
Masa untuk minum tidak bermakna ada masa tertentu. Minum hanya lebih segelas air sehari kedengaran lebih mudah bukan? Tetapi sekiranya anda sukar untuk mengambil air (H20) yang mencukupi, gunakan tip minum air ini.
5 tip minum air, mudah sahaja!
1. Tambahkan perasa
Seperti diketahui, air kosong sememangnya membosankan. Tetapi sebaliknya penggunaan perasa yang ada iaitu dengan memilih sesuatu yang lebih semula jadi seperti tembikai dan pudina atau hirisan oren. Bagi membuatkan ia lebih terasa, biarkan beberapa jam di dalam peti ais anda.
2. Pesan sesuatu yang pedas
Menambah potongan cili dalam hidangan mendorong anda untuk mendapatkan lebih banyak air semasa makan. Selain itu, kajian menunjukkan cili yang pedas boleh meningkatkan metabolisma anda.
3. Jadikan sebahagian minuman malam
Jadikan minum air sekurang-kurangnya lebih satu gelas air sebelum tidur. Ini kerana ia secara tidak langsung membantu tubuh anda anda rehidrasi.
4. Tip minum air – Anggap ia pembuka selera
Berdasarkan kajian 2010 dalam jurnal obesiti, meminum 16oz iaitu jumlah biasa bagi sebotol air sebelum makan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ia juga membantu anda kurangkan makan dan ia sepatutnya menjadi pendorong untuk mendapatkannya segelas sebelum makan.
5. Tip minum air – Pastikan ia dekat
Sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang melibatkan perjalanan beberapa jam, menjadi keutamaan bagi anda untuk mendapatkan air. Jadi, pastikan ia sentiasa bersama anda supaya anda boleh mendapatkannya pada bila-bila masa.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.