backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Perut BERANGIN Lepas Makan? Ada 11 Perkara Boleh Jadi Punca, No 8 Paling Kerap Dibuat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/10/2022

Perut BERANGIN Lepas Makan? Ada 11 Perkara Boleh Jadi Punca, No 8 Paling Kerap Dibuat

Perut kembung selepas makan adalah gejala perut yang dirasakan penuh dengan angin. Keadaan perut berangin ini boleh menimbulkan ketidakselesaan dan rasa sengkak.

Ada kalanya, masalah perut yang kembung ini juga boleh mengakibatkan perut tampak lebih besar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Masalah perut kembung selepas makan

Masalah kembung sering terjadi disebabkan oleh penumpukan gas usus yang berlebihan yang mengakibatkan rasa tidak selesa. 

Gas tersebut dihasilkan oleh bakteria daripada makanan yang belum tercerna atau diserap dengan betul.

Gejala perut kembung

Antara gejala kembung perut yang biasa termasuklah:

  • Perut terasa sesak, sakit atau buncit setelah makan
  • Rasa tidak selesa disebabkan ‘angin terperangkap’ dalam perut
  • Perut berbunyi
  • Mungkin mengalami rasa sakit perut yang menyucuk

Punca perut berangin

perut kembung selepas makan

Seperti yang dinyatakan tadi, penumpukan gas berlebihan pada usus dan perut adalah punca utama perut kembung selepas makan.

Ia boleh disertai dengan rasa ketidakselesaan ringan hingga rasa menyucuk yang menyakitkan. 

Kebanyakan individu yang mengalami masalah perut berangin melaporkan bahawa mereka berasakan seolah-olah ada sesuatu terperangkap di dalam perut.

Anda juga mungkin akan berasakan perut tampak seperti bengkak dan tegang,

Jadi apakah mungkin ada faktor lain yang boleh mengakibatkan perut menjadi kembung?

Banyak jawapan boleh diberikan sebagai punca yang mendasari keadaan tersebut. 

Namun berikut antara 11 punca paling biasa dialami kebanyakan individu bagi masalah perut kembung selepas makan, iaitu:

1. Bercakap sambil makan

Kedengaran kelakar, namun menelan terlalu banyak udara boleh terjadi apabila bercakap semasa makan atau mengunyah dengan mulut terbuka.

Ini boleh menyebabkan penumpukan udara pada saluran gastrointestinal, punca perut berangin.

2. Gula- gula getah

Sama seperti faktor di atas, mengunyah gula-gula getah juga akan mengakibatkan anda menelan lebih banyak udara.

Udara tersebut akan berkumpul pada saluran gastrointestinal, sekali gus menyebabkan perut menjadi kembung bagi sesetengah individu.

Baca juga:

3. Sindrom rengsa usus (IBS)

Masalah perut berangin selepas makan merupakan antara gejala biasa dialami individu yang menghidap IBS.

4. PMS boleh jadi punca perut kembung selepas makan

Sindrom pramentruasi (PMS) juga boleh menjadi punca masalah perut kembung disertai dengan senak dan sembelit.

5. Penyakit seliak

Merupakan gangguan autoimun jangka panjang yang memberi kesan pada usus kecil.

Keadaan perut berangin yang berlebihan mungkin petanda usus bertindak balas terhadap gluten yang terkandung dalam makanan – petanda anda mengalami penyakit seliak.

6. Intoleransi makanan

Perut kembung selepas makan adalah gejala khas intoleransi makanan atau alahan.

Sekiranya kalian kerap berasa perut berangin dan mengalaminya untuk tempoh yang lama, itulah petanda intoleransi makanan.

Keadaan kembung tersebut boleh terjadi dengan 3 cara:

  1. Penghasilan gas terlalu banyak sebagai tindak balas terhadap sesuatu makanan.
  2. Kesan intoleransi makanan, usus mungkin tidak kosong dengan betul.
  3. Makanan yang diambil mengakibatkan gas terperangkap dalam usus.

Umumnya, makanan paling cenderung menyebabkan wujudnya reaksi tindak balas ini adalah gandum atau gluten. 

perut kembung selepas makan

7. Minuman soda punca perut kembung selepas makan

Minuman berkarbonat seperti soda atau sparkling adalah punca biasa penyebab kembung perut.

Bahan buih (fizzy) dalam soda kegemaran anda – walaupun diet soda – boleh menyebabkan gas terperangkap di dalam perut, yang menyebabkan kembung dan sendawa berlebihan.

Sebaiknya hadkan jumlah pengambilan soda dan beralih kepada pilihan yang lebih sihat. 

Air dengan timun atau lemon adalah pilihan air berperisa yang baik untuk digabungkan dengan hidangan makanan anda. 

Sekiranya sudah berasa perut kembung, cuba minum teh pudina untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa itu. 

8. Makan atau minum terlalu cepat

Ini antara tabiat yang paling kerap dilakukan oleh kebanyakan kita, terutamanya kalau sedang mengejar masa, bukan?

Tetapi tahu tak, makan dan minum dengan cepat boleh meningkatkan jumlah udara yang ditelan, dan secara tidak langsung menyebabkan lebih banyak udara terkumpul pada saluran pencernaan.

9. Makanan berlemak tinggi

Lemak, amnya adalah sebahagian utama daripada diet sihat dan merupakan sumber tenaga penting.

Tubuh mencerna lemak dengan perlahan kerana ia mengambil masa lebih lama berbanding makanan lain untuk melalui saluran pencernaan, sekali gus melambatkan pengosongan perut.

Kesannya berlakulah keadaan perut kembung selepas makan!

10. Makanan berbungkus

Makanan siap dipek atau berbungkus sememangnya memudahkan kehidupan individu.

Walau bagaimanapun, makanan jenis ini kebiasaannya tinggi kandungan natrium, juga cenderung mempunyai jumlah bahan kimia monosodium glutamat (MSG) yang banyak bagi mengekalkan kesegaran. 

MSG dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepada perut berangin bagi sesetengah individu. 

perut kembung selepas makan

11. Makan lambat penyebab perut kembung

Ada kepercayaan mengatakan makan sebelum tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan, namun ia tidak tepat 100%.

Pengambilan makanan tinggi kalori daripada yang dibakar adalah punca berat badan naik.

Tetapi, hidangan berat sebelum tidur akan menyebabkan anda berasa seolah-olah mengalami pertambahan berat badan yang banyak dalam tempoh semalaman.

Ini kerana semasa tidur, sistem pencernaan tidak berfungsi dengan cekap seperti ketika bangun.

Bagi sesetengah individu, keadaan itu boleh mengakibatkan wujudnya masalah perut kembung selepas makan.

Kesimpulannya 

Apa yang disenaraikan di atas mungkin bukan punca mengapa anda mengalami perut berangin dan kembung.

Tetapi penyebab umum ini dapat membantu memberikan gambaran mengenai apa yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut anda itu. 

Jika terdapat kebimbangan tentang keadaan perut kembung selepas makan yang dialami itu, lakukanlah pemeriksaan dengan doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan