Hanya terdapat sedikit kesan sampingan yang berkaitan dengan halia. Namun, anda tidak boleh mengambilnya terlalu banyak kerana pengambilan yang berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Selain itu, satu kajian juga telah dijalankan untuk meneroka kesan suplemen halia terhadap kanak-kanak yang mengalami GERD dan mendapati ia membantu mengurangkan gejala.
Kanak-kanak menunjukkan respons yang baik dengan pengambilan suplemen halia tersebut, dan hanya menunjukkan kesan sampingan apabila dos yang diberikan lebih besar daripada 5 gram sehari.
Walau bagaimanapun, doktor tidak mengesyorkan pengambilan halia sebagai rawatan tradisional GERD untuk mereka yang mengalami gangguan pendarahan, kerana halia boleh mencairkan darah dengan kuat.
Selain itu, individu yang mengambil suplemen halia harus menghentikan pengambilannya sebelum menjalani prosedur pembedahan.
#2. Rawatan tradisional GERD: Minyak pudina

Minyak pudina paling kerap ditemui dalam gula-gula dan juga daun teh. Walau bagaimanapun, pudina juga digunakan secara tradisional untuk mengurangkan atau melegakan masalah seperti:
Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa minyak pudina melegakan gejala pada individu yang mempunyai GERD.
Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana anda tidak boleh mengambil antasid dan minyak pudina pada masa yang sama. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko pedih ulu hati.
#3. Likuoris
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2014, orang ramai telah menggunakan likuoris sejak sekian lama untuk mengurangkan gejala keradangan gastrik. Ia telah menunjukkan peningkatan dalam kajian kecil di mana respondennya mempunyai GERD.
Walau bagaimanapun, likuoris mempunyai beberapa sifat yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah tinggi. Oleh itu, anda harus memilih likuoris deglycyrrhizinated, yang tidak akan menyebabkan kesan sampingan seperti ini.
Walaupun penyelidik dalam kajian ini mengakui potensi manfaat likuoris, mereka juga menyeru agar lebih banyak kajian dijalankan untuk menyokong dakwaan bahawa ia boleh membantu meringankan gejala refluks asid.
#4. Rawatan tradisional GERD: Teh chamomile

Testimoni peribadi melaporkan bahawa herba boleh menjadi antara cara semula jadi dan berkesan untuk mengurangkan gejala GERD, seperti penggunaan teh chamomile.
Secawan teh chamomile mungkin mempunyai kesan menenangkan pada saluran penghadaman anda.
Namun, kelemahan herba ini ialah tidak ada kajian yang mencukupi untuk membuktikan ia boleh merawat GERD.
Tambahan pula, penggunaan herba seperti ini mungkin boleh mengganggu ubat-ubatan yang sedang anda ambil. Jadi, bertanyalah kepada doktor sebelum menggunakannya.
Kesimpulan
Rawatan tradisional GERD yang kami nyatakan ini adalah sebagai alternatif untuk anda melegakan masalah asid refluks ringan di rumah.
Jika masalah yang anda alami menjadi bertambah kronik atau tidak sembuh-sembuh, segeralah pergi ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen