini.

    Sakit tulang belakang tanda penyakit apa? Salah satunya skoliosis!

    Scoliosis maksud nya ialah keadaan tulang belakang menjadi sedikit bengkok ke bahagian tepi, sama ada ke kiri atau ke kanan.

    Ia biasanya dikesan sewaktu zaman kanak-kanak atau remaja.

    Skoliosis juga biasa berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan seperti cerebral palsy dan juga distrofi otot.

    Kebanyakan kes penyakit ini berlaku pada tahap yang ringan, namun tulang yang membengkok itu akan menjadi semakin teruk apabila kanak-kanak semakin membesar.

    Sekiranya tulang belakang ini membengkok pada tahap yang teruk, ia boleh mengurangkan ruang pada dada pesakit, sekali gus menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik.

    Malah, keadaan tulang belakang bengkok yang teruk juga boleh menyebabkan kejadian lumpuh

    Sakit tulang belakang tanda penyakit apa? Ini tanda-tanda awal jika anda alami skoliosis

    sakit tulang belakang tanda penyakit apa

    Kini ada telah tahu scoliosis maksud secara umum. Seterusnya, kami terangkan kepada anda 7 tanda jika anda mengalami skoliosis

    #1. Perubahan simetri tubuh dan juga postur

    Apabila seseorang individu mengalami skoliosis, rupa belakang, bahu dan juga bahagian pinggul mungkin kelihatan tidak simetri atau tidak berada pada kedudukan tengah badan.

    Terdapat beberapa petunjuk utama yang boleh anda lihat, antaranya ialah:

    • Pakaian kelihatan tidak sekata atau simetri apabila dipakai
    • Sebelah lengan mungkin kelihatan lebih panjang daripada sebelah lengan lagi
    • Sebelah pinggul mungkin kelihatan lebih tinggi daripada sebelah pinggul lagi
    • Sebelah kaki mungkin kelihatan lebih panjang daripada sebelah kaki lagi
    • Tulang rusuk atau tulang belikat mungkin lebih menonjol pada satu sisi badan berbanding satu sisi yang lain
    • Lengan kelihatan lebih rapat ke sisi dan bukannya terhayun secara semula jadi ke depan dan ke belakang

    #2. Kemerosotan fungsi paru-paru

    Jika tulang belakang membengkok dengan lebih teruk, maka ia akan memberikan kesan buruk yang lebih besar terhadap keupayaan paru-paru untuk menggerakkan udara.

    Kesannya paling ketara sewaktu anda melakukan senaman atau aktiviti fizikal lain, tetapi ia juga mungkin berlaku semasa anda sedang berehat. 

    #3. Sakit pada leher, belakang badan, kepala dan juga kaki

    Sakit tulang belakang tanda penyakit apa? Apabila tulang belakang membengkok, ia bukan sahaja menyebabkan rasa sakit pada tulang belakang, tetapi juga pada bahagian tubuh yang lain.

    Antaranya ialah leher, kepala dan juga kaki.

    Memandangkan skoliosis menjejaskan tulang belakang, ia juga boleh memberi kesan negatif kepada sistem saraf badan yang membawa kepada kesakitan dan ketidakselesaan.

    Ketegangan otot dan sakit kepala yang kerap juga boleh dikaitkan dengan penyakit skoliosis

    #4. Sukar untuk tidur

    Skoliosis boleh menyebabkan kesan atau tindak balas terhadap perkara lain termasuklah tidur anda.

    Kelengkungan tulang belakang yang berlebihan boleh menyebabkan kesakitan dan kemerosotan dalam fungsi paru-paru.

    Ini kemudiannya boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak.

    Oleh sebab itu, jika anda terfikir sakit tulang belakang tanda penyakit apa sehingga boleh mengganggu tidur anda, ia berkemungkinan besar disebabkan skoliosis. 

    #5. Mengalami isu pencernaan

    sakit tulang belakang tanda penyakit apa

    Antara tanda lain anda mengalami skoliosis ialah isu atau masalah berkaitan pencernaan.

    Tulang belakang disambungkan dalam beberapa cara kepada hampir setiap sistem badan yang lain.

    Oleh itu, tulang belakang yang bengkok juga boleh menjejaskan saluran penghadaman sama seperti ia mempengaruhi otot yang lebih rapat dengan tulang belakang.

    Ini boleh menyebabkan kesukaran penghadaman dan ketidakupayaan dalam menjalankan fungsi usus yang betul.

    #6. Kitaran haid yang tidak teratur

    Sakit tulang belakang tanda penyakit apa? Ia berkemungkinan menjadi tanda penyakit seperti skoliosis.

    Penyakit skoliosis ini pula boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur bagi kaum wanita.

    Saraf yang terletak di sepanjang tulang belakang menghubungkan otak dengan kesemua organ tubuh yang lain.

    Oleh sebab itu, kitaran haid juga boleh terganggu jika wanita mengalami skoliosis. 

    #7. Isu keseimbangan badan

    Percaya atau tidak, skoliosis juga boleh menyebabkan keseimbangan badan anda terganggu.

    Jika anda mengalami skoliosis, anda mungkin sukar untuk berdiri dengan sebelah kaki dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 30 saat. 

    Kesimpulan

    Jika anda bertanya, sakit tulang belakang tanda penyakit apa? Skoliosis mungkin salah satu puncanya.

    Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan mengalami 7 simptom skoliosis seperti yang telah diterangkan di atas.

    Berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan kepastian.

    Jika skoliosis dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih buruk kelak. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan