Takut Kolesterol Naik Kalau Makan Telur Setiap Hari, Berapa Banyak Boleh Makan Seminggu?

    Takut Kolesterol Naik Kalau Makan Telur Setiap Hari, Berapa Banyak Boleh Makan Seminggu?

    Mungkin ramai yang percaya bahawa makan telur setiap hari boleh kurus namun ia masih belum dapat dipercayai dengan pasti.

    Jadi, adakah tabiat ini akan memudaratkan dan membahayakan kesihatan tubuh badan anda?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Adakah makan telur akan tambah kolesterol?

    Kolesterol adalah bahan berlemak yang mempunyai fungsi tertentu dalam badan seperti pembentukan sel dan hormon baru serta untuk tujuan penyerapan vitamin.

    Terdapat dua jenis kolesterol dalam darah, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).

    HDL, juga dikenali sebagai kolesterol baik mengumpul kolesterol yang tidak diperlukan lagi, sementara LDL atau kolesterol jahat mengagihkan kolesterol kepada bahagian badan yang diperlukan.

    Kolesterol LDL yang tinggi dalam badan meningkatkan risiko penyakit jantung.

    makan telur setiap hari

    Kenyataan ini mungkin membuatkan anda mengelakkan kolesterol dalam diet anda, tetapi sebenarnya kolesterol dalam diet tidak memberikan kesan besar kepada kolesterol dalam badan.

    Sebaliknya ia lebih bergantung kepada kadar lemak tepu dalam diet.

    Oleh itu, pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti telur tidak memberi kesan signifikan kepada kolesterol dalam darah anda.

    Bolehkah individu makan telur setiap hari?

    Telur adalah sumber protein yang berkhasiat dan mudah disertakan dalam diet seimbang.

    Cara terbaik untuk memakannya adalah dengan merebus atau pecahkan dan masak dalam kuah atau air tanpa garam.

    Makan telur setiap hari antara satu hingga tiga biji mempunyai beberapa manfaat kesihatan, tetapi ini bergantung mengikut individu.

    Dengan kekerapan ini, mungkin terdapat perubahan minimum dalam tahap kolesterol darah anda.

    Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan untuk dirisaukan, anda boleh mengambil sumber protein ini setiap hari tanpa kesan signifikan terhadap tahap kolesterol.

    7 biji sahaja dalam seminggu?

    makan telur setiap hari

    Kebanyakan orang boleh memakan sehingga 7 biji telur setiap minggu tanpa kesan sampingan seperti penyakit jantung.

    Bahkan kajian menunjukkan bahawa kadar sebegini boleh mencegah jenis strok tertentu.

    Tetapi bagi mereka yang mempunyai diabetes, kadar pemakanan 7 biji seminggu mungkin boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengenal pasti risikonya.

    Telur yang telah diperkaya dengan omega-3 dan berasal daripada ladang ternak bebas adalah pilihan yang paling sihat.

    Jika anda sukakan sumber protein ini tetapi tidak mahu kandungan kolesterolnya yang tinggi, anda boleh mengelakkan kuning telur.

    Pengambilan putih telur dibolehkan kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan