Malah, jantung juga terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan. Perkara ini akan menyebabkan pesakit mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Semua ini dapat meningkatkan risiko pesakit untuk mengalami penyakit jantung dan strok.
Garam dapat ditemui di dalam pelbagai jenis makanan. Malah, makanan yang manis juga mempunyai garam.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda sentiasa membaca informasi yang dipaparkan di belakang kotak pembungkusan makanan. Kadangkala, garam akan dilabelkan sebagai sodium atau Na pada makanan tertentu.
Rakyat Malaysia mengambil terlalu banyak garam dalam masa sehari. Malah, jumlahnya juga dalam keadaan yang membimbangkan.
Menurut kajian My Coss pada tahun 2017/2018, rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 7.9 g atau 1.6 sudu teh garam setiap hari.
World Health Organization atau WHO menggalakkan kita untuk mengambil kurang daripada 5 g garam setiap hari.
Jika kita berjaya mengurangkan pengambilan garam, kita dapat mengurangkan kadar kematian yang berlaku disebabkan penyakit kardiovaskular dan strok.
Kurangkan makan garam, amalkan diet yang sihat

Bukan mudah untuk mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan, lebih-lebih lagi jika anda sudah biasa makan makanan yang masin.
Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan garam di dalam diet kita datang daripada makanan yang diproses dan dibungkus.
Jika anda mempunyai penyakit lemah jantung dan ingin mengurangkan garam dalam makanan, kami telah sediakan beberapa tip untuk membantu anda:
- Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Ia bukan sahaja berkhasiat, malah boleh dijadikan snek sihat untuk mengalas perut ketika lapar. Jika anda sukakan buah-buahan dalam tin, pastikan anda pilih produk yang tidak mempunyai garam (salt free atau no salt).
- Baca label di belakang pembungkusan makanan. Pilih makanan yang mempunyai kandungan garam yang rendah.
- Elakkan menggunakan terlalu banyak garam semasa memasak. Sebaliknya, gunakan kombinasi herba dan rempah untuk meningkatkan rasa semula jadi makanan.
- Ada makanan kegemaran? Cuba ubah suai resepi dan letakkan kurang garam.
Selain itu, pastikan anda bersenam dan aktif secara fizikal.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen