3. Minuman berkarbonat punca masalah perut berangin
Anda disaran mengelakkan pengambilan minuman berkarbonat.
Ini kerana gelembung dalam minuman ini boleh menghasilkan kesan bersoda (fizzy effect) yang sama pada saluran pencernaan.
Pilihan minuman yang terbaik adalah air kosong dan susu bebas laktosa untuk menghilangkan dahaga anda.
Mungkin anda terfikir untuk menambah jus dalam senarai tersebut, bukan?
Pun begitu anda harus ingat, minuman berasaskan buah sering mengandungi fruktosa yang tinggi.
Kenapa kalau tinggi kandungan fruktosa?
Di bawah ada penjelasannya….
4. Makanan tinggi fruktosa
Dalam aspek penjagaan makanan, kita sering dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan, betul tak?
Tetapi makanan sihat seperti epal, pir serta buah-buahan kering adalah tinggi kandungan fruktosa gula.
Apabila makanan tersebut dimakan, ia boleh mencetuskan beberapa kesan sampingan yang sama dengan laktosa tidak dicerna.
Bukan semua buah tidak boleh dimakan oleh penghidap IBS, anda boleh memilih buah yang kurang kandungan fruktosa seperti beri, sitrus dan pisang.
5. Makanan bergoreng
Kentang goreng serta beberapa makanan bergoreng lain adalah hidangan kegemaran ramai, betul tak?
Namun, pengambilan makanan sebegini dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Kandungan lemak tinggi mungkin boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan bagi penghidap IBS, sekali gus mewujudkan ketidakselesaan perut.

6. Makanan diproses
Makanan yang diproses cenderung mengandungi banyak:
Contoh makanan yang diproses termasuk:
Pengambilan secara berlebihan bukan sahaja menjejaskan tahap kesihatan bagi individu dengan sindrom rengsa usus, bahkan kepada sesiapa juga.
Bahan tambahan dan pengawet yang tinggi dalam makanan tersebut berisiko mencetuskan IBS.
7. Gula-gula getah bebas gula
Tanpa gula tidak bermaksud ia baik untuk kesihatan anda, terutamanya apabila melibatkan masalah IBS.
Banyak gula-gula getah atau chewing gum yang dihasilkan dengan pemanis tiruan seperti sorbitol dan xylitol – dipercayai menjadi punca cirit-birit.
Di samping itu, mengunyah gula-gula getah menyebabkan lebih banyak udara ditelan, yang akhirnya mengakibatkan masalah perut berangin.
Selain gula-gula getah, makanan lain di bawah kategori bebas gula yang perlu dielakkan adalah kebanyakan minuman diet serta sugarless candy.
Baca juga: