Pernahkah anda mengalami pening kepala pada skala yang tertumpu, contohnya sakit kepala sebelah kiri sahaja? Jika ya, anda mungkin tidak keseorangan!
Anda pasti?
Pernahkah anda mengalami pening kepala pada skala yang tertumpu, contohnya sakit kepala sebelah kiri sahaja? Jika ya, anda mungkin tidak keseorangan!
Ini kerana kadangkala ia adalah tidak mustahil terjadi dan sebenarnya didalangi oleh pelbagai sebab serta faktor risiko yang sukar untuk dijangka.
Disebabkan itu, adalah penting untuk anda tahu apa, kenapa dan bagaimana sakit kepala sebelah kiri ini berlaku. Jom teruskan membaca artikel.
Untuk pengetahuan anda, hampir kesemua orang pernah mengalami pening kepala tidak kira ia berlaku pada sebelah kiri, kanan atau kedua-duanya.
Ia mungkin tiba-tiba datang dan kekal buat sesuatu tempoh yang tertentu serta kesannya mungkin boleh membawa sehingga ke leher, gigi atau bahagian belakang mata.
Pun begitu, pening kepala juga biasanya akan hilang jika mengambil ubatan, mendapatkan rawatan atau sembuh dengan sendirinya selepas beberapa lama – jika ia tidak serius.
Apa yang mungkin anda patut risau adalah jika ia berlaku pada sebelah bahagian sahaja, sebagai contoh sakit kepala di sebelah kiri yang hadir dan kekal lama.
Ini kerana ia mungkin adalah indikator bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan!
Punca sebenar sakit kepala di bahagian kiri terbahagi kepada beberapa faktor risiko termasuklah:
Sebenarnya, sakit kepala sebelah kiri mungkin disebabkan oleh gaya hidup individu itu sendiri, seperti:
Masalah pada sistem saraf di otak individu juga adalah punca sakit kepala sebelah kiri:
Sakit kepala sebelah kiri juga biasanya adalah simptom kepada beberapa jenis jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu yang disebabkan oleh virus.
Selain itu, perkara ini juga boleh terjadi angkara reaksi alergi lantas menyebabkan mukus pada sinus iaitu hingus berkumpul, tersumbat dan memberi tekanan.
Jangkitan lebih serius seperti encephalitis dan meningitis pula akan mengakibatkan pening kepala kronik selain simptom seperti demam panas, tegang leher dan sawan.
Sebenarnya, ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat sakit kepala itu sendiri boleh buat keadaan jadi lebih teruk jika anda menggunakannya secara berlebihan.
Antara ubatan tertentu yang mungkin boleh menyebabkan sakit kepala di sebelah kiri adalah:
Jika anda kerap memakai topi, tudung atau apa-apa sahaja jenis sarung kepala, sila pastikan ia tidak terlalu ketat agar tidak wujud tekanan terlalu kuat padanya.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan punca sebenar sakit kepala itu tanpa mengira di mana tempatnya.
Besar kemungkinan ia mungkin berpunca daripada sebab yang telah kami nyatakan di atas tadi, namun diagnosis daripada doktor adalah sangat penting.
Ini juga bagi menentukan sama ada jenis pening kepala yang anda alami itu sama ada tergolong dalam kategori tekanan, migrain, kluster atau kronik.
Kemudian, barulah ubatan dan rawatan dapat diberikan selain anda juga boleh mengamalkan beberapa tip tradisional lain bagi melegakan kesakitan pada kepala.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen