backup og meta

Tabiat Makan Punca Tekanan Darah Naik Dan Turun? Ini Penjelasannya

Tabiat Makan Punca Tekanan Darah Naik Dan Turun? Ini Penjelasannya

Tabiat pemakanan seseorang boleh memberikan kesan kepada bacaan tekanan darah. Bagaimana? Ayuh ikuti perkongsian artikel ini untuk lebih pemahaman mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Tabiat pemakanan punca bacaan tekanan darah turun atau lebih tinggi?

Tekanan darah adalah kadar bacaan blood pressure ke dinding arteri ketika ia bergerak daripada jantung ke seluruh tubuh anda. 

Secara amnya, tekanan darah di bawah 120/80 adalah normal. Manakala tekanan darah rendah adalah lebih rendah daripada 90/60. Tekanan darah tinggi atau hipertensi pula boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Sekiranya doktor menyarankan untuk anda mengukur tekanan darah di rumah, sebaiknya ambillah ukuran pada waktu sebelum bersarapan. Ini kerana bacaan selalunya lebih rendah berbanding selepas makan. 

Semasa makan, tubuh akan mengisyaratkan lebihan darah ke perut dan usus kecil. Pada masa sama, saluran darah jauh daripada sistem pencernaan menjadi sempit dan jantung akan berdegup lebih cepat dan kuat.

kadar bacaan tekanan darah

Manakala aliran dan tekanan darah ke otak, hujung kaki serta bahagian tubuh lain dikekalkan. 

Sekiranya saluran darah dan jantung tidak bertindak balas dengan betul terhadap darah tambahan yang dialirkan ke sistem pencernaan, bacaan tekanan darah pada bahagian tubuh lain akan menurun, dikenali sebagai hipotensi postprandial.

Situasi itu boleh mengakibatkan:

Berpuasa beri kesan kepada kadar bacaan tekanan darah?

Sememangnya betul bahawa amalan berpuasa dapat membantu menurunkan tekanan darah. 

Pun begitu, dalam masa yang sama, tabiat itu boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit jika dalam tempoh yang lama. Keadaan ini boleh membuatkan jantung terdedah kepada aritmia, atau ada masalah dengan irama mahupun degupan jantung anda.

kadar bacaan tekanan darah

Pemakanan & tekanan darah saling berkait

Tabiat pemakanan anda boleh mempengaruhi kadar tekanan darah.

Bagi individu dengan tekanan darah tinggi, anda boleh menurunkannya dengan mengubah apa yang dimakan. 

Amalan diet Dietary Approaches to Stop Hypertension atau DASH boleh membantu mengurangkan tekanan darah hingga 11 mm Hg.

Diet DASH rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi mengandungi:

Kawal garam bantu kurangkan kadar bacaan tekanan darah

Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan walaupun kecil jumlahnya dapat mengurangkan tekanan darah sebanyak 5-6 mm Hg.

Mengamalkan tabiat pemakanan diet Mediterranean juga dapat membantu menurunkan tekanan darah. Ia sama dengan diet DASH, cuma lebih tinggi pengambilan lemak.

Lemak utama dalam diet Mediterranean adalah lemak tak tepu tunggal daripada kacang, bijian dan minyak zaitun

Pengambilan makanan tinggi mineral berikut juga dapat menurunkan tekanan darah, seperti:

  • Kalium
  • Magnesium
  • Protein
  • Serat 

[embed-health-tool-heart-rate]

Faktor yang mempengaruhi bacaan tekanan darah

Jika memantau tekanan darah di rumah, anda harus mengetahui terdapat banyak faktor boleh mempengaruhi bacaan, seperti:

