Ramai daripada kita sukar untuk melakukan diet intermittent fasting (IF) memandangkan gemar makan tengah malam. Tabiat makan lewat malam ini sememangnya mengganggu gaya diet IF yang memerlukan kita untuk berpuasa 12 jam sehari.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ramai daripada kita sukar untuk melakukan diet intermittent fasting (IF) memandangkan gemar makan tengah malam. Tabiat makan lewat malam ini sememangnya mengganggu gaya diet IF yang memerlukan kita untuk berpuasa 12 jam sehari.
Jika anda tergolong daripada salah seorang yang berada dalam dilema seperti ini, anda boleh ikut saranan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Apabila kita cuba untuk menguruskan badan dengan mengamalkan diet intermittent fasting, perkara yang paling sukar untuk dikekalkan ialah berpuasa selama 12 jam.
Intermittent fasting memerlukan anda untuk berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam setiap hari.
Cara paling mudah untuk anda berpuasa 12 jam adalah dengan tidak makan pada waktu malam atau pada waktu tidur anda.
Namun, ada daripada kita yang sudah terbiasa dengan makan lewat malam atau makan tengah malam.
Tabiat seperti ini akan menggagalkan usaha anda untuk berpuasa selama 12 jam.
Untuk mengatasi cabaran ini, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
Anda juga mungkin bersarapan pada waktu yang sudah terlalu lewat.
Faktor-faktor seperti ini menjadikan diri anda lebih lapar apabila tiba waktu malam.
Oleh sebab itu, anda mungkin akan makan lebih banyak atau makan dengan kerap pada waktu malam.
Jika anda merancang untuk berpuasa 12 jam, anda perlu memastikan diri anda untuk tidak meninggalkan waktu makan siang seperti sarapan dan makan tengah hari.
Selain itu, anda juga perlu makan malam lebih awal iaitu sebelum jam 8 malam.
Dengan cara ini, anda tidak akan berasa terlalu lapar pada waktu malam dan boleh mengelakkan diri daripada makan lewat malam.
Salah satu petua untuk anda kekal kenyang lebih lama adalah dengan mengambil sumber protein setiap kali waktu makan.
Anda boleh mengambil sama ada ayam, ikan atau daging sebagai sebahagian daripada lauk wajib anda.
Pengambilan protein boleh membantu diri anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.
Kajian ada menunjukkkan, jika anda memakan sumber protein dengan kerap, ia boleh membantu mengurangkan rasa mengidam sehingga 60%.
Selain itu, ia juga boleh menyekat separuh daripada keinginan anda untuk makan tengah malam.
Selain daripada makanan yang kaya protein, makanan tinggi kandungan serat juga boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.
Serat dalam makanan yang anda ambil bukan sahaja mengenyangkan perut, tetapi juga amat baik untuk sistem penghadaman.
Mungkin ada waktunya anda berasa terlalu lapar pada waktu malam. Namun, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam dan anda tidak mahu merosakkan rancangan anda untuk berpuasa selama 12 jam.
Minum banyak air kosong juga boleh membantu menyekat rasa lapar dan membuatkan anda berasa kenyang.
Namun, anda hanya boleh meminum air kosong sahaja memandangkan air kosong tidak mengandungi sebarang kalori.
Minum banyak air kosong juga boleh membantu anda untuk cepat kurus.
Salah satu punca biasa yang menyebabkan anda gemar untuk makan lewat malam adalah kerana lewat tidur.
Apabila anda tidur lambat, maka perut anda akan meminta untuk diisi.
Apatah lagi jika anda sudah makan malam lebih awal, maka lebih mudah untuk anda berasa lapar selagi mana anda tidak tidur.
Oleh itu, cara paling mudah untuk mengelakkan makan lewat malam adalah dengan tidur lebih awal.
Selepas anda selesai menunaikan solat Isyak, maka anda boleh bersedia untuk tidur awal. Cara ini boleh membantu anda untuk berpuasa selama 12 jam.
Jika anda merancang untuk berpuasa selama 12 jam, maka anda perlu memastikan diri anda mematuhi aturan atau rutin pemakanan yang telah anda tentukan.
Sebagai contoh, anda merancang untuk makan malam lebih awal iaitu pada jam 7 malam.
Maka, anda perlu berpuasa dan memastikan diri anda tidak mengambil sebarang makanan sehinggalah jam 7 pagi keesokan hari.
Lakukan rutin ini setiap hari dan anda akan terbiasa untuk melakukannya selepas itu.
[health_tool_article id=”32121″]
Berpuasa selama 12 jam setiap hari bukanlah satu perkara yang mustahil jika anda tahu cara atau teknik yang betul.
Menghentikan tabiat makan tengah malam bukan sahaja menyebabkan penurunan berat badan, tetapi juga lebih menyihatkan tubuh anda.
Kongsikan kaedah hentikan tabiat makan lewat malam ini kepada sesiapa yang anda rasa memerlukan maklumat seperti ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen