home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting bagi setiap individu untuk hidup sihat.

Kajian terdahulu membuktikan pelbagai jenis keadaan kesihatan boleh dihidapi oleh mereka yang sering tak cukup tidur. Walau bagaimanapun, apabila kita cuba kaitkan osteoporosis dengan masalah tak cukup tidur, ramai yang angkat kening tak percaya.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik dan dapatan menunjukkan kaitan yang kuat di antara kedua-dua pemalar tersebut. Jika anda hendak tahu dengan lebih lanjut, baca artikel ini.

Gangguan pada proses pemodelan semula tulang punca gejala osteoporosis

gejala osteoporosis

Tulang merupakan tisu yang melalui proses pembaharuan dan resorpsi (kehilangan zat daripada struktur tulang) secara berterusan.

Keadaan fisiologi tersebut menyebabkan tisu tulang yang lama terhakis dan ia akan digantikan dengan tisu tulang baharu. Proses ini dikenali sebagai pemodelan semula tulang.

Dalam individu sihat, proses pembaharuan dan resorpsi berlaku pada kadar yang sama.

Perkara ini menjamin kekuatan tulang memandangkan terdapat keseimbangan proses di antara elemen yang menghakis dan penghasilan tulang baharu. Namun, apabila proses resorpsi berlaku pada kadar melebihi keupayaan badan untuk memperbaharui tisu tulang, ia tidak lagi dianggap sebagai normal.

Tahap ketumpatan tulang akan terjejas dan kelak, anda mudah mengalami masalah tulang retak memandangkan struktur tersebut bakal menjadi rapuh. Situasi inilah yang dialami oleh penghidap osteoporosis.

Keadaan kesihatan tersebut boleh berlaku pada individu daripada segenap lapisan usia namun ia lebih lazim dalam kalangan orang tua terutamanya wanita.

Antara masalah keretakan tulang yang sering dialami oleh penghidap osteoporosis adalah:

  1. Retak tulang belakang
  2. Masalah pada tulang pergelangan tangan
  3. Retak pada tulang pinggul

Daripada apa yang tersenarai di atas, keretakan pada tulang pinggul boleh memberikan impak negatif yang paling tinggi. Kadar kematian kesan daripada masalah tersebut boleh mencecah 20%.

Mereka yang berjaya mendapatkan rawatan pula biasanya mengalami kecacatan dan hanya boleh berfungsi pada kadar 25% ketika melakukan aktiviti harian.

Ini bermakna patah atau keretakan pada tulang pinggul meningkatkan risiko kematian dan morbiditi yang besar dan tidak sepatutnya diabaikan.

Tak cukup tidur tingkatkan risiko alami masalah osteoporosis

gejala osteoporosis

Kajian yang membuktikan kaitan di antara osteoporosis dan masalah berkaitan tidur telah diterajui oleh sebuah universiti di Buffalo, New York. Subjek yang terlibat terdiri daripada 11,084 wanita yang telah menopaus memandangkan populasi ini mempunyai risiko tertinggi untuk mendapat masalah kerapuhan tulang.

Ia melihat hubungan di antara durasi tidur yang pendek (kurang daripada 5 jam) dan kecenderungan subjek untuk mengalami masalah tulang retak. Dapatan menunjukkan tidur yang tidak cukup boleh memberikan impak negatif kepada tahap kesihatan tulang.

Keadaan ini menunjukkan kepentingan bagi setiap individu (bukan yang berisiko sahaja) untuk mendapatkan jumlah tidur melebihi 7 jam sehari. Jika kurang, proses fisiologi penting seperti pemodelan semula tulang boleh terganggu.

Perkara ini diterangkan sendiri oleh Dr Heather M. Ochs-Balcom, Profesor Epidemiologi yang mengetuai kajian tersebut. Bagi kebanyakan individu, tahap kekuatan tulang memuncak ketika mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Selepas daripada had usia tersebut, kadar resorpsi tulang akan perlahan-lahan melangkaui keupayaan badan untuk menggantikan sel tulang yang hilang.

Bagi wanita yang mengalami osteoporosis, kadar resorpsi berlaku pada kadar yang lebih cepat menyebabkan mereka lebih mudah mendapat masalah osteoporosis.

Bacaan ketumpatan tulang rendah sebab tak cukup tidur

gejala osteoporosis

Diagnosis tidak bergantung kepada gejala osteoporosis semata-mata.

Mereka yang disyaki mempunyai masalah kerapuhan tulang akan diukur bacaan ketumpatan tulang (BMD) bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang hanya tidur 5 jam sehari mempunyai bacaan BMD yang rendah pada 4 bahagian:

  1. Seluruh badan
  2. Pinggul
  3. Leher
  4. Tulang belakang

Mereka juga mempunyai tahap kekuatan tulang yang lebih kurang sama dengan tulang yang lebih tua setahun. Ini bermakna mereka yang berusia 30 tahun mempunyai kekuatan tulang seakan-akan mereka berusia 31 tahun jika tidur tidak lebih daripada 5 jam sehari.

Mesej utama yang perlu kita fahami melalui kajian ini adalah, seperti pemakanan dan senaman, tidur merupakan komponen kelanjutan usia yang penting dan harus diberi perhatian.

Konklusi

Jika anda ingin menghindarkan gejala osteoporosis, pastikan anda mendapat tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 7 jam sehari). Tidur merupakan elemen penting dalam kelanjutan usia.

Jika anda mengalami masalah tidur, dapatkan bantuan profesional dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. What is osteoporosis? (https://www.iofbonehealth.org/what-is-osteoporosis). Diakses pada 29 Julai 2020.
  2. Short Sleep Is Associated With Low Bone Mineral Density and Osteoporosis in the Women’s Health Initiative. (https://asbmr.onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/jbmr.3879). Diakses pada 29 Julai 2020.
  3. Facts and statistics. (https://www.iofbonehealth.org/facts-statistics). Diakses pada 29 Julai 2020.
  4. Osteoporosis overview. (https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/osteoporosis/overview). Diakses pada 29 Julai 2020.
  5. Clinical Practice Guidelines on Management of Osteoporosis. (http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=208). Diakses pada 29 Julai 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 19/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x