  • Bersenam. Ambil ukuran tekanan darah sebelum bersenam atau anda akan mendapat bacaan yang tinggi
  • Bersarapan. Pada waktu pagi, dapatkan bacaan tekanan darah sebelum bersarapan, kerana proses pencernaan akan menurunkan kadar bacaan. Jika perlu makan, tunggu selepas 30 minit selepas makan sebelum mengambil bacaan tekanan darah
  • Buang air. Pastikan anda mengosongkan pundi kencing atau ia akan menyebabkan bacaan anda tinggikadar bacaan tekanan darah
  • Alkohol, kafein dan tembakau. Untuk bacaan tepat, tunggu 30 minit selepas minum alkohol, kafein atau merokok
  • Saiz manset (cuff). Saiz yang tidak bersesuaian menyebabkan bacaan tidak tepat. Doktor boleh membantu menunjukkan cara memasang manset dengan betul
  • Pakaian. Untuk bacaan tepat, manset tidak boleh dipasang di atas pakaian, sebaiknya terus ke atas kulit lengan
  • Suhu. Dalam keadaan sejuk, bacaan tekanan dijangka akan meningkat
  • Kedudukan. Untuk hasil konsisten dan boleh dibandingkan, sentiasa gunakan lengan semasa melakukan pemeriksaan dan letakkan pada kedudukan yang betul. Elak daripada duduk dalam keadaan menyilang kaki
  • Tekanan. Elakkan berada dalam keadaan tertekan dan duduk dengan selesa sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 minit
  • Bercakap. Elakkan bercakap semasa mengambil tekanan darah, atau ia akan meningkatkan kadar bacaan tekanan darah anda

Untuk memastikan anda mendapat bacaan yang tepat, bawa monitor tekanan darah di rumah ke klinik atau hospital setahun sekali semasa temu janji pemeriksaan. Ia membolehkan perbandingan bacaan dengan peralatan doktor dilakukan. 

Baca juga:

Pemeriksaan doktor

Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kadar bacaan tekanan darah sebagai sebahagian daripada temu janji doktor. 

Bagi individu yang berusia 18 tahun, anda perlu melakukan pemeriksaan ini sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali.

Sekiranya anda mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tekanan darah tinggi atau berusia lebih daripada 40 tahun, lakukan pemeriksaan bacaan setiap tahun. 

Anda disarankan untuk berjumpa doktor, jika:

  • Bacaan tekanan darah tinggi, di atas 120/80, dan belum didiagnosis hipertensi
  • Mempunyai tekanan darah yang seimbang, tetapi bacaannya melebihi julat normal lebih daripada sekali
  • Mempunyai kebimbangan ubatan tekanan darah menyebabkan kesan sampingan kepada diri

[embed-health-tool-bmi]

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hypertension and Nutrition. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4249-hypertension-and-nutrition, Accessed on Sept 30, 2021
  2. What to know about elevated blood pressure after eating. https://ibcces.org/learning/what-to-know-about-elevated-blood-pressure-after-eating/, Accessed on Sept 30, 2021
  3. Fasting: How Does It Affect Your Heart and Blood Pressure? https://health.clevelandclinic.org/fasting-how-does-it-affect-your-heart-and-blood-pressure/, Accessed on Sept 30, 2021
  4. Lydia A. Bazzano, Torrance Green, Teresa N. Harrison & Kristi Reynolds (2013), Dietary Approaches to Prevent Hypertension. https://doi.org/10.1007/s11906-013-0390-z, Accessed on Sept 30, 2021
  5. Eating can cause low blood pressure. https://www.health.harvard.edu/heart-health/eating-can-cause-low-blood-pressure, Accessed on Sept 30, 2021
  6.  High blood pressure (hypertension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20373410, Accessed on Sept 30, 2021
  7. Low blood pressure (hypotension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20355465, Accessed on Sept 30, 2021
  8. What are the Symptoms of High Blood Pressure? https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/why-high-blood-pressure-is-a-silent-killer/what-are-the-symptoms-of-high-blood-pressure, Accessed on Sept 30, 2021

 

Versi Terbaru

24/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!

Orang Muda, Ikut 5 Langkah Ini Untuk Elak Penyakit Darah Tinggi Di Usia Tua!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan