3 Perkara Ini PENTING Demi Jantung Yang Sihat, Jom Sama-sama Kita Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/12/2021

    3 Perkara Ini PENTING Demi Jantung Yang Sihat, Jom Sama-sama Kita Amalkan!

    Anda tidak pernah terlalu tua atau terlalu muda untuk menyedari mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung. Semakin cepat anda mengamalkan tips kesihatan jantung, semakin besar manfaatnya untuk diri.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Kepentingan menjaga kesihatan jantung anda

    Sebaiknya, penjagaan jantung harus bermula sedari awal dan berterusan sepanjang hayat. Namun kebanyakan daripada kita sering mengabaikannya sehinggalah sudah berusia.

    Nasib baik, anda tidak pernah terlambat untuk mula mengamalkan sebarang tips menjaga kesihatan jantung.

    Memahami fungsi jantung

    Mengapa pentingnya untuk mengamalkan tips kesihatan jantung?

    Umumnya, hati mempunyai tugas penting dalam memastikan tubuh terus berfungsi.

    Ia mengepam darah melalui sistem peredaran darah untuk menyuburkan organ dan tisu dalam badan anda.

    Apabila usia semakin meningkat, ia boleh mengubah komposisi saluran darah dan arteri, sekali gus menyekat aliran darah ke tubuh.

    kepentingan menjaga kesihatan jantung

    Arteri boleh menjadi tempat pengembangan plak, yang boleh menyekat aliran darah bebas dari dan ke jantung.

    Plak adalah bahan lilin yang dapat menyumbat arteri dan mengurangkan aliran darah jantung.

    Kesannya menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk menaikkan kadar degupan jantung atau tekanan darah.

    Lama-kelamaan, keadaan ini mengakibatkan aliran darah terhad dan melemahkan jantung – ini yang menjadi punca pelbagai penyakit jantung.

    Pentingnya amalkan tips kesihatan jantung

    Walaupun terdapat masalah jantung disebabkan genetik atau diwarisi, ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan kepentingan menjaga kesihatan jantung.

    Malah terdapat kebanyakan kes berkaitan jantung berlaku kesan amalan kesihatan yang buruk.

    Dengan mengubah dan mengamalkan gaya hidup lebih baik, ia secara tidak langsung anda dapat mengawal banyak perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung.

    Ada individu yang dengan mudahnya dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

    Tidak kurang juga yang hanya melakukannya setelah didiagnosis dengan gejala penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi.

    Jika tidak pasti bagaimana hendak memulakannya, anda boleh menambah satu amalan yang baik untuk penjagaan jantung dari masa ke masa.

    Baca juga:

    Tips menjaga kesihatan jantung

    Berikut antara beberapa petua amalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit jantung:

    Kepentingan menjaga kesihatan jantung #1. Bersenam secara berkala

    Sentiasa aktif akan membantu mengekalkan tahap kesihatan diri seiring pertambahan usia.

    Bersenam secara berkala dapat mengurangkan tekanan, menguatkan otot, meningkatkan pergerakan serta menghindari pertambahan berat yang berlebihan.

    Dapat mengawal tekanan membantu mengurangkan serangan jantung dan strok. Ia juga sering dikaitkan dengan risiko tekanan darah tinggi.

    Senaman yang dilakukan juga dapat menurunkan bahaya terkena plak pada arteri.

    Anda tidak perlu mendaftar sebagai ahli gim atau membeli alatan mahal untuk bersenam. Kunci utamanya adalah untuk bangun dan bergerak!

    Lakukan aktiviti berjalan kaki, memilih tangga berbanding lif, melakukan tekan tubi atau duduk tubi mahupun menari.

    Dicadangkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit aktiviti intensiti sederhana bagi dewasa dalam tempoh seminggu.

    Kanak-kanak juga perlu bergerak aktif. Galakkan anak anda untuk bersenam 1 jam setiap hari.

    kepentingan menjaga kesihatan jantung

    #2. Makan secara sihat, antara kepentingan menjaga kesihatan jantung

    Kepentingan menjaga kesihatan jantung dari aspek pemakanan adalah melibatkan keseimbangan.

    Pemakanan sihat dan seimbang haruslah terdiri daripada buah-buahan, sayuran, bijian, kekacang dan protein tanpa lemak.

    Jika ia adalah amalan anda setiap hari, tidak salah untuk sekali-sekala memanjakan diri dengan memakan sesuatu yang digemari.

    Jangan rasa bersalah jika anda memakan sesuatu sebagai ganjaran untuk diri kerana mengamalkan pemakanan yang sihat.

    Cuma jangan terlalu kerap, ya?

    Pilihlah sayuran dengan pelbagai variasi warna bagi memastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan.

    Kurangkan atau elakkan pengambilan makanan diproses, seperti makanan sejuk beku, dan makanan siap dimakan – kerepek kentang.

    Cari makanan yang rendah kandungan garam.

    Tukarkan minuman tenaga dan karbonat dengan air kosong. Ini kerana jumlah gula di dalam kedua-dua minuman tersebut adalah tinggi dan sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan!

    Sasarkan pengambilan cecair harian sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.

    kepentingan menjaga kesihatan jantung

    Tips menjaga kesihatan jantung #3. Berhenti merokok

    Kita semua sedia maklum bahawa merokok adalah satu tabiat yang tidak baik untuk kesihatan diri secara amnya.

    Ia menyebabkan barah, merosakkan paru-paru dan paling utama ia tidak bagus untuk hati anda.

    Merokok meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung. Tabiat ini juga boleh merosakkan lapisan arteri.

    Kenapa antara kepentingan menjaga kesihatan jantung adalah dengan tidak merokok?

    Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa tabiat ini adalah penyebab utama penyakit jantung koronari – punca serangan jantung.

    Jika anda adalah seorang perokok, ini adalah masa yang terbaik dan tepat untuk berhenti.

    Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk melaksanakannya, seperti ubatan tertentu serta kaedah berhenti merokok lain, antaranya tampal nikotin.

    Jangan memilih vaping untuk berhenti merokok kerana ia tidak membantu.

    Elakkan juga daripada menjadi perokok pasif.

    Amalan gaya hidup bebas asap rokok adalah yang terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/12/2021

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan