backup og meta

Penyakit Ulser Peptik: Info Lengkap Mengenai Simptom, Punca & Rawatan

Penyakit Ulser Peptik: Info Lengkap Mengenai Simptom, Punca & Rawatan

Apabila pakar gastroenterologi menggunakan istilah ‘ulser’, lazimnya mereka merujuk kepada masalah ulser peptik. Persoalannya, apakah itu ulser peptik atau penyakit ulser perut?

Kenapa terjadi ulser perut? Adakah ulser bahaya? Kenapa rasa pedih dalam perut?

Ulser merujuk kepada bukaan kulit atau luka manakala istilah peptik pula merujuk kepada masalah berkaitan dengan asid.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Penyakit ulser perut: Jenis ulser peptik

Kenapa terjadi ulser perut? Adakah ulser bahaya? Kenapa rasa pedih dalam perut?

Penyakit ulser boleh dibahagikan kepada dua bergantung kepada lokasinya.

  1. Ulser gastrik. Anda dikatakan mempunyai ulser gastrik apabila luka terbentuk pada permukaan lapisan organ perut anda. Kesakitan yang dialami pesakit bagi jenis ulser ini kebiasaannya menjadi teruk setiap kali waktu makan.
  2. Ulser duodenal. Jika terdapat luka pada bahagian atas usus kecil (duodenum), anda dikatakan menghidap masalah ulser duodenal. Kesakitan yang dialami pesakit biasanya reda dengan pengambilan makanan.

Menurut pakar, anda boleh mengalami kedua-dua jenis ulser dalam masa yang sama.

Gejala dan simptom

Lazimnya, mereka yang ada penyakit ulser perut boleh mengalami simptom sakit perut.

Terdapat juga simptom lain yang boleh menjadi petanda kepada ulser peptik seperti:

Diagnosis penyakit ulser perut

penyakit ulser perut
Berjumpalah dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan.

Jika doktor mendiagnosis anda mengalami ulser peptik selepas melakukan pemeriksaan fizikal dan sejarah pesakit, doktor akan melakukan ujian untuk mengesan bakteria H. pylori.

Ia boleh dilakukan menerusi tiga cara:

  1. Ujian urea dalam nafas: Semasa melakukan ujian ini, anda akan diberikan satu minuman khas yang mengandungi bahan khusus bagi bakteria H. pylori. Kesan daripada tindak balas tersebut akan menghasilkan urea yang kemudiannya boleh dikesan melalui nafas pesakit.
  2. Ujian antigen dalam najis: Digunakan bagi mengesan kehadiran bakteria di dalam najis pesakit.
  3. Mengesan antibodi H. pylori melalui ujian darah.

Cara lain untuk mendiagnosis penyakit ulser perut adalah dengan penggunaan EGD atau esofagogastroduodenoskopi atas.

Doktor akan menggunakan skop yang dilengkapi dengan kamera bagi melihat jika terdapat ulser pada permukaan perut anda.

Punca dan faktor risiko

Kenapa terjadi ulser perut? Adakah ulser bahaya?

Rumusannya, penyakit ulser peptik adalah keadaan di mana berlakunya pencernaan tisu pelindung bagi organ perut dan duodenum.

Apabila lapisan pelindung organ terganggu, rembesan asid semasa proses pencernaan boleh menyebabkan kerosakan pada tisu.

Punca ulser peptik

Dua punca lazim yang boleh mempengaruhi integriti lapisan pelindung perut dan duodenum adalah jangkitan H. pylori dan penggunaan ubat radang bukan steroid (NSAID).

Jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori)

Kebanyakan pesakit yang mempunyai penyakit ulser perut turut menghidap jangkitan H. pylori.

Walau bagaimanapun, perlu juga diingatkan bahawa bukan semua yang dijangkiti akan mendapat masalah ulser.

penyakit ulser perut
Ulser peptik juga jadi punca berak berdarah.

Ada yang tidak menunjukkan sebarang simptom pun!

Setakat ini, kita masih belum jelas akan proses patologi yang membolehkan H. pylori mencerna lapisan pelindung perut dan duodenum bagi sesetengah pesakit namun tidak bagi sebahagian yang lain.

Apa yang kita tahu adalah, bagi mereka yang berisiko, bakteria tersebut boleh bercambah pada lapisan tisu perut sehingga berlakunya keradangan.

