backup og meta

4 Penyakit Ini Penyebab Jantung Anda Berdegup Laju Tanpa Sebab, Jaga-Jaga Ya!

4 Penyakit Ini Penyebab Jantung Anda Berdegup Laju Tanpa Sebab, Jaga-Jaga Ya!

Bagi mereka yang sering mengalami masalah jantung berdebar tanpa sebab atau berdegup laju, pasti anda tertanya-tanya, kenapa ia berlaku? Mengapa saya alami masalah ini dan adakah ia merupakan sesuatu yang serius?

Pertama sekali, kondisi yang dikenali sebagai aritmia jantung ini selalunya bukanlah tanda sesuatu yang serius.

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab. Sebagai contoh, anxiety jantung berdebar boleh menyebabkan jantung anda berdegup laju.

Walau bagaimanapun, jika jantung anda kerap rasa berdebar dan tidak sedap hati dalam satu jangka masa yang panjang, anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

Kenapa jantung saya rasa berdebar dan tidak sedap hati?

Untuk pengetahuan anda, ada 4 penyakit organ ini yang mungkin menjadi punca anda mengalami jantung berdebar tanpa sebab dan sesak nafas seperti yang berikut:

#1. Jantung berdebar tanpa sebab kerana penyakit arteri koronari

jantung berdebar tanpa sebab
Pencetus organ jantung berdegup laju.

Saluran darah merupakan jalan raya bagi oksigen dan juga nutrien. 

Walau bagaimanapun, lemak, kolesterol dan kalsium boleh berkumpul dan membentuk plak pada kawasan arteri serta bertindak menghalang pengaliran darah, lalu menyebabkan penyakit arteri koronari.

Plak ini akan menyebabkan darah sukar untuk mengalir. Malah, kondisi ini boleh menyukarkan jantung untuk berfungsi dengan baik.

Menurut Dr. Pugazhendhi Vijayaraman dari Geisinger Northeast, penyakit arteri koronari boleh menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab atau berdegup laju. 

Apabila jantung mengalami kesukaran untuk mengepam darah, ia akan jadi semakin lemah dan menyebabkan aritmia.

Penyakit arteri koronari boleh menyebabkan aritmia yang berbahaya seperti fibrilasi atrium (AFib atau AF).

AFib merupakan satu kondisi yang menyebabkan jantung berdegup dengan pantas dan boleh menyebabkan palpitasi jantung, darah beku, serangan jantung dan strok.

Kenapa rasa berdebar tanpa sebab #2. Pembedahan jantung

Pembedahan jantung merupakan satu prosedur yang boleh menyelamatkan nyawa. Ia boleh mengeluarkan darah beku daripada jantung dan membantu pesakit untuk hidup dengan normal semula.

Walau bagaimanapun, pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung anda berfungsi termasuklah cara ia berdegup.

Pembedahan jantung boleh meningkatkan risiko aritmia jantung. Oleh sebab itu, doktor akan kekal memantau jantung anda selepas pembedahan.

#3. Perubahan pada otot jantung, salah satu punca jantung berdebar tanpa sebab

sebab jantung berdegup laju
Penyebab organ jantung berdegup laju.

Jika anda pernah mengalami sakit jantung, anda mungkin akan mempunyai tisu parut pada otot jantung anda. Tisu parut ini akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.

Akibatnya, pesakit akan kerap mengalami masalah jantung berdebar debar rasanya tak menentu.

Selepas serangan jantung, pesakit mempunyai risiko untuk mengalami cardiomyopathy. Cardiomyopathy merupakan satu penyakit yang mempengaruhi otot pada kawasan jantung.

Penyakit ini akan membuatkan jantung anda mengembang dan sukar untuk mengepam darah. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan jantung dan aritmia.

#4. Aritmia disebabkan ketidakseimbangan elektrolit

Mungkin anda pernah dengar mengenai elektrolit di dalam minuman sukan. Elektrolit ini merupakan sesuatu yang lebih kurang sama, tetapi ia berkait rapat dengan jantung anda.

Menurut Dr. Vijayaraman, elektrolit merupakan logam kecil dan halus yang boleh mengalirkan elektrik dan membolehkan jantung untuk berdegup.

Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk badan.

Jika anda mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit elektrolit, ia boleh mengubah cara jantung anda berdegup.

penyakit aritmia
Punca penyakit aritmia jantung.

Masalah ini boleh berlaku akibat beberapa sebab:

  1. Penyakit arteri koronari.
  2. Pembedahan organ jantung.
  3. Perubahan otot jantung.
  4. Ketidakseimbangan elektrolit.

Bila anda perlu berjumpa doktor

Walaupun masalah palpitasi jantung atau aritmia merupakan sesuatu yang normal, penyakit seperti AFib atau VFib merupakan sesuatu yang lebih serius dan boleh menyebabkan serangan jantung.

Jika anda kerap mengalami masalah jantung berdebar tanpa sebab dan sesak nafas, doktor boleh bantu melakukan diagnosis untuk mengetahui jenis aritmia yang anda alami.

Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin jika anda mengalami simptom seperti:

  • pening kepala
  • pengsan
  • sesak nafas
  • sakit pada kawasan dada

Simptom ini mungkin merupakan tanda aritmia yang teruk dan sakit jantung.

Sama jugalah jika anda rasa kejang pada sebelah badan. Jika simptom ini diikuti dengan rasa keliru dan muka yang mula melorot ke bawah, ini merupakan tanda strok.

Kini anda telah tahu beberapa kenapa tiba tiba jantung berdegup laju dan punca jantung berdebar tanpa sebab.

Oleh itu, anda perlu dapatkan khidmat doktor secepat mungkin untuk dapatkan cara hilangkan degupan jantung laju.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1.  4 reasons behind an irregular heartbeat. https://www.geisinger.org/health-and-wellness/wellness-articles/2018/02/09/16/06/4-reasons-behind-an-irregular-heartbeat. Accessed February 19, 2021. 
  2. Heart arrhythmia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-arrhythmia/symptoms-causes/syc-20350668. Accessed February 19, 2021. 
  3. Arrhythmia. https://medlineplus.gov/arrhythmia.html. Accessed February 19, 2021. 
  4. Irregular Heartbeat or Arrhythmia. https://www.narayanahealth.org/irregular-heartbeat/. Accessed February 19, 2021. 
  5.  Arrhythmia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16749-arrhythmia. Accessed February 19, 2021.

Versi Terbaru

21/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Uji Jantung Sihat? Cuba Naik Tangga 4 Tingkat Dalam Masa Bawah 1.5 MINIT!

Senarai 29 Jenis Makanan Anda Mesti Ambil @ Elak Lepas Kena Serangan Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan