backup og meta

5 Rahsia Senaman Angkat Berat Yang Ramai Tak Tahu! No. 2 Paling Tidak Disangka-Sangka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 27/10/2021

    5 Rahsia Senaman Angkat Berat Yang Ramai Tak Tahu! No. 2 Paling Tidak Disangka-Sangka

    Apabila bercakap mengenai senaman untuk menurunkan berat badan, pasti anda akan fikir tentang senaman kardio. Namun, tahukah anda senaman angkat berat yang bertujuan untuk membina kekuatan otot juga boleh lakukan perkara yang sama?

    Senaman mengangkat berat bukannya bertujuan untuk ‘membesarkan badan’ atau membina kekuatan otot semata-mata.

    Sebenarnya, ada banyak lagi kebaikan senaman angkat berat yang mungkin ramai tidak tahu.

    Senaman weightlifting bukan sahaja boleh membantu anda untuk memperbaiki postur tubuh badan, malah ia juga boleh buatkan anda tidur dengan lebih lena.

    Selain itu, anda juga boleh mengekalkan berat badan, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkan inflamasi.

    Jika anda ingin kurangkan lemak badan, menambah otot dan bakar kalori dengan efisien, senaman angkat berat merupakan senaman yang paling sesuai untuk anda!

    Untuk pengetahuan anda, senaman kekuatan merupakan kunci untuk pastikan anda kekal sihat dan cergas.

    Guna otot anda atau anda akan kehilangannya!

    kekuatan otot

    Tahukah anda, otot akan jadi semakin lemah apabila anda makin tua?

    Jika lemak dalam badan anda semakin bertambah, anda mungkin tidak dapat lakukan apa-apa lagi untuk kuatkan kembali otot anda.

    Senaman kekuatan boleh bantu anda untuk kekalkan kekuatan otot sehingga anda menginjak ke usia tua.

    Selain itu, anda juga boleh elak daripada mengalami sakit kronik seperti sakit belakang, arthritis, obesiti, sakit jantung dan diabetes.

    Malah, senaman kekuatan juga boleh bantu menajamkan fikiran anda.

    Ada beberapa kajian yang membuktikan bahawa individu yang kerap bersenam mempunyai kemampuan berfikir yang lebih baik! Mereka juga boleh belajar dengan lebih pantas berbanding orang lain.

    Sudah terbukti senaman angkat berat mempunyai banyak kebaikannya yang tersendiri.

    Jika apa yang kami jelaskan di atas tidak cukup untuk meyakinkan anda, kami telah senaraikan 5 kebaikan senaman angkat berat untuk anda di bawah!

    1. Anda dapat membakar lebih banyak lemak selepas angkat berat

    Apabila anda mulakan senaman mengangkat berat, metabolisme badan anda akan jadi semakin baik.

    Oleh sebab itu, anda boleh kurangkan lemak badan tanpa perlu mengubah diet anda dengan drastik.

    Menurut Jacque Crockford, jurucakap untuk American Council, senaman angkat berat boleh menambah berat badan tanpa lemak anda.

    Dalam masa yang sama, senaman ini juga boleh bantu membakar lebih banyak lemak setiap hari!

    Tambah lagi, senaman angkat berat yang dilakukan secara berkala boleh bantu anda untuk membakar lebih kalori, walaupun ketika anda tidak bersenam!

    Keadaan ini turut dikenali sebagai after burn – satu kondisi yang membuatkan badan anda bertindak membakar kalori selepas bersenam.

    2. Lebih berkeyakinan dan kurang mengalami tekanan perasaan

    kekuatan otot

    Senaman angkat berat sudah lama terbukti boleh membuatkan pengamalnya rasa lebih yakin dengan imej diri.

    Sudah pasti anda akan nampak lebih menarik dan sihat jika postur badan lebih baik dan badan anda lebih berotot.

    Selain itu, senaman ini juga boleh mengurangkan kegelisahan dan membuatkan anda rasa gembira selepas bersenam.

    Kajian juga menunjukkan bahawa senaman, termasuklah aktiviti mengangkat berat boleh bantu anda untuk mengurangkan tekanan perasaan.  

    3. Senaman kekuatan bantu perkembangan otak

    Senaman angkat berat bukan sahaja baik untuk badan anda, ia juga bagus untuk perkembangan otak!

    Untuk pengetahuan anda, senaman jenis ini boleh membantu badan untuk menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon IGF-1.

    Hormon ini boleh memperbaiki fungsi kognitif otak. Maksudnya, senaman ini boleh buatkan anda lebih mudah untuk belajar dan berfikir walaupun anda semakin tua!

    4. Angkat berat bantu anda jadi semakin kuat

    senaman angkat berat

    Sudah pasti anda akan jadi semakin kuat jika melakukan senaman angkat berat.

    Jika anda ingin menambah kekuatan badan, kami cadangkan agar anda tambah bilangan berat yang anda angkat sewaktu bersenam.

    Jika badan anda semakin kuat, masa yang anda boleh habiskan untuk melakukan satu-satu senaman juga akan jadi semakin lama.

    Oleh sebab itu, selepas ini anda mungkin dapat lari di atas treadmill dalam satu jangka masa yang lebih lama. Anda juga boleh bertahan jika anda mendaki dalam satu tempoh masa yang panjang.

    Senaman angkat berat boleh disesuaikan mengikut objektif. Jika anda ingin meningkatkan daya tahan otot, anda boleh angkat sesuatu yang ringan berkali-kali.

    5. Anda tidak mudah alami kecederaan

    Lebih mudah untuk anda mengangkat beg berat selepas membeli-belah jika anda kerap melakukan senaman angkat berat.

    Anda juga akan lebih stabil kerana otot pada bahagian kaki anda lebih kuat setelah melakukan senaman.

    Senaman ini amat bagus dilakukan tidak kira berapa pun usia anda.

    Untuk pengetahuan anda, jatuh merupakan salah satu kemalangan yang kerap berlaku kepada golongan berusia.

    Malah, kemalangan ini boleh membawa maut. 50% daripada orang tua yang mengalami keretakan pada kawasan tulang pinggul tidak dapat hidup lebih dari 2 tahun selepas kemalangan.

    Individu yang melakukan senaman angkat berat secara berkala bukan sahaja akan jadi makin kuat, mereka juga kurang berisiko untuk mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti di rumah.

    Mereka juga boleh hidup lebih berdikari tanpa perlukan banyak bantuan daripada orang sekeliling.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 27/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan