Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan waktu bersahur.

Jangan ambil lewa waktu bersahur

Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam perlu menahan lapar dan dahaga untuk tempoh lebih 12 jam sehari, bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Oleh sebab itu, waktu bersahur merupakan tempoh penting yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Amalan bersahur bukan sekadar untuk membekalkan tenaga, namun lebih daripada itu, ia adalah antara sunnah yang disarankan dalam agama.

Tetapi jangan pula pada waktu sahur anda mengambil segala jenis hidangan kerana khuatir akan berasa lapar.

Ini kerana terdapat sesetengah makanan akan lebih cenderung membuatkan anda cepat kelaparan.

Hindari 7 makanan ini pada waktu bersahur

Berikut adalah beberapa makanan yang perlu dikurangkan atau dielakkan pengambilannya ketika sahur:

  1. Garam

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin boleh meningkatkan rasa dahaga sepanjang tempoh berpuasa. 

Lebih bahaya, makanan yang masin ini boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.

Bukan itu sahaja, makanan dengan kandungan garam yang banyak boleh merangsang rasa haus.

Jadi elakkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk atau makanan dalam tin ketika waktu bersahur.

  1. Nasi

Nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Ia adalah pilihan ramai untuk mengalas perut ketika sahur.

Namun sebaiknya anda elakkan pengambilan nasi pada waktu sahur. Atau paling tidak hadkan saiz hidangan nasi anda.

Ini kerana nasi mudah dicerna dan boleh menyebabkan anda lebih cepat kehabisan tenaga.

Keadaan tersebut pastinya akan membuatkan anda berasa cepat lapar.

  1. Makanan pedas

kekal bertenaga

Seperti nasi, makanan pedas boleh dikatakan antara lauk popular dan kegemaran ramai.

Tetapi pengambilannya secara berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.

Anda akan terdedah dengan risiko untuk mengalami keadaan seperti pedih perut atau cirit-birit, sekali gus menyebabkan anda mendapat dehidrasi.

Makanan yang pedas juga boleh membuat anda lebih cepat haus.

Sebaiknya elakkan makanan pedas ketika bersahur dan ambillah dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka.

  1. Minuman berkafein

Minuman berkafein seperti kopi boleh dianggap sebagai 1 minuman wajib ada bagi penggemarnya. 

Namun begitu, minuman berkafein dikatakan bersifat diuretik dan akan dicerna dengan lebih cepat.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan anda lebih cepat kehilangan cecair dalam badan kerana kerap kencing.

Sekiranya bekalan air dalam badan berkurangan, pasti ia boleh mengakibatkan anda mengalami dehidrasi dan cepat keletihan. 

Jadi sebaiknya hadkan pengambilan sebarang minuman berkafein pada waktu bersahur kepada secawan sahaja, okay?

  1. Makanan & minuman manis

Makanan mahupun minuman yang tinggi kandungan gula akan membekalkan kalori yang tinggi, tetapi ia tidak bertahan lama.

Kebanyakan gula dalam makanan dan minuman adalah dari jenis gula ringkas, iaitu ia cepat menghasilkan tenaga dan mudah habis.

Ini bermakna anda sukar untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 

Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi kandungan gula pastinya baik untuk kesihatan kerana ia dapat menghindari diri daripada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti obesiti.

  1. Makanan tinggi kandungan lemak

Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng atau makanan segera boleh mengganggu dan melambatkan proses pengosongan perut. 

Eh, baguslah kalau lambat kosong, lambat lapar. Tetapi benarkah ia bagus?

Sudah tentulah tidak. Ini kerana ia boleh menyebabkan wujudnya simptom sembelit. 

Di samping itu, makanan yang mengandungi lemak ini boleh mengakibatkan anda mengalami cirit-birit kesan daripada sistem pencernaan yang terlalu cepat. 

  1. Tidak bersahur

elakkan-7-perkara-ini-pada-waktu-bersahur

Jangan terkejut, sememangnya ada kelompok individu yang tidak gemar bersahur.

Antara alasan paling biasa adalah kerana malas bangun pada waktu bersahur.

Tetapi malangnya tabiat seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana anda akan membiarkan perut anda kosong untuk tempoh lebih 12 jam. 

Lebih teruk lagi apabila rasa lapar disebabkan tidak bersahur akan membuatkan anda mengambil hidangan makanan secara berlebihan ketika waktu berbuka.

Kesannya, anda akan alami masalah ketidakselesaan perut.

Secara sederhana

Perkara paling penting pada waktu bersahur adalah untuk melakukannya secara bersederhana.

Tabiat tersebut akan dapat mengurangkan penggunaan tenaga untuk tujuan pencernaan. Hasilnya akan dapat menghindari rasa letih dan kelaparan. 

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita memahami erti pengorbanan, kesusahan dan kesederhanaan.

Semoga kita semua mendapat rahmat di bulan yang penuh keberkatan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?

Kopi panas sememangnya sejenis minuman yang popular di seluruh dunia. Minuman kopi ini juga dikatakan boleh menurunkan risiko kanser, betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Kolorektal 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya

Keinginan untuk membuang air kecil secara tiba-tiba atau kerap dan ketidakupayaan mengawal pundi kencing merupakan masalah berkaitan inkontinen urin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kencing Tak Lawas, Urologi 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Jangan Amalkan Minum Air Sebelum Tidur! Jika Tak Kena Gayanya, Boleh Ganggu Tidur

Air, seperti yang kita tahu, adalah sumber penghidratan yang penting buat tubuh manusia. Tetapi, apakah manfaat atau keburukan minum air sebelum tidur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah 1 tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kafein

Ini Beza Kandungan Kafein Di Dalam Teh Dan Kopi; Ketahui Minuman Mana Yang Sesuai Untuk Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 04/02/2021 . 3 minit bacaan
punca mulut berbau

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan berkafein

Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
minum kopi

Boleh Kurangkan Kafein Dalam Kopi Dengan Tambah Susu – Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan