Makanan berasaskan soya yang perlu dijauhi

Jika anda atau anak anda mempunyai alahan soya, elakkan pengambilan makanan berikut:
- Tempe.
- Susu soya.
- Tofu.
- Kicap.
- Susu berasaskan soya, yogurt, aiskrim atau keju.
- Kacang edamame.
- Tepung soya.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mempunyai alahan soya mungkin perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mengelakkan reaksi alergi.
Selain makanan di atas, soya juga merupakan salah satu bahan yang sering digunakan di dalam makanan yang diproses.
Untuk mengelakkan diri anda atau anak anda daripada alahan soya, anda perlulah:
- Selalu membaca label pada pembungkusan makanan. Kebanyakan syarikat pemprosesan makanan akan menyenaraikan soya di dalam label makanan. Jika anda mempunyai alahan, anda perlu belajar cara yang betul untuk membaca label makanan.
- Berhati-hati ketika makan di luar. Di Malaysia, kita menggunakan pelbagai bahan yang berasaskan soya. Oleh itu, ada kemungkinan makanan anda mengandungi soya disebabkan pencemaran silang.
- Bersedia untuk sebarang reaksi alahan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang cara untuk merawat reaksi alahan sama ada dengan mengambil ubat secara oral ataupun membawa suntikan epinephrine untuk kecemasan.
Menjauhi soya merupakan langkah terbaik

Seperti alahan makanan yang lain, cara yang terbaik untuk mengelakkan reaksi alergi adalah dengan tidak mengambil makanan tersebut.
Jika anda mempunyai bayi yang alah terhadap soya, elakkan memberi susu formula yang berasaskan soya. Berikan susu badan kepada anak jika boleh.
Pastikan anda tahu apa yang anda makan dan minum.
Selain itu, baca senarai makanan pada belakang pembungkusan supaya anda tidak termakan makanan yang mengandungi soya secara tidak sengaja.
Jika anda atau anak anda mengalami reaksi alahan yang teruk, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar segera.