Faktor risiko bagi penyakit ulser perut yang disebabkan oleh jangkitan H. pylori

Walaupun saintis masih lagi tidak pasti bagaimana bakteria ini boleh tersebar, ia boleh berlaku melalui beberapa cara:

  1. Pengambilan makanan dan air yang tercemar.
  2. Penggunaan peralatan yang tidak bersih semasa memasak atau makan.
  3. Kontak dengan cecair badan individu berjangkit.

Penggunaan NSAID

NSAID adalah singkatan kepada ubat anti radang bukan steroid. Ia merupakan sekumpulan ubat bagi merawat masalah kesakitan, demam dan radang.

Antara NSAID yang lazim digunakan adalah:

  • Diclofenac
  • Naproxen
  • Aspirin
  • Ibuprofen

Kebanyakan pesakit yang menggunakan ubat yang tersenarai walaupun tanpa preskripsi doktor tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, risiko untuk NSAID menyebabkan masalah ulser meningkat jika anda menggunakannya pada dos tinggi untuk satu tempoh yang panjang.

Ia berikutan mekanismenya yang boleh mengganggu proses pembekuan darah (ulser juga boleh berdarah).

Faktor risiko bagi ulser yang disebabkan oleh NSAID

Bagi pengguna NSAID, anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat ulser sekiranya anda:

  • Wanita
  • Berusia 70 tahun dan ke atas
  • Mengambil lebih daripada 2 jenis NSAID
  • Mengambil NSAID untuk satu tempoh masa yang panjang
  • Mempunyai masalah kesihatan kronik
  • Pengambilan ubat yang boleh meningkatkan ketumpatan tulang
  • Pengambilan ubat lain seperti steroid
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol

Rawatan

ulser peptik
Makan ubat untuk rawat masalah perut anda.

Lazimnya, rawatan penyakit ulser perut tertumpu kepada pemberian ubat-ubatan. Antaranya adalah:

  1. Antibiotik: Penggunaan antibiotik boleh membantu pesakit untuk pulih daripada ulser peptik akibat jangkitan bakteria, H. pylori. Bergantung kepada keadaan klinikal pesakit, doktor akan mempreskripsikan antibiotik yang bersesuaian berdasarkan kepada keputusan ujian makmal dan sejarah perubatan (alergi).
  2. Penghalang pam proton atau PPI (contoh, omeprazole) berupaya untuk mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Keadaan ini boleh membantu ulser anda untuk pulih.
  3. Antagonis Reseptor H2: Mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PPI. Ia boleh mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Antara yang lazim dipreskripsikan adalah ranitidine.
  4. Antasid: Berfungsi meneutralisasikan asid dalam perut. Ia boleh membantu melegakan gejala dan simptom akibat ulser.

Langkah pencegahan

Antara langkah pencegahan yang boleh menurunkan risiko penyakit ulser peptik adalah:

  1. Berhenti merokok. Kajian menunjukkan bahawa perokok lebih mudah mendapat ulser peptik berbanding mereka yang tidak merokok.
  2. Hadkan pengambilan alkohol. Dinasihatkan bagi lelaki untuk mengambil 2 minuman sehari (maksimum). Wanita pula hanya boleh mengambil 1 minuman sehari.
  3. Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang tercemar. Bersihkan perkakas memasak dan cuci tangan anda secara kerap.
  4. Jadi lebih peka apabila anda mengambil ubat NSAID. Rujuk doktor anda untuk nasihat sekiranya anda perlu mengambil ubat tersebut dan risau akan risiko ulser.

Peringatan!

Jika anda mengalami simptom ulser peptik, rujuk doktor dengan kadar segera.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Definition & Facts for Peptic Ulcers (Stomach Ulcers). (https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/peptic-ulcers-stomach-ulcers/definition-facts). Diakses pada 14 Disember 2020.
  2. Peptic ulcer disease. (https://gi.org/topics/peptic-ulcer-disease/). Diakses pada 14 Disember 2020.
  3. Peptic ulcer. (https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/peptic-ulcer). Diakses pada 14 Disember 2020.
  4. Peptic ulcer disease. (https://www.uofmhealth.org/health-library/hw217846). Diakses pada 14 Disember 2020.
  5. Peptic ulcer disease. (https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10350-peptic-ulcer-disease). Diakses pada 14 Disember 2020.
  6. Stomach ulcer. (https://www.nhs.uk/conditions/stomach-ulcer/). Diakses pada 14 Disember 2020.

 

Versi Terbaru

21/05/2024

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?

Biji Cili Punca Dapat Sakit Apendiks? Ketahui Kebenaran Di Sebaliknya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 21/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan