backup og meta

Orang Dewasa Pun Wajib Minum Susu, Ini Cara Tepat Pilih Susu Dewasa Untuk Tubuh Sihat!

Orang Dewasa Pun Wajib Minum Susu, Ini Cara Tepat Pilih Susu Dewasa Untuk Tubuh Sihat!

Anda selalu sibuk dengan aktiviti harian? Atau sentiasa aktif dengan tugasan belajar dan kerjaya? Meskipun sibuk dengan sebarang rutin, anda masih perlu memastikan kesihatan tubuh badan berada dalam keadaan yang optimum. Jika anda rasa