Bila tiba bulan Ramadan, pasti timbul kegusaran bagi wanita mengandung sama ada mereka boleh berpuasa ketika hamil atau tidak.
Bila tiba bulan Ramadan, pasti timbul kegusaran bagi wanita mengandung sama ada mereka boleh berpuasa ketika hamil atau tidak.
Adakah ia berbahaya kepada kandungan?
Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.
Persoalan sama ada ibadah puasa boleh dilakukan oleh wanita mengandung bukan perkara yang baharu.
Malahan kebimbangan ini akan timbul setiap kali menjelang bulan Ramadan.
Hakikatnya tiada jawapan pasti yang boleh diberikan untuk menjawab persoalan ini.
Ini kerana keadaan mengandung bagi setiap wanita adalah berbeza.
Terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkaitan puasa semasa mengandung. Hasil keputusan kajian adalah berbeza-beza.
Sesetengah hasil penyelidikan menunjukkan tidak terdapat kesan atau hanya kecil kesan yang berlaku kepada bayi jika wanita hamil berpuasa.
Manakala terdapat keputusan kajian menunjukkan berpuasa saat berbadan dua boleh memberikan kesan kepada masalah kesihatan dan keupayaan akademik bayi di kemudian hari.
Berikut beberapa hasil kajian mengenai berpuasa ketika hamil yang dilakukan:
Paras gula dalam darah bagi wanita hamil yang berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita tidak hamil kerana perlu membekalkan gula glukos kepada bayi dalam kandungan.
Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mereka lebih cepat keletihan, mengalami loya dan muntah-muntah, khususnya pada awal-awal kehamilan.
Kekurangan air atau dehidrasi mendedahkan wanita yang sedang hamil kepada risiko untuk mendapat masalah darah beku (venous thromboembolism).
Ia disebabkan kepekatan darah lebih tinggi sewaktu mengandung.
Ketahanan untuk berpuasa ketika hamil juga bergantung kepada beberapa faktor, seperti:
Selalunya, wanita berbadan dua tidak digalakkan untuk berpuasa pada 3 bulan pertama kehamilan jika mengalami simptom mengandung yang teruk.
Jika anda dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan anda ingin berpuasa, maka anda boleh meneruskan niat anda itu.
Namun terdapat beberapa tanda bahaya yang perlu diperhatikan dan memerlukan wanita mengandung untuk berbuka puasa, seperti:
Ia adalah 1 keadaan normal bagi wanita pada awal kehamilan untuk mengalami mabuk pagi. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya dan muntah-muntah.
Tetapi adakalanya mabuk pagi yang dialami boleh menyebabkan anda kekurangan tenaga. Jika ini berlaku, anda dinasihatkan untuk berbuka puasa.
Sekiranya anda berkeras untuk berpuasa, dibimbangi akan mengakibatkan kemudaratan kepada janin. Pastinya anda tidak mahu ia terjadi, bukan? Jadi berbukalah.
Kebanyakan individu, lelaki mahupun wanita, menyukai bulan Ramadan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan.
Tetapi jika anda sedang hamil dan berpuasa, tidak mengalami pertambahan berat badan atau berat anda semakin berkurangan, ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada anda dan bayi.
Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Berasa dahaga adalah situasi normal ketika berpuasa.
Tetapi bagi wanita yang berpuasa ketika hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, itu adalah tanda penyahidratan.
Ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan saluran kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan yang lain.
Cara yang terbaik, elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.
Mengalami sakit kepala atau pening adalah petanda anda mungkin berada dalam keadaan tertekan atau keletihan.
Jika anda sedang hamil dan berpuasa, dan anda berdepan rasa pening, itu adalah antara tanda bahaya berpuasa yang tidak boleh diabaikan.
Ini kerana pening yang dialami mungkin disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan.
Pastinya ia bahaya untuk mereka yang berbadan dua.
Wanita yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu dan ke atas perlu memantau pergerakan bayi.
Sekiranya berasa pergerakan bayi berkurangan, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor.
Apabila berpuasa, anda mungkin akan mengalami kekurangan tenaga.
Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika anda sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin.
Pada ketika ini, anda perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak. Jadi, usah berpuasa, okay?
Rasa lapar dan dahaga akan mencetuskan dehidrasi bagi wanita hamil.
Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu.
Sekiranya anda berasa sakit seperti ingin bersalin. Ia mungkin tanda kelahiran pramatang.
Anda perlu segera mendapatkan pemeriksaan perubatan.
Berpuasa semasa hamil boleh dilakukan tetapi anda perlu mengelakkan daripada mengalami dehidrasi dengan tidak melakukan pekerjaan berat, dan menghindari tempat atau cuaca yang panas.
Sekiranya anda masih kurang pasti, sama ada anda boleh berpuasa atau tidak, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor.
Paling utama, jangan sekali memaksa diri untuk berpuasa ketika hamil jika tidak mampu.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen