Migrain Semasa Puasa Ramadan? Ikuti Tip Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Puasa kadangkala boleh menyebabkan sakit kepala. Antara yang biasa dialami adalah migrain, terutamanya bagi mereka yang dimaklumi menghidapi migrain. Sakit kepala tersebut boleh jadi hanya ringan dan tidak mengganggu puasa, atau sangat parah sehingga menghalang daripada meneruskan puasa sehingga akhir. Berbeza mengikut keadaan tertentu, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor agar boleh mengesahkan sama ada anda boleh berpuasa seperti biasa, perlu mengambil ubat-ubatan atau tidak boleh berpuasa. Meskipun puasa Ramadan adalah wajib ke atas semua orang Islam, masih ada kemudahan untuk tidak berpuasa jika mengalami keadaan kesihatan yang serius.

Apakah punca migrain di bulan Ramadan?

Semasa berpuasa, badan kita perlu menahan lapar dan dahaga. Di hari-hari biasa, kita sentiasa boleh dapatkan makanan jika rasa lapar, tetapi berbeza di bulan Ramadan. Perubahan yang berlaku ini sedikit-sebanyak mengubah cara badan kita berinteraksi untuk mengadaptasi keadaan tersebut. Namun, dalam menjalani proses adaptasi tersebut, kadangkala ia boleh mencetuskan beberapa keadaan kesihatan, antaranya sakit kepala seperti migrain. Ia biasanya berlaku di waktu tengah hari atau petang. Pada waktu ini, badan sudah kekurangan tenaga dan cecair. Rasa sakit tersebut boleh berlaku sama ada di bahagian depan, kanan atau kiri kepala. Jika ia diikuti dengan muntah, keadaan akan menjadi lebih teruk. Apakah puncanya?

1. Dehidrasi

Kekurangan air atau dehidrasi boleh mencetuskan sakit kepala. Sebab itu sangat penting untuk menadapatkan air yang cukup sepanjang bulan Ramadan.

2. Ketagihan kafein

Bagi mereka yang mengambil kafein (kopi atau teh) secara berkala, berhenti mengambilnya secara tiba-tiba mungkin boleh mencetuskan sakit kepala. Anda sebaiknya mula berhenti secara beransur-ansur beberapa minggu sebelum Ramadan.

3. Hipoglisemia (gula darah rendah)

Antara punca sakit kepala semasa berpuasa adalah gula darah rendah. Ini boleh berlaku bukan sahaja pada penghidap diabetes, tetapi juga orang biasa. Ia mungkin berlaku jika anda mengambil banyak makanan manis semasa sahur. Makanan manis akan merangsang pelepasan insulin dalam jumlah yang banyak untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Insulin yang banyak akhirnya boleh menyebabkan hipoglisemia dan sakit kepala.

4. Stres

Stres atau tertekan adalah antara punca sakit kepala paling kerap berlaku. Dalam keadaan kehidupan hari ini yang sangat menekan, terutamanya di bandar, meningkatkan lagi insiden sakit kepala. Tekanan kerja, trafik yang sesak ditambah dengan rasa lapar, sudah tentu sakit kepala dibuatnya.

Apakah tip mengatasi migrain di bulan Ramadan?

1. Elakkan terlalu banyak makanan manis semasa sahur

Seperti yang disebutkan di atas, makanan manis merangsang pelepasan insulin yang akan menurunkan kadar glukosa darah, seterusnya mencetuskan sakit kepala. Banyakkan ambil makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan lupa makanan karbohidrat kompleks yang membantu mengekalkan tenaga dan rasa kenyang untuk bertahan sepanjang hari. Makanan kaya karbohidrat kompleks termasuk nasi, roti dan oat.

2. Jangan lupa minum air

Air adalah sangat penting di bulan Ramadan, khususnya. Memandangkan anda hanya ada masa untuk memenuhi keperluan cecair anda antara maghrib dan subuh, banyakkan masa ini untuk mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tetapkan masa yang sama setiap hari untuk minum bagi mengelakkan terlupa. Misalnya, dua gelas semasa berbuka puasa, dua gelas sebelum solat isyak atau tarawih, dua gelas selepas tarawih dan seberapa banyak gelas semasa sahur. Selain air, beberapa jenis buah-buahan juga boleh membantu anda kekal terhidrat.

3. Elakkan faktor-faktor yang membuatkan anda stres

Anda harus sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira di bulan Ramadan bagi mengelakkan sakit kepala. Elakkan pergaduhan, keluar rumah awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta banyakkan membaca al-Quran dan berzikir.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Jangan kurang atau terlebih tidur. Kedua-duanya tidak baik untuk kesihatan. Jam yang cukup bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Asalkan anda boleh menjalani kehidupan harian dengan cergas dan sihat, berapa pun jam tidur anda sudah dikira mencukupi. Kebiasaannya antara enam hingga lapan jam. Jika tidur malam tidak mencukupi, cari waktu lain untuk menampung hutang tidur tersebut, contohnya sebelum zohor.

5. Dapatkan pemeriksaan doktor

Jika langkah-langkah di atas tidak berjaya, sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor. Anda mungkin diberikan ubat-ubatan untuk diambil bagi mengurangkan sakit kepala. Jika keadaan anda serius, kemungkinan anda tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan. Meskipun ada keringanan bagi orang yang sakit untuk tidak berpuasa, itu tidak menjadikan anda terlalu mudah membuat keputusan untuk tidak berpuasa. Keputusan tersebut haruslah disokong oleh pemeriksaan oleh doktor. Ramadan hanya setahun sekali. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk beramal sebanyaknya! Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Diabetes boleh diperbaiki melalui beberapa kaedah termasuklah pembedahan gastrik yang merupakan salah satu daripada kaedah pembedahan bariatrik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 16/10/2020 . 4 minit bacaan

    Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

    Mengalami pedih ulu hati pada waktu pagi bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

    Banyak suplemen kafein ada dijual di pasaran. Ia direka khusus untuk kegunaan individu seperti atlet bagi meningkatkan produktiviti ketika bersenam....

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seronok Suap Si Manja Makan? TAPI Jaga-jaga! Ada 9 Makanan BERISIKO Buat Anak Tercekik

    Tercekik makanan perkara berisiko terjadi kepada anak kecil, terutamanya di bawah usia 4 tahun. Adakah anda tahu jenis makanan yang harus dielakkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pecahkan air ketuban

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu osteoporosis

    Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan