backup og meta

Persamaan Ulser Gastrik Dan Ulser Duodenum: Ada Simptom Perut Panas, Tapi Apa Pula Bezanya?

Persamaan Ulser Gastrik Dan Ulser Duodenum: Ada Simptom Perut Panas, Tapi Apa Pula Bezanya?

Kerap alami keadaan perut terasa panas? Itu boleh jadi tanda gastrik atau ulser duodenum. Jom fahami dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua masalah perut ini.

Kedua-dua keadaan ini secara amnya mempunyai kaitan dengan ulser peptik

Cuma perbezaan utamanya adalah melibatkan bahagian yang terjejas di saluran pencernaan tubuh. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Ulser gastrik dan duodenum punca perut terasa panas?

Ulser gastrik dan duodenum adalah masalah perut ulser peptik. Ia terjadi apabila ada luka terbuka pada lapisan saluran pencernaan.

Ulser gastrik terjadi pada lapisan perut, manakala ulser duodenal berkembang di lapisan duodenum, yang merupakan bahagian atas usus kecil.

Seorang individu boleh mendapat kedua-dua keadaan ini dalam masa yang sama.

Dalam kebanyakan kes melibatkan ulser peptik akan bergantung kepada rawatan perubatan untuk meredakan gejala mereka.

Terdapat juga kes di mana masalah melibatkan sistem penghadaman ini boleh sembuh dengan sendiri. 

Namun ia berisiko untuk berulang jika seseorang itu tidak menerima rawatan sewajarnya.

Baca juga:

Simptom masalah perut 

Gejala bagi ulser gastrik dan duodenum pada dasarnya adalah sama. Antara keluhan biasa yang diterima adalah rasa sakit seperti perut terasa panas.

Ulser duodenum juga boleh menyebabkan individu mengalami rasa sakit perut yang berlanjutan selama beberapa jam selepas makan.

Kesakitan yang dialami cenderung bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan atau makanan yang mengurangkan asid perut. 

Pun begitu apabila kesannya menghilang, rasa sakit biasanya akan kembali menyerang.

Individu yang mengalami ulser duodenum mungkin akan berdepan simptom yang lebih teruk ketika perut kosong

Contohnya, antara sesi hidangan makan, waktu malam atau keadaan pertama sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi.

Antara simptom berkaitan masalah perut ini termasuklah:

perut terasa panas

Terdapat juga mereka dengan keadaan kesihatan ini berdepan intoleransi terhadap makanan tertentu yang menyebabkan kesakitan atau memburukkan lagi simptom berkaitan ulser.

Berikut pula antara simptom lebih teruk tetapi jarang untuk dialami:

Sesetengah individu dengan ulser ini mungkin tidak mengalami sebarang simptom dan hanya dapat dikesan apabila melakukan pemeriksaan doktor. 

Punca perut terasa panas 

Masalah perut ini biasanya berpunca daripada kerosakan atau hakisan pada lapisan pelindung saluran pencernaan.

Punca lain adalah seperti:

  • Kandungan asid dalam perut atau saluran pencernaan yang tinggi
  • Ketidakseimbangan pencernaan
  • Jangkitan bakteria seperti pertumbuhan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) berlebihan pada saluran pencernaan
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat antiradang bukan steroid (NSAID)  – ibuprofen dan aspirin

perut terasa panas

Faktor risiko

Genetik dan amalan gaya hidup individu seperti tabiat merokok dapat meningkatkan risiko untuk mengalami masalah perut ulser peptik. 

Faktor risiko lain termasuklah:

  • Berusia lebih daripada 70 tahun
  • Mempunyai sejarah gastrik atau ulser duodenum
  • Mengalami trauma fizikal yang teruk

Selain NSAID, ubatan lain yang turut boleh meningkatkan risiko mengalami keadaan ini adalah seperti:

  • Anticoagulant
  • Steroid
  • Selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI)

Merawat situasi perut terasa panas 

Bagi kebanyakan individu yang mengalami masalah perut panas ini, ia akan melibatkan pengambilan ubat bagi mengurangkan jumlah asid dalam perut atau melindungi lapisan perut dan duodenum.

Ubat-ubatan ini boleh tergolong dalam kategori berikut:

  • Perencat pam proton (PPI)
  • Antagonis reseptor H2
  • Protectant
  • Antasid

Sekiranya jangkitan H. pylori bertanggungjawab untuk ulser yang dialami, doktor mungkin akan menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria.

Sesetengah pakar perubatan akan mencadangkan untuk mengurangkan atau mengawal tahap stres sebagai petua hilangkan panas perut

Komplikasi yang boleh terjadi

Individu yang kerap mengalami keadaan perut terasa panas tetapi tidak mendapatkan rawatan sewajarnya boleh berdepan beberapa komplikasi.

Dalam kes yang jarang terjadi, masalah perut ulser peptik boleh menyebabkan wujudnya lubang (perforation) pada dinding perut atau usus.

Keadaan itu boleh mengakibatkan seseorang berisiko tinggi mengalami jangkitan pada rongga perut. Ia dikenali sebagai peritonitis.

Jika individu menghidap ulser peptik mengalami sakit perut teruk dan secara tiba-tiba, disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Keradangan daripada ulser ini juga boleh menyekat sebahagian daripada saluran pencernaan. Ia menyebabkan individu berdepan situasi seperti:

  • Berasa kenyang walaupun hanya makan sedikit atau tidak makan langsung
  • Kerap muntah
  • Penurunan berat badan atau mengalami malnutrisi (kekurangan zat makanan)

Di samping itu, mereka yang mengalami masalah perut terasa panas kesan ulser peptik turut boleh menyebabkan pendarahan dalaman.

Situasi itu boleh mencetuskan masalah anemia. Antara gejalanya adalah merangkumi keletihan, kulit pucat dan sesak nafas.

Seandainya pendarahan yang dialami teruk, individu tersebut boleh melihat gejala seperti muntah atau najis berdarah.

perut terasa panas

Langkah pencegahan

Masalah perut seperti ulser gastrik dan duodenum yang menjadi pencetus kepada ulser peptik mungkin tidak boleh dicegah.

Walau bagaimanapun jika mengalami kedua-dua atau salah satu keadaan di atas, anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengubah tabiat tidak sihat seperti berhenti merokok atau mengambil pemakanan sihat.

Sekiranya ubat NSAID atau sebarang ubatan lain menjadi punca yang mendasari, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Peptic Ulcers .https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/stomach-and-duodenal-ulcers-peptic-ulcers . Accessed on March 19, 2021.

Stomach and Duodenal Ulcers .https://www.childrenshospital.org/conditions-and-treatments/conditions/s/stomach-and-duodenal-ulcers . Accessed on March 19, 2021.

Stomach Ulcers in Children .https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=stomach-and-duodenal-ulcers-peptic-ulcers-in-children-90-P02021 . Accessed on March 19, 2021.

Stomach and Duodenal Ulcers .https://childrenswi.org/medical-care/gastroenterology-liver-and-nutrition-program/conditions/stomach-and-duodenal-ulcers . Accessed on March 19, 2021.

Stomach Ulcers in Adults .https://medicalguidelines.msf.org/viewport/CG/english/gastric-and-duodenal-ulcers-in-adults-16689611.html . Accessed on March 19, 2021.

Versi Terbaru

02/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 7 Tanda Usus Anda Tidak Sihat! Nak Atasinya, Ikut 7 Langkah Mudah Ini

Anda BERISIKO Alami Ulser Lidah Jika Berdepan Masalah Penghadaman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan