Apabila ulser berlaku, ia boleh terjadi di beberapa tempat di tubuh badan. Contohnya, ia boleh berlaku pada perut dan atas usus kecil. Ulser perut atau pula boleh berlaku di kawasan saluran pencernaan seperti perut dan esofagus.
Namun, ada beza ulser perut dan gastrik ya? Jom terus baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Stres dan kewujudan masalah ini pada perut
Stres boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Terdapat stres dari segi mental atau psikologi, dan ada juga stres fizikal.
Jenis stres tertentu cenderung mempengaruhi beberapa jenis ulser. Menurut kajian, usus dan otak berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai tahap.
Terdapat juga penyelidikan berterusan mengenai bagaimana stres berinteraksi dengan sistem imun badan, yang boleh mempengaruhi penyembuhan.
Jenis ulser yang biasanya disebut sebagai ulser stres dipercayai disebabkan oleh tekanan fizikal.
Tekanan fizikal boleh datang dalam beberapa bentuk berikut:
- Penyakit jangka panjang yang serius
- Prosedur pembedahan
- Trauma yang berlaku pada otak atau badan
- Luka bakar serius
- Kecederaan pada sistem saraf pusat
Apa simptom ulser stres atau ulser perut?
Antara gejala umum untuk semua jenis ulser termasuklah sakit dan luka yang terbuka. Anda hanya akan dapat melihat luka terbuka pada ulser mulut sahaja.
Gejala ulser mulut yang lain termasuklah:
- Sensasi terbakar
- Rasa sakit apabila disentuh
- Sensitiviti yang melampau
Doktor perlu melakukan endoskopi untuk melihat ulser atau luka yang ada di dalam saluran usus anda.
Semasa endoskopi dilakukan, doktor akan menggunakan alat khas yang disebut endoskopi untuk melihat lapisan saluran pencernaan anda dan memeriksa kewujudan ulser.
Peranti ini adalah tiub fleksibel yang panjang dengan kamera kecil di hujungnya. Gejala ulser peptik yang paling biasa berlaku ialah sakit pada abdomen.
Selain itu, pendarahan dalaman juga boleh berlaku.
Pendarahan dalaman mungkin tidak begitu ketara bagi sesetengah individu. Tetapi, jika pendarahan tersebut menjadi ketara, doktor akan melakukan prosedur pembedahan untuk menghentikannya.
Doktor anda akan mengambil langkah-langkah untuk mencegah ulser stres sekiranya anda berada di hospital dengan trauma atau kecederaan serius.
Gejala ulser peptik yang lain termasuklah:
- Sensasi terbakar
- Pedih ulu hati
- Loya
- Kehilangan berat badan
- Hilang selera makan
Apa komplikasi ulser stres atau ulser perut?
Komplikasi serius bukanlah sesuatu yang biasa dan kerap berlaku. Tetapi ada beberapa perkara yang harus anda perhatikan.
Sesetengah ulser mulut sebenarnya adalah sejenis kanser mulut. Ulser yang tidak akan sembuh walaupun selepas rawatan.
Ulser yang berlaku di kawasan lidah, antara pipi dan gusi, atau di bawah lidah, mungkin merupakan tanda kanser mulut.
Ulser perut yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan gejala yang teruk seperti berikut:
- Kehilangan selera makan dan penurunan berat badan
- Kesukaran bernafas
- Pening atau pengsan
- Muntah
- Loya
- Najis berwarna hitam
- Pendarahan dalaman
- Halangan gastrik
Ulser stres berkemungkinan besar berlaku ketika anda sudah berada di bawah rawatan perubatan untuk penyakit utama, prosedur pembedahan, trauma, atau kecederaan.
Kehadiran ulser stres menambahkan komplikasi lain kepada keadaan perubatan anda yang membawa kepada ulser.
Seperti ulser peptik, komplikasi yang paling serius adalah pendarahan dalaman atau berlakunya penyumbatan.
Bagaimana rawat ulser stres atau ulser perut?
Rawatan untuk ulser peptik bergantung kepada penyebab ulser. Sekiranya ulser disebabkan oleh bakteria H. pylori, ia perlu dirawat dengan antibiotik dan ubat penghalang asid yang akan ditetapkan oleh doktor anda.
Ulser ini yang disebabkan oleh ubat anti radang bukan steroid (NSAID) pula boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau preskripsi yang disyorkan oleh doktor anda.
Ulser mulut pula dapat diatasi dengan perubahan gaya hidup seperti berikut:
- Elakkan jenis makanan tertentu, seperti makanan masin, keras, berasid, pedas, panas, atau alkohol
- Uruskan sebarang jangkitan atau keadaan perubatan yang berkaitan dengan ulser mulut anda
- Uruskan tahap tekanan anda
- Berhenti atau hadkan penggunaan produk tembakau
- Minum dengan menggunakan straw
- Gosok gigi dengan lembut, dua kali sehari
- Ambil kortikosteroid atau pencuci mulut berubat yang disyorkan oleh doktor atau doktor gigi anda
Pengurusan stres boleh bantu cegah masalah ini
Menguruskan stres yang dialami mungkin bermanfaat dalam rawatan ulser anda.
Walaupun profesional perubatan tidak bersetuju mengenai seberapa banyak tekanan mental atau psikologi boleh mempengaruhi jenis ulser tertentu, tapi ada beberapa bukti bahawa mengurangkan stres sememangnya dapat membantu.
Stres dipercayai boleh membatasi fungsi sistem imun. Pengurusan stres juga akan membantu kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai beberapa pilihan rawatan untuk stres anda.
[embed-health-tool-bmr]