- Fungsi fizikal
- Peranan fungsi fizikal
- Kesakitan badan
- Kesihatan keseluruhan
- Daya hidup
- Fungsi sosial
- Peranan fungsi emosi
- Kesihatan mental
Setiap soalan diberikan skor parameter, antara 0 hingga 100 untuk menunjukkan bagaimana responden melihat dan menilai tahap kesihatan mental dan fizikal diri mereka sendiri.
Selain itu, penyelidikan ini juga menggunakan kaedah Beck Depression Inventory (BDI) untuk menilai simptom depresi pelajar. Dalam kaedah BDI ini mempunyai 21 item dan setiap satu diberi penilaian skor 0 hingga 3.
Berdasarkan penilaian kaedah BDI ini, skor terakhir yang diperolehi adalah seperti:
- 0 hingga 13 sebagai tahap “tiada atau depresi yang minimum”
- 14 hingga 19 dinilai sebagai tahap “depresi ringan”
- 20 hingga 28 dianggap sebagai tahap “depresi sederhana”
- 29 hingga 63 merupakan tahap “depresi kritikal”
Analisis kajian
Berdasarkan keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, kajian mendapati pelajar yang mempunyai tahap skor BDI yang lebih tinggi dikaitkan dengan tabiat merokok. Malahan, pelajar yang merokok dua hingga tiga kali sehari lebih cenderung untuk mempunyai masalah kemurungan klinikal berbanding mereka yang tidak pernah merokok.
Di University of Pristina, seramai 14 peratus individu yang merokok dikatakan mempunyai masalah depresi. Manakala hanya empat peratus dalam kalangan rakan sebaya mereka yang tidak merokok mengalami depresi.
Bagi kajian yang dijalankan di University of Belgrade, kajian mendapati sejumlah 19 peratus daripada mereka yang merokok mengalami depresi, berbanding hanya 11 peratus daripada mereka yang tidak merokok tetapi berdepan masalah depresi.
Di samping itu, dikatakan individu yang mempunyai tabiat merokok juga konsisten untuk berdepan dengan pelbagai simptom depresi dan keadaan kesihatan mental yang kurang baik. Keputusan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam parameter “daya hidup” dan “fungsi sosial”.
Hasil kajian yang dijalankan ini menunjukkan terdapat kepentingan untuk melakukan penyelidikan lanjut mengenai hubung kait antara tabiat merokok, kesihatan mental dan kualiti hidup bagi seseorang individu dengan implikasi bagi pencegahan, diagnosis dan juga rawatan.
“Melalui kajian yang dilakukan oleh kami ini, diharap dapat membantu sebagai pertambahan bukti untuk menunjukkan bahawa tabiat merokok dan masalah kemurungan sememangnya berkait rapat,” ujar Profesor Hagai.
Kami selaku penyelidik turut menggesa pihak universiti untuk mewujudkan ‘Kampus Bebas Asap’ yang bukan sahaja mengharamkan tabiat merokok di kampus tetapi juga melibatkan pengiklanan berkaitan tembakau.
Memahami mengenai depresi
Bagi yang tidak faham mengenai derpresi, ia merupakan antara satu masalah berkaitan gangguan mental yang paling kerap dialami oleh kebanyakan individu tanpa mengira usia mahupun jantina. Walau bagaimanapun, masalah ini lebih kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki.
Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami masalah ini, sememangnya terdapat risiko dan kecenderungan untuk anda turut mengembangkan masalah mental ini. Namun, ia bukanlah satu kemestian.
Pencegahan boleh dilakukan dengan mengurangkan tekanan, melakukan senaman harian, mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau mencari rawatan profesional lain. Ia sudah tentu dapat membantu mengurangkan risiko diserang depresi.
Konklusinya
Merokok sememangnya merupakan satu tabiat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Sekiranya anda seorang perokok, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.