backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Elak Sakit Perut Semasa Bulan Puasa, Penghidap Gastrik Boleh Ambil 9 Jenis Makanan Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    Elak Sakit Perut Semasa Bulan Puasa, Penghidap Gastrik Boleh Ambil 9 Jenis Makanan Ini

    Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan buat seluruh umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa. Akan tetapi, bagi individu yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti penghidap gastrik atau GERD, keghairahan menyambut Ramadan kadangkala boleh terganggu dengan serangan sakit perut ketika mereka berpuasa. Justeru, adakah terdapat makanan untuk orang gastrik yang disarankan sepanjang bulan puasa ini?

    Sudah tentu! Salah satunya adalah probiotik! Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui fungsi probiotik dan manfaatnya untuk golongan ini, serta 9 jenis makanan untuk orang gastrik yang perlu diambil sepanjang Ramadan ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Gastrik – Sakit paling biasa di bulan puasa

    Berpuasa di bulan Ramadan dapat membantu merehatkan dan memulihkan sistem pencernaan dan imuniti kita pada siang hari.1 Walau bagaimanapun, amalan diet yang tidak sihat ketika Ramadan boleh menyebabkan masalah pencernaan berlaku.

    Gangguan sistem pencernaan yang kebiasaannya terjadi semasa berpuasa di bulan Ramadan adalah gastrik.2

    Gastrik boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya, disebabkan pengambilan ubatan dalam tempoh yang lama, kewujudan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori), jangkitan dan tekanan. 

    Tentu ramai tertanya-tanya. Bagaimana nak atasinya? Takkan tak boleh puasa langsung kan?

    Jangan risau, kami akan kongsikan makanan yang boleh anda ambil untuk bantu masalah ini. 

    Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik (Rujukan 3: Kementerian Kesihatan Malaysia)
    • Makanan atau minuman yang mengandungi kafein
    • Makanan yang terlalu pedas, berminyak, atau berasid

    Mengambil makanan tertentu pada waktu bersahur dan berbuka pastinya akan dapat membantu mengawal dan mengatasi masalah gastritis yang dialami. 

    Akan tetapi, apakah jenis makanan untuk orang gastrik yang digalakkan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini? 

    Mungkin anda tak sangka, salah satunya adalah minuman probiotik! Nanti kami akan kupas lebih lanjut.

    9 makanan untuk orang gastrik

    Walaupun ada keadaan tertentu rawatan perubatan dan suplemen terbaik untuk gastrik diperlukan bagi merawat masalah ini, namun simptomnya boleh dikurangkan melalui makanan dan minuman untuk gastrik.

    Terdapat beberapa makanan untuk orang gastrik yang disarankan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini, seperti:4

    #1. Sayuran, makanan untuk orang gastrik yang paling penting

    makanan untuk orang gastrik
    Sayur-sayuran hijau berkhasiat buat penghidap gastrik.

    Pilihan makanan rendah lemak dan gula dapat membantu mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan.

    Antara sayur-sayuran yang baik untuk mereka yang menghidap gastrik termasuk:

    Brokoli sangat baik untuk mereka yang mengalami gastritis.5

    Ini kerana, selain menjadi sumber serat yang baik, ia mengandungi sulforaphane tinggi – sebatian yang dapat membunuh bakteria H.pylori.5

    #2. Halia, antara makanan untuk orang gastrik

    Halia mempunyai sifat antiradang semula jadi dan merupakan rawatan berkesan untuk masalah pedih ulu hati serta masalah gastrousus lain.6

    Anda boleh tambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom.

    Makanan untuk gastrik ulser #3. Oat

    Jika anda tidak gemarkan nasi untuk bersahur, jadikan oat sebagai pilihan. Makanan tinggi serat ini dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah.

    Pengambilan roti gandum juga merupakan antara makanan untuk orang gastrik yang dapat membantu anda mengurangkan simptom.

    #4. Buah-buahan bukan sitrus

    Apa yang dikatakan dengan buah-buahan sitrus? Buah seperti lemon, limau atau kiwi tergolong dalam kelompok ini, jadi elakkan pengambilannya.

    Pilihlah buah yang sesuai untuk gastrik angin seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid. 

    makanan untuk gerd
    Tips untuk usus yang kuat semasa berpuasa.

    #5. Daging tanpa lemak dan makanan laut

    Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks. 

    Protein membantu memperbaiki kerosakan yang dilakukan gastritis pada lapisan perut.

    Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan – kecuali ikan dengan omega-3, hanya akan memburukkan keadaan gastrik.

    Makanan untuk orang gastrik #6. Putih telur

    Putih telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. 

    Sebaiknya, hindari pengambilan kuning telur kerana mengandungi tinggi lemak dan boleh mencetuskan sindrom refluks dalam badan.

    #7. Lemak sihat

    Sumber bagi lemak sihat termasuklah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.

    Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lemak tidak tepu yang lebih sihat. 

    Makanan tinggi lemak sihat – asid omega-3, seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut. 

    #8. Makanan antibakteria dan kaya flavonoid

    H.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya sudah tentu memerlukan sesuatu bersifat antibakteria.

    Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria dan boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.

    Makanan untuk gastrik ulser seperti bawang putih, bawang merah, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.

    #9. Makanan & minuman probiotik

    Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun. 

    Makanan dan minuman probiotik dapat membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan. 

    Jika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi mungkin dapat membantu meringankan simptom gastrik anda.

    Selain mencuba makanan probiotik semasa bulan Ramadan, anda juga boleh mencuba minuman probiotik seperti susu kultur. Bukan sahaja rasanya lazat, malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan usus anda!

    Tambah probiotik dalam diet ketika berpuasa

    makanan probiotik
    Manfaat probiotik untuk kesihatan usus.

    Mengambil makanan dan minuman probiotik ketika bersahur dan berbuka dapat menjamin kesihatan usus yang baik sepanjang anda berpuasa di bulan Ramadan.

    Probiotik adalah sebahagian daripada mikrobiom, iaitu ‘komuniti’ organisma dalam badan yang memastikan tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan baik.7

    Ia juga berperanan melawan jangkitan dan membantu meningkatkan fungsi tubuh lain seperti membantu sistem penghadaman, mengurangkan risiko untuk mendapat sembelit dan juga cirit-birit.8

    Probiotik boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti makanan, minuman dan juga suplemen (pil atau serbuk).

    Misalnya, anda boleh mendapatkan probiotik melalui diet seperti tempe, kimchi, miso, tapai, yogurt dan susu kultur.7

    Pengambilan probiotik menerusi minuman untuk gastrik seperti susu kultur adalah antara cara yang paling mudah dan cepat ketika bulan Ramadan.

    Yakult adalah antara pilihan minuman probiotik yang boleh didapati di Malaysia yang dipercayai dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan dan menguatkan sistem imuniti usus anda.

    Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan minuman Yakult sebagai sumber probiotik anda ketika bersahur dan berbuka di sini!

    Kesimpulan

    Sempena Ramadan kali ini, apa kata anda cuba mengambil 9 senarai makanan untuk orang gastrik di atas ketika bersahur dan berbuka.

    Dengan mengambil makanan probiotik juga, ia dapat membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman buat semua penghidap gastrik. Jangan jadikan keadaan kesihatan anda sebagai penghalang untuk anda kekal beribadah.

    Selamat berpuasa. Ramadan kareem!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan