backup og meta

Diet Mediterranean Tingkatkan Prestasi Senaman dengan Pantas! Boleh Cuba Lepas Ni

Diet Mediterranean Tingkatkan Prestasi Senaman dengan Pantas! Boleh Cuba Lepas Ni

Pernahkah anda semua mendengar mengenai sejenis diet pemakanan yang dinamakan sebagai diet Mediterranean? Seperti namanya, ia adalah jenis-jenis makanan yang berasaskan pemakanan mereka yang tinggal di negara di sekitar laut Mediterranean.

Apa yang menariknya mengenai pemakanan Mediterranean ini sehingga model pemakanan ini menjadi kajian dan terbukti bermanfaat pada tubuh? Ikutinya dengan lebih lanjut melalui artikel di bawah ini.

Diet Mediterranean tingkatkan prestasi atlet

Para penyelidik di Saint Louis University telah menemui bahawa, dengan mengamalkan diet Mediterranean boleh meningkatkan prestasi latihan ketahanan atlet hanya selepas empat hari.

Melalui kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition, para penyelidik mendapati bahawa para peserta yang telah berlari sejauh lima kilometer adalah enam peratus lebih pantas setelah makan makanan Mediterranean berbanding setelah makan makanan Barat.

Para penyelidik mendapati tidak terdapat sebarang perbezaan di antara kedua-dua diet dalam prestasi ujian senaman anaerobik.

Apa yang terkandung dalam diet Mediterranean?

diet mediterranean

Diet Mediterranean mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, minyak zaitun dan bijirin penuh. Diet ini juga kurang mengambil daging merah dan daging yang telah diproses, susu, lemak trans dan tepu serta gula halus yang diproses.

Sebagai perbandingan, diet Barat dicirikan melalui pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak yang tidak dimurnikan atau yang diproses secara minimum, pengambilan tinggi lemak lemak trans dan tepu, tenusu, gula halus, minyak sayur-sayuran yang ditapis dan diproses, garam dan makanan yang telah diproses.

Diet Mediterranean ada kesan antiradang, antioksidan

diet mediterranean

Penyelidik kanan kajian tersebut yang juga profesor dalam bidang pemakanan dan dietetik di Saint Louis University, Edward Weiss berkata, makanan Mediterranean adalah sangat bagus kerana mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan.

Beliau dan pasukannya membuat hipotesis bahawa kesan antiradang dan antioksidan melalui diet Mediterranean, tinggi kandungan pH alkali dan nitrat diet boleh membawa kepada prestasi latihan yang lebih baik.

Beliau turut menambah, banyak nutrien individu dalam diet jenis ini meningkatkan prestasi senaman dengan segera atau dalam masa hanya beberapa hari.

Walau bagaimanapun, manfaat diet jenis ini juga hilang dengan cepat apabila individu beralih kepada diet Barat; menekankan pentingnya pematuhan jangka panjang terhadap diet Mediterranean.

Kajian tersebut telah melibatkan tujuh orang wanita dan empat orang lelaki dalam kajian crossover urutan rawak.

Peserta berlari sejauh lima kilometer di atas treadmill sebanyak dua kali – sekali selepas empat hari dalam diet Mediterranean dan sekali lagi selepas empat hari menjalani diet Barat, dengan tempoh selama sembilan hingga 16 hari pemisahan di antara tempoh dua ujian tersebut.

Kebaikan diet Mediterranean

diet mediterranean

Weiss berkata, kajian itu mendapati masa yang diambil untuk berlari sejauh lima kilometer adalah enam peratus lebih cepat selepas mengambil diet ini berbanding diet Barat walaupun kadar degupan jantung yang sama dan penarafan tenaga yang dirasakan.

Beliau turut menyatakan, kajian ini memberikan bukti bahawa diet yang diketahui baik untuk kesihatan juga baik untuk prestasi senaman.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Michelle E. Baker, Kristen N. DeCesare, Abby Johnson, Kathleen S. Kress, Cynthia L. Inman, Edward P. Weiss. Short-Term Mediterranean Diet Improves Endurance Exercise Performance: A Randomized-Sequence Crossover Trial. Journal of the American College of Nutrition, 2019; 1 DOI: 10.1080/07315724.2019.1568322
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/03/190306125351.htm

Versi Terbaru

10/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tip Turunkan Berat Badan Dengan Diet Air Kosong! Rahsianya, Perlu Guna Air Bertapis

5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan