backup og meta

Susah Buang Air Besar? Cuba 5 Cara Tradisional Ini Dulu

Sembelit merupakan masalah penghadaman yang sering dialami oleh ramai orang dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan moden, masih ramai yang memilih cara tradisional hilangkan sembelit sebagai langkah awal untuk melegakan simptom. 

Susah Buang Air Besar? Cuba 5 Cara Tradisional Ini Dulu

Namun, sebelum mencuba pelbagai petua, penting untuk memahami kenapa jadi sembelit supaya masalah ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apakah maksud sembelit?

Anda membuang air besar kurang 3 kali seminggu? Jika ya, ini mungkin bermaksud anda mengalami sembelit!

Walau bagaimanapun, sembelit sebenarnya lebih kompleks daripada itu. Ada orang yang masih mengalami sembelit walaupun mereka membuang air besar setiap hari.

Apa yang penting, perhatikan simptom dan pola pembuangan air besar anda. Adakah anda perlu membuang air setiap hari atau 2 hari sekali sudah cukup?

Sekiranya pola ini mula menjadi tidak teratur dan anda rasa sakit ketika membuang air besar, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Antara simptom sembelit adalah:

  • Tinja keras dan kering.
  • Rasa sakit semasa membuang air besar.
  • Tinja tidak lawas sepenuhnya.

Semakin lama anda ‘tahan’ buang air besar, semakin sukarlah tinja untuk keluar secara normal.

Masalah sembelit boleh mendatangkan pelbagai komplikasi lain, antaranya adalah sakit perut dan juga masalah gas.

Individu yang meneran terlalu kuat semasa membuang air besar juga berisiko untuk mengalami:

  • Buasir.
  • Koyakan pada kawasan dubur.
  • Prolaps rektum.

Selain mengetahui simptom, penting juga untuk memahami kenapa jadi sembelit kerana puncanya boleh berbeza bagi setiap individu. 

Kenapa jadi sembelit?


  1. Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  2. Kurang bersenam.
  3. Perubahan usia.
  4. Kurang minum air.
  5. Sering tahan buang air besar.
  6. Menghidap sindrom rengsa usus (IBS).

5 cara tradisional hilangkan sembelit yang boleh dicuba di rumah 

Sekiranya anda sering mengalami sembelit, terdapat beberapa makanan, minuman dan amalan harian yang boleh dijadikan petua hilangkan sembelit

Walaupun keberkesanannya mungkin berbeza bagi setiap individu, langkah-langkah ini boleh membantu melancarkan pembuangan air besar. 

1. Minum air dengan mencukupi

Individu yang kurang minum air lebih berisiko mengalami sembelit. Oleh sebab itu, petua orang tua sembelit ialah pastikan anda minum 8-10 gelas air setiap hari untuk kekal hidrat.

Tetapi, tahukah anda, air sparkling mungkin dapat memudahkan pembuangan air besar? Selepas ini, cuba minum air sparkling untuk mengurangkan sembelit.

Namun, elakkan pengambilan air berkarbonat kerana ia mungkin akan membuatkan sembelit menjadi semakin teruk.

Tip: Pastikan anda minum air yang mencukupi. Selain air masak, air sparkling mungkin dapat membantu meredakan sembelit.

2. Minum kopi

cara tradisional hilangkan sembelit
Kopi juga bantu atasi sembelit.

Untuk sesetengah orang, kopi dapat memudahkan pembuangan air besar. Tetapi mengapa ia juga boleh menjadi petua untuk mudah buang air besar? Kopi didapati dapat memberikan stimulasi pada otot sistem pencernaan.

Sebab itulah ada orang yang terus rasa ingin ‘membuang’ selepas menghidu bau kopi!

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam European Journal of Gastroenterology & Hepatology, kesan kopi terhadap sistem pencernaan sangat kuat.

Kesannya juga 60% lebih kuat berbanding minum air kosong dan 23% lebih kuat daripada kopi tanpa kafein!

Tip: Kopi juga mengandungi serat larut air yang baik untuk perut. Namun, cara ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

3. Cara tradisional hilangkan sembelit dengan probiotik

Makanan yang mengandungi probiotik dapat membantu individu yang menghidap sembelit kronik.

Contoh strain bakteria baik yang bermanfaat untuk perut ialah Bifidobacteria dan Lactobacillus, kedua-duanya boleh didapati dalam banyak produk yang dijual di pasaran.

Antara makanan yang kaya dengan probiotik dan termasuk cara atasi sembelit ialah:

  1. Yogurt.
  2. Tempe.
  3. Kimchi.
  4. Tapai.
  5. Tempoyak.

Ramai juga tertanya-tanya, adakah yogurt baik untuk sembelit? Yogurt yang mengandungi probiotik boleh membantu menyokong keseimbangan bakteria baik dalam usus, sekali gus membantu melancarkan sistem penghadaman bagi sesetengah individu. 

4. Banyakkan bersenam

Individu yang jarang bersenam mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap sembelit.

Sebab itulah, ada pakar yang mencadangkan agar pesakit lebih banyak bergerak untuk memudahkan pergerakan tinja.

Banyak kajian yang telah membuktikan senaman dapat mengurangkan simptom sembelit.

Bagi mereka yang menghidap sindrom rengsa usus (IBS), senaman dapat mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Walau bagaimanapun, senaman boleh buatkan simptom jadi semakin teruk.

5. Ambil herba sebagai cara tradisional hilangkan sembelit

Sanna merupakan herba yang sangat popular sebagai cara atasi sembelit.

Anda boleh beli teh sanna di farmasi atau secara atas talian.

Herba ini mengandungi kompaun yang dikenali sebagai glikosida. Glikosida dapat merangsang sistem saraf dalam perut dan mempercepatkan pergerakan tinja.

Walau bagaimanapun, sanna mungkin tidak sesuai untuk wanita mengandung dan sedang menyusukan anak.

Selain mengamalkan cara tradisional hilangkan sembelit, pastikan anda mengambil makanan tinggi serat, minum air yang mencukupi dan tidak menangguhkan keinginan untuk membuang air besar. 

Gabungan amalan ini boleh menjadi antara cara hilangkan sembelit dengan cepat bagi sesetengah individu. 

Kesimpulan

Cara tradisional hilangkan sembelit boleh menjadi langkah awal untuk membantu melegakan simptom, terutamanya apabila digabungkan dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat.

Walau bagaimanapun, jika sembelit berlarutan, kerap berulang atau disertai simptom lain seperti sakit perut yang teruk atau pendarahan, segera dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor bagi mengenal pasti puncanya.

Kalkulator BMR

health-tool-icon

tahun

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Constipation. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation. Accessed on December 6, 2022.

Constipation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation. Accessed on December 6, 2022.

Constipation. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/stomach-liver-and-gastrointestinal-tract/constipation. Accessed on December 6, 2022.

Is coffee a colonic stimulant? https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9581985/. Accessed on December 6, 2022.

Treatment for Constipation. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/constipation/treatment. Accessed on December 8, 2022.

Versi Terbaru

08/07/2026

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

18 Makanan Ini Bantu Mudahkan Penghadaman Dan Cegah Sembelit

Selain Sapu Minyak Angin, Ibu Hamil Cuba 13 Tip Ini Legakan Sakit Perut Sembelit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan