backup og meta

Manfaat Kesihatan Halia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

    Manfaat Kesihatan Halia

    Halia berasal daripada kawasan-kawasan panas di Asia, termasuk China, Jepun, dan India. Kerana pelbagai manfaat kesihatan, halia kini berkembang di pelbagai tempat di dunia seperti Amerika Selatan, Afrika, dan Timur Tengah. Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan halia pada:

    Loya dan muntah

    Loya dan muntah yang disebabkan oleh ubat-ubatan untuk HIV / AIDS boleh dilegakan dengan mengambil halia setiap hari. Kajian mendapati bahawa dos harian halia yang diambil 30 minit sebelum rawatan antiviral selama 14 hari dapat mengurangkan risiko seseorang loya dan muntah-muntah. Halia juga berfungsi untuk loya dan muntah-muntah selepas pembedahan. Ramai pesakit melaporkan loya dan muntah-muntah kurang teruk dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan jika mereka mengambil 1 – 1.5 gram halia 1 jam sebelum prosedur.

    Wanita hamil dengan masalah loya juga boleh mengambil manfaat daripada halia. Ia dianggap selamat untuk wanita hamil untuk mengambil halia dalam bentuk lozeng atau gula-gula. Walau bagaimanapun, untuk lebih selamat, selalulah berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang jenis makanan tambahan atau ubat-ubatan semasa mengandung. Selain itu, sebatian fenolik dalam halia dipercayai berkesan dalam mengurangkan kerengsaan gastrousus, merangsang penghasilan air liur dan hempedu.

    Sakit segugut sewaktu haid

    Halia mungkin boleh menjadi penyelesaian masalah segugut anda. 1500 mg halia dilaporkan mengurangkan kesakitan haid apabila diambil dalam 3 dos berasingan setiap hari semasa 3 hari pertama kitaran haid seseorang. 62% wanita mengalami pengurangan sakit segugut yang besar selepas diberikan 250 mg ekstrak halia tertentu (Zintoma dan Goldaru) empat kali sehari selama 3 hari pertama haid. Halia berkesan seperti ibuprofen atau asid mefenamic. Berkaitan manfaatnya melegakan kesakitan, halia terbukti dapat melegakan kesakitan otot yang disebabkan oleh aktiviti fizikal sebanyak 25%.

    Mabuk perjalanan dan mabuk laut

    Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil halia sebelum memulakan perjalanan. Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa halia mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

    Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?

    Dos oral halia umumnya selamat bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, mungkin terdapat kesan sampingan yang ringan seperti pedih hulu hati,cirit-birit, dan ketidakselesaan perut. Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan haid yang lebih berat. Kegunaan luar halia juga dianggap selamat jika digunakan dengan betul pada jangka masa pendek. Bagi mereka yang sedang hamil atau menyusukan bayi, bincang dengan doktor terlebih dahulu untuk menimbang manfaat terhadap kemungkinan risiko. Halia boleh meningkatkan risiko pendarahan pada orang dengan gangguan pendarahan dan memburukkan beberapa masalah jantung. Jika anda mempunyai diabetes, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil halia kerana ia boleh menjejaskan tahap insulin dan tahap gula dalam darah; yang dengan itu memerlukan pelarasan dalam ubat-ubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan