Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jantung Selalu Berdegup Laju? Atasinya Dengan 4 Cara Mudah Ini, Pasti Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/06/2021

    Jantung Selalu Berdegup Laju? Atasinya Dengan 4 Cara Mudah Ini, Pasti Berkesan!

    Pernahkah jantung anda tiba-tiba berdegup laju dan kuat tanpa sebab? Kadang-kadang, anda boleh rasa kesan jantung berdegup kencang pada kawasan dada dan leher anda secara tiba-tiba.

    Sebenarnya, semua orang alami masalah ini dari semasa ke semasa. Faktor seperti tekanan, senaman dan pengambilan kafein yang berlebihan boleh membuatkan jantung anda tiba-tiba berdegup laju.

    Kondisi ini turut dikenali dengan nama palpitasi jantung dan selalunya ia bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

    Palpitasi menyebabkan jantung berdegup laju?

    jantung berdegup laju

    Palpitasi jantung merupakan satu keadaan yang menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab untuk beberapa minit.

    Walaupun kondisi ini nampak merisaukan, ia selalunya tidak berbahaya dan bukanlah tanda masalah jantung.

    Normal untuk jantung berdegup laju ketika anda sedang sakit atau demam. Malah, senaman juga boleh menyebabkan degupan jantung hilang ritmanya untuk seketika.

    Bagaimana pula jika anda mengalami degupan jantung yang terlebih atau terkurang?

    Jangan risau, sama seperti masalah palpitasi jantung, kondisi yang dikenali dengan nama degupan ektopik ini juga merupakan sesuatu yang normal dan tidak serius.

    Tetapi, jika jantung anda kerap berdebar tanpa sebab dan degupannya juga tidak sama, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.

    Kadangkala, masalah palpitasi jantung dan degupan ektopik boleh berlaku disebabkan fibrilasi atrium (AF). AF merupakan masalah jantung yang serius dan perlukan pantauan dan rawatan daripada ahli kardiologi.

    Cara mengelakkan jantung berdegup laju dan kuat

    Sebenarnya, jika palpitasi jantung yang anda alami merupakan sesuatu yang tidak serius, ada banyak langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkannya. Antaranya ialah:

    1. Elak jantung berdegup laju dengan cuba bertenang

    jantung berdegup laju

    Salah satu punca jantung berdegup dengan kuat ialah tekanan atau stres. Oleh sebab itu, jika anda kerap mengalami masalah palpitasi jantung, cuba amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, yoga atau tai chi.

    Selain itu, amalan meditasi juga boleh dilakukan sepanjang hari, dan bukannya hanya ketika anda stres.

    Cuba berhenti daripada melakukan sebarang kerja setiap 1-2 jam. Tenangkan fikiran anda dan cuba tarik nafas dalam-dalam.

    Masalah palpitasi jantung boleh dielakkan jika anda bertindak mengawal tahap stres anda setiap hari. Tak percaya? Cubalah!

    2. Elakkan pengambilan kafein untuk kurangkan palpitasi jantung

    Minuman yang mempunyai kafein seperti teh dan kopi boleh membuatkan jantung anda berdegup laju dan kuat.

    Cuba gantikan semua minuman ini dengan air kosong. Air kosong bukan sahaja lebih sihat, ia juga tidak akan menyebabkan jantung anda berdebar atau mengalami dehidrasi seperti kopi atau teh.

    3. Jangan merokok

    Amalan merokok boleh menyebabkan jantung anda berdegup kencang tanpa sebarang sebab.

    Menurut kajian yang dilakukan oleh Boston University, mereka mendapati individu yang merokok mempunyai risiko sebanyak 37% lebih tinggi untuk mengalami masalah palpitasi jantung berbanding orang lain.

    Malah, mereka yang merokok juga lebih berisiko untuk menghidap penyakit kronik seperti kanser paru-paru dan sakit jantung.

    Oleh sebab itu, apa tunggu lagi, marilah berhenti merokok untuk kesihatan yang lebih baik. Berhenti merokok bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah juga boleh menjimatkan banyak wang!

    Tak percaya? Jom kira dengan kalkulator kami di bawah.

    [health_tool_article id=”75148″]

    4. Pastikan tahap elektrolit dalam badan anda seimbang

    Elektrolit membantu memberi signal elektrik di dalam badan manusia. Kesemua signal ini penting untuk memastikan jantung dapat berfungsi dengan normal.

    Jika anda kerap mengalami masalah palpitasi jantung, cuba ambil makanan yang kaya dengan elektrolit seperti magnesium, potassium, sodium dan kalsium.

    Kebanyakannya boleh didapati di dalam makanan seperti avokado, pisang, kekacang dan juga ikan.

    Kesimpulan

    jantung berdegup laju

    Jika jantung anda berdegup dengan pantas, cuba tanya diri sama ada anda:

    1. Sedang tertekan?
    2. Minum lebih banyak kopi daripada biasa?
    3. Alami tekanan darah rendah?

    Jika anda tidak mengalami palpitasi jantung disebabkan perkara-perkara di atas, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/06/2021

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan