Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ia mengakibatkan mereka terus memakannya dan menyebabkan lebih teruk ketidakselesaan yang dialami.
Tetapi apakah antara jenis makanan berangin yang boleh mengakibatkan kembung perut?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Makanan berangin punca perut kembung dan buncit
Sekiranya anda tidak pasti jenis makanan yang boleh menjadi punca kepada masalah perut kembung dan buncit, jangan bimbang, Hello Doktor boleh membantu.
Bahkan, kebanyakan daripada kita boleh memakannya secara berkala dan hanya berdepan masalah kecil.
Pun begitu, terdapat juga mereka yang akan mengalami masalah perut kembung dan buncit selepas makan roti.
Jika itu yang berlaku kepada anda walaupun hanya makan dalam jumlah yang sedikit, itu mungkin tanda anda mempunyai masalah intoleransi gandum atau gluten.
Sedapnya kalau dapat menikmati buah tembikai sejuk ketika cuaca panas, kan?
Tetapi ada individu yang mungkin tidak boleh memakannya.
Ini kerana sama seperti buah-buahan kering, tembikai juga tinggi kandungan fruktosa. Maka mereka dengan intoleransi fruktosa perlu menghindarinya.
Makanan berangin #5. Bawang
Bawang juga mengandungi kadar fruktosa yang tinggi.
Bagi individu dengan keadaan intoleransi fruktosa, mereka tidak dapat memecah dan menyerap gula semula jadi ini sebaiknya.
Sekiranya fruktosa tidak diserap ke dalam aliran darah seperti sepatutnya, ia akan masuk ke saluran usus, dan menjadi makanan kepada bakteria di dalamnya.
Apabila bakteria memakan fruktosa ini, gas metana akan terhasil yang mengakibatkan perut kembung dan buncit serta mulut berbau!
Pun begitu, sayangnya ia boleh mengakibatkan masalah perut berangin bagi sebilangan individu.
Walau bagaimanapun, bawang putih yang dimasak sama ada dipanggang atau digoreng kurang menyebabkan kembung dan ketidakselesaan perut.
7. Tomato
Buah tomato kaya dengan asid yang terdapat secara semula jadi.
Oleh sebab kandungan asidnya yang tinggi, bagi sesetengah individu, tomato dapat merangsang pengeluaran asid perut yang boleh mengakibatkan kembung dan berangin.
8. Produk tenusu
Walaupun produk tenusu tidak menyebabkan kembung bagi kebanyakan individu, namun kumpulan makanan ini merupakan antara punca yang mengakibatkan perut berangin.
Bagi individu dengan kepekaan laktosa, akan mendapati abdomen mereka buncit selepas mengambil susu, keju atau yogurt Greek.
Apabila laktosa – gula semula jadi dalam susu – tidak dapat diserap dengan baik dalam usus kecil, ia akan masuk ke usus besar dan ditapai oleh bakteria usus, punca perut kembung dan buncit.
#9. Soda
Soda atau minuman berkarbonat boleh menambah kandungan udara yang anda telan.
Apabila udara memasuki saluran pencernaan, ia perlu dikeluarkan walau dengan apa jua caranya. Ini yang menyebabkan anda kerap bersendawa.
Menukar pilihan kepada jus, teh atau air tanpa karbonat dapat membantu mengurangkan masalah gas dan perut kembung.
Makanan berangin #10. Kentang
Kentang biasanya merupakan pilihan makanan yang selamat untuk dimakan tanpa mengakibatkan sebarang masalah.
Tetapi ia mungkin menjadi punca perut kembung dan buncit kepada sesetengah individu!
#11. Pemanis tiruan
Ia bukanlah sejenis makanan yang dimakan begitu sahaja.
Walau bagaimanapun, pemanis buatan ini adalah tambahan biasa bagi kebanyakan makanan dan minuman di pasaran pada masa kini.
Pemanis jenis ini sukar untuk dicerna tubuh dan meningkatkan kecenderungan untuk berangin, kembung dan masalah usus lain.
Kesan berbeza
Seperkara yang perlu difahami, setiap individu mempunyai tindak balas berbeza terhadap makanan yang disenaraikan di atas.
Jika terdapat sebarang keraguan, lakukan perbincangan dengan doktor untuk lebih kepastian.
[embed-health-tool-bmr]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gas in the digestive tract. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gas-in-the-digestive-tract. Accessed on June 11, 2021
Symptoms lactose intolerance.https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lactose-intolerance/symptoms-causes/syc-20374232. Accessed on June 11, 2021
Digestive diseases. https://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/digestive-diseases/gas/Pages/facts.aspx. Accessed on June 11, 2021
Foods that cause bloating. https://www.avogel.co.uk/health/digestive-system/bloating/foods-that-cause-bloating/. Accessed on June 11, 2021
Foods that may cause gas. https://iffgd.org/gi-disorders/symptoms-causes/intestinal-gas/foods-that-may-cause-gas/Accessed on June 11, 2021
Versi Terbaru
06/12/2022
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman