home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Pemakanan Bijirin Oat Boleh Menaikkan Gula Darah Pesakit Diabetes?

Adakah Pemakanan Bijirin Oat Boleh Menaikkan Gula Darah Pesakit Diabetes?

Anda menghidap diabetes tetapi tidak pasti sekiranya bijirin oat atau mil oat boleh naikkan paras gula darah atau tidak. Bagi yang tidak tahu, ini khasiat oat bagi penghidap diabetes.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Bijirin oat pilihan terbaik buat penghidap diabetes?

Seperti yang kita tahu, penghidap diabetes atau kencing manis tidak boleh mengambil sumber karbohidrat secara sesuka hati.

Penghidap diabetes perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat.

Ini kerana, karbohidrat boleh diuraikan dengan cepat untuk menjadi gula atau glukosa.

Ini semestinya boleh menaikkan paras gula darah pesakit diabetes secara mendadak.

khasiat oat

Namun, adakah bijirin oat memberikan kesan yang sama seperti ini?

Untuk pengetahuan anda, bijirin oat atau mil oat adalah antara jenis makanan yang sangat membantu pesakit diabetes.

Ini kerana, walaupun oat mempunyai jumlah karbohidrat yang tinggi, nilai indeks glisemik (GI) bijirin ini adalah antara yang terendah.

Dengan kata yang lebih mudah, oat akan dicerna dengan lebih lambat di dalam perut dan tidak menyebabkan paras gula naik mendadak.

Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan serat boleh larut dan beberapa kandungan lain yang bermanfaat kepada penghidap diabetes.

Ini manfaat oat terhadap pesakit diabetes

bijirin oat

Kami nyatakan beberapa manfaat dan kebaikan pengambilan bijirin oat bagi penghidap diabetes:

Khasiat oat 1: Rendah nilai GI

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, nilai indeks glisemik (GI) bagi bijirin ini adalah rendah.

Makanan dengan nilai GI yang rendah sangat membantu pesakit diabetes untuk mengawal paras gula darah mereka.

Ini kerana, makanan tersebut akan dicerna lebih lambat dan lama justeru mengelakkan peningkatan paras gula darah secara mendadak.

Nilai GI bagi bijirin oat adalah 55 dan ke bawah.

Khasiat oat 2: Merendahkan paras gula darah

Dalam bijirin oat, terdapat sejenis serat yang disebut sebagai glukosa beta atau beta glucans.

Menurut kajian, glukosa beta ini boleh membantu merendahkan paras gula darah dalam kalangan pesakit diabetes.

Menurut kajian tersebut lagi, glukosa beta ini tidak akan membantu paras glukosa darah mencapai tahap yang normal, tetapi ia boleh menjadi suplemen yang berguna untuk amalan diabetes yang sihat.

Khasiat oat 3: Tinggi kandungan serat

Serat sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. Ia juga tentunya sangat baik bagi pesakit diabetes dalam kawalan gula darah mereka.

Serat pemakanan seperti yang terdapat dalam oat ini boleh membantu memperlahankan proses pencernaan makanan dan mengelakkan paras gula naik mendadak.

American Diabetes Foundation menyarankan agar individu dewasa mengambil sekurang-kurangnya 25 hingga 30 gram serat setiap hari.

Satu hidangan mil oat mengandungi sekitar 8 gram serat. Oleh itu, oat adalah antara jenis makanan yang sangat membantu dalam menambahkan keperluan serat anda setiap hari.

Khasiat oat 4: Membantu rasa kenyang

Memandangkan bijirin oat kaya dengan kandungan serat pemakanan, ia boleh membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Ini kerana serat di dalam oat akan memperlahankan proses penghadaman.

Apabila anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama, maka anda akan kurang mengambil kalori tambahan setiap hari.

Ini akan menggalakkan penurunan berat badan yang lebih sihat dan memberikan kesan positif kepada pengurusan diabetes anda.

Khasiat oat 5: Meningkatkan sensitiviti insulin

Selain itu, oat juga boleh membantu meningatkan sensitiviti atau kepekaan insulin setiap kali anda makan.

Kajian menunjukkan, pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil mil oat mempunyai tindak balas insulin yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil oat.

Namun, perubahan ini hanyalah bersikap sementara dan tidak kekal.

Oleh itu, ia tidak berkemampuan untuk meningkatkan sensitiviti insulin selama-lamanya.

Namun, tidak semua bijirin oat itu sesuai untuk pesakit diabetes

khasiat oat

Walaupun oat adalah sejenis bijirin yang sangat baik untuk pesakit diabetes, perlu juga diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis produk oat yang ada di pasaran.

Pertama sekali, anda perlu mengelakkan jenis oat segera yang biasanya sudah dicampur dengan gula tambahan.

Produk oat segera yang hanya memerlukan bancuhan air ini tinggi dengan kandungan gula.

Ia bukan sahaja tidak memberikan manfaat malah meningkatkan risiko kepada keadaan diabetes anda.

Selain itu, apabila anda memakan oat, pilihlah topping atau makanan tambahan yang lebih sihat seperti buah-buahan segar.

Elakkan buah-buahan kering seperti kismis dan aprikot kering kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Anda juga tidak disarankan untuk menambahkan pemanis tambahan sama ada pemanis tiruan atau semula jadi ke dalam hidangan mil oat anda.

[health_tool_article id=”32121″]

Ikuti tip penyediaan oat mesra diabetes ini

Untuk membantu anda menyediakan hidangan oat yang sesuai dengan keadaan diabetes anda, sila ikut panduan ringkas ini:

  • Tambahkan kekacang yang telah dicincang ke dalam mangkuk oat anda. Anda boleh menggunakan kacang walnut atau badam sebagai pilihan
  • Anda juga boleh menambahkan sumber protein seperti mentega kacang dan juga yogurt
  • Pilih jenis oat yang kurang diproses. Oat yang kurang diproses masih mengandungi kandungan serat yang tinggi
  • Jika anda mahukan oat yang lebih bernutrisi dan enak, anda boleh menggantikan air dengan susu soya atau susu rendah lemak

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 3 minggu lalu
x