backup og meta

Anda Ada Gastrik? Jom Cuba Tip Pemakanan Ini Untuk Kurangkan Gejala Sakit Perut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/01/2024

    Anda Ada Gastrik? Jom Cuba Tip Pemakanan Ini Untuk Kurangkan Gejala Sakit Perut

    Tahu tak ada cara mengatasi masalah gastrik melalui diet pemakanan? Jom ketahui lebih lanjut mengenai diet untuk orang gastrik dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Cara mengatasi masalah gastrik 

    Gastritis merujuk kepada keadaan yang melibatkan keradangan lapisan perut. Pengambilan dan menghindari makanan tertentu dapat membantu menguruskan gejala gastrik.

    Gastrik boleh menjadi akut atau kronik. Gastritis akut timbul secara tiba-tiba dan teruk, manakala gastrik kronik berlangsung untuk tempoh yang lama.

    Gejala gastrik yang dialami bergantung kepada jenisnya, termasuklah:

    • Senak
    • Sakit perut
    • Loya
    • Rasa kenyang

    Bagi gastrik ringan, ia biasanya hilang selepas rawatan. Namun ada yang berkembang menjadi ulser atau meningkatkan risiko barah dan memerlukan diet untuk orang gastrik yang betul.

    Sebelum tahu diet untuk orang gastrik, kenali puncanya dulu

    Sebelum kita mengetahui apakah ada cara atau jadual makan untuk pesakit gastrik, ayuh kenal pasti dahulu punca masalah penghadaman ini terjadi, seperti: 

    • Jangkitan bakteria H. pylori
    • Kerosakan lapisan perut
    • Kecederaan utama atau penyakit
    • Penyakit autoimun
    • Alahan makanan
    diet untuk orang gastrik
    Punca berlakunya masalah gastrik.

    Ini diet untuk orang gastrik yang sesuai

    Persoalannya, adakah orang yang ada gastrik boleh minum milo atau lain-lain?

    Diet penting untuk kesihatan pencernaan dan keseluruhan. Mengamalkan diet untuk orang gastrik membantu mengurangkan gejala dan membuatkan anda lebih sihat. 

    Antara cara mengatasi masalah gastrik adalah dengan mengelakkan makanan tertentu yang boleh memburukkan lagi gejala, termasuklah:

    • Bergoreng
    • Pedas
    • Sangat berasid

    Bagi sesetengah individu, terdapat makanan dan minuman yang boleh menguruskan serta mengurangkan gejala gastrik:

    • Makanan berserat tinggi – bijirin, buah, sayur dan kekacang
    • Makanan rendah lemak – ikan, daging tanpa lemak
    • Makanan rendah asid – buah, sayur dan kekacang
    • Minuman tidak berkarbonat
    • Minuman tanpa kafein

    Probiotik dipercayai dapat membantu komplikasi perut yang berpunca daripada jangkitan bakteria H.pylori.

    Disebabkan itu diet untuk orang gastrik dengan pengambilan makanan probiotik sihat amat digalakkan, seperti:

    • Kombucha 
    • Yogurt 
    • Kimchi 
    • Sauerkraut 

    Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    penyakit gastrik
    Pantang larang penyakit gastrik.

    Makanan tinggi lemak boleh memburukkan lagi keradangan pada lapisan perut. Manakala bagi mereka dengan alahan makanan ia boleh mencetuskan gastrik

    Minum alkohol terlalu kerap atau banyak dalam masa singkat juga mencetuskan beberapa bentuk gastrik.

    Sebagai cara mengatasi masalah ini, kenal pasti dan elakkan makanan tertentu dapat merawat serta mencegah gejala gastritis, seperti: 

    • Makanan berasid
    • Minuman berkarbonat
    • Kopi
    • Makanan berlemak
    • Makanan bergoreng
    • Jus buah
    • Jeruk buah
    • Makanan pedas
    • Teh 

    Jika menyedari ada makanan atau kumpulan makanan tertentu memburukkan lagi gejala anda, elakkan makanan tersebut untuk mencegah gejala, khususnya bagi alahan makanan.

    Diet gastritis dengan ulser

    Tanpa rawatan, sesetengah gastrik boleh menyebabkan ulser perut atau dikenali sebagai ulser peptik.

    Bagi individu dengan ulser, jenis makanan yang harus dimakan dan dielakkan adalah sama seperti penghidap gastrik.

    Dengan ulser, anda perlu memastikan tubuh mendapat makanan penuh nutrien. Pengambilan diet sihat dan seimbang dapat memudahkan penyembuhan ulser.

    Pengambilan makanan berikut adalah diet untuk orang gastrik dengan ulser perut:

    • Susu, yogurt, dan keju rendah lemak
    • Minyak sayuran dan minyak zaitun
    • Sesetengah jenis buah – epal, tembikai dan pisang
    • Beberapa jenis sayuran – sayuran berdaun hijau, lobak, bayam dan zucchini
    • Lentil kacang buncis dan kacang soya
    • Daging tanpa lemak
    • Jus semula jadi

    Mereka dengan ulser mungkin ingin mengelakkan:

    Rawatan untuk masalah ini

    diet untuk orang gastrik
    Ubat antibiotik untuk pesakit gastrik.

    Selain daripada amalan diet sarapan pagi untuk pesakit gastrik yang betul atau pada waktu lain, bagi masalah gastrik yang disebabkan jangkitan bakteria H.pylori, doktor akan menetapkan preskripsi antibiotik.

    Ubat daripada farmasi seperti antasid, boleh meredakan komplikasi perut tetapi tidak merawat punca yang menyebabkannya.

    Pengambilan suplemen probiotik juga dianggap cara mengatasi masalah gastrik berpunca daripada jangkitan H.pylori.

    Perubahan gaya hidup seperti mengekalkan berat seimbang, menguruskan tekanan, pengambilan saiz hidangan kecil dan lebih kerap juga merupakan cara melegakan serta mengurangkan gejala gastrik.  

    Sesetengah jenis gastrik boleh menjadikan tubuh sukar menyerap zat besi atau vitamin B12, mengakibatkan berlakunya kekurangan mineral tersebut. Berbincang dengan doktor mengenai pengambilan suplemen bagi mencegah kekurangan.

    Masih banyak kajian diperlukan bagi menyokong cadangan diet untuk orang gastrik ini. Pilihan terbaik adalah berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk menentukan diet bersesuaian bagi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan