Bukan itu sahaja, pesakit strok juga perlulah mengambil ubat-ubatan mengikut jadual untuk memastikan kondisi ini dapat dikawal dengan baik.
Walaupun perubahan dari segi gaya hidup dapat mengawal angin ahmar, namun pengambilan ubat-ubatan juga memainkan peranan yang penting.
Tanpa ubat-ubatan, punca angin ahmar mungkin tidak dapat sembuh dengan sepenuhnya.
Kecederaan yang pesakit alami selepas strok boleh menyebabkan kecacatan kekal. Walaupun ada pesakit yang mampu sembuh dengan cepat, ada juga yang memerlukan sokongan sepenuh masa sebelum mampu berdikari semula.
Proses ini bergantung kepada simptom pesakit dan juga keseriusan strok yang dialami.
Pesakit strok selalunya akan dipantau di hospital dan pemantauan ini akan berterusan di rumah sehinggalah pesakit sembuh.
Selain itu, pesakit juga mungkin akan mengalami masalah psikologikal seperti depresi dan kegelisahan.
Malah, rasa marah, kecewa dan putus asa juga merupakan perasaan yang lazim dialami oleh pesakit strok.
Sama seperti simptom fizikal, simptom emosional ini juga perlu dirawat oleh pakar.
Oleh sebab itu, jika anda atau jagaan anda mengalami masalah emosional disebabkan strok, jangan malu untuk mendapatkan khidmat ahli psikologi untuk terapi atau kaunseling.
Kesimpulan
Penyakit jantung merupakan masalah yang amat lazim selepas serangan strok. Oleh sebab itu, pesakit strok perlulah berhati-hati dan perlu dipantau untuk penyakit seperti serangan jantung, aritmia ataupun kegagalan jantung.
Jika anda merupakan pesakit strok, pastikan anda mengikut nasihat doktor dan mengambil ubat-ubatan seperti yang dijadualkan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa akan datang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen