backup og meta

Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Lihat 13 Tanda Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/01/2024

    Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Lihat 13 Tanda Ini

    Tahukah anda, keadaan paras gula yang kurang atau berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan masalah pada kesihatan anda? Di sini, kami nyatakan beberapa tanda kurang gula dalam badan dan tanda gula tinggi dalam badan sebagai rujukan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Hipoglisemia, keadaan tanda kurang gula dalam badan

    Hipoglisemia adalah nama bagi satu keadaan di mana gula darah atau glukosa anda berada pada paras yang terlalu rendah dalam tubuh.

    Biasanya, keadaan ini disebabkan oleh kesan sampingan rawatan kencing manis yang diambil oleh penghidap kencing manis.

    Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa keadaan lain atau kesan ubat-ubatan lain bagi mereka yang tidak menghidap diabetes. 

    Tanda-tanda hypo atau tanda kurang gula dalam badan

    tanda kurang gula dalam badan
    Badan akan mengalami beberapa simptom jika kurang gula.

    Terdapat beberapa simptom atau petanda badan anda kurang gula yang boleh dilihat iaitu:

  • Kerap berasa lapar 
  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Kulit menjadi pucat
  • Berasa letih
  • Menjadi cemas atau resah
  • Berpeluh-peluh
  • Bibir, lidah atau pipi menjadi kebas atau kesemutan
  • Menggeletar juga boleh menjadi tanda kekurangan gula dalam badan
  • Kesan akibat tanda kurang gula dalam badan

    Sekiranya tanda kekurangan gula dalam badan ini tidak diambil peduli dan hipoglisemia tidak dirawat, ia juga boleh menyebabkan beberapa kesan atau komplikasi yang lain.

    Antara kesan akibat kurang gula dalam tubuh ialah: 

    • Sawan
    • Tidak sedarkan diri atau pengsan
    • Dalam keadaan yang lebih serius, boleh menyebabkan kematian

    Hiperglisemia, tanda gula tinggi dalam badan

    Berlainan dengan hipoglisemia, hiperglisemia pula adalah keadaan di mana paras gula darah atau glukosa anda berada pada tahap yang terlalu tinggi.

    Hiperglisemia biasa berlaku dalam kalangan penghidap diabetes.

    tanda kurang gula dalam badan
    Cara untuk kurangkan paras gula dalam darah.

    Bagi mereka yang menghidap diabetes, terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kepada berlakunya hiperglisemia ini.

    Antaranya ialah pemilihan makanan, keadaan kesihatan, kesan ubat-ubatan bukan diabetes, aktiviti fizikal tertentu, atau tidak mengambil ubat-ubatan diabetes. 

    Simptom atau tanda gula berlebihan dalam badan

    tanda kurang gula dalam badan
    Selalu haus antara tanda gula tinggi dalam badan.

    Hiperglisemia tidak akan menunjukkan simptom sehinggalah nilai glukosa dalam darah meningkat secara mendadak.

    Ini biasanya jika bacaan glukosa itu melebihi 180 hingga 200 mg/dL.

    Tanda gula berlebihan dalam badan ini akan berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

    Semakin lama paras gula tinggi ini berlaku, maka akan semakin teruklah simptom-simptomnya.

    Antara tanda gula tinggi dalam badan ialah:

    Kesan jika paras gula darah terlalu tinggi

    Jika tanda gula tinggi ini kekal tidak dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain kepada tubuh anda.

    Antara komplikasi yang boleh berlaku ialah:

    • Kerosakan pada saraf atau juga dikenali dengan nama neuropati
    • Penyakit kardiovaskular
    • Kerosakan pada salur darah retina yang boleh menyebabkan kebutaan
    • Kerosakan buah pinggang
    • Kewujudan katarak pada mata
    • Masalah pada kaki seperti jangkitan, ulser bahkan boleh menyebabkan kudung
    • Masalah pada tulang dan sendi
    • Jangkitan pada gigi dan gusi

    Kesimpulan

    Kini anda telah mengetahui tanda kurang gula dalam badan yang boleh menyebabkan keadaan hipoglisemia.

    Anda juga telah mengetahui beberapa gejala atau tanda gula tinggi iaitu hiperglisemia.

    Jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

    Jika anda membiarkannya tanpa sebarang rawatan, anda akan mengalami komplikasi lain yang lebih berbahaya kepada tubuh. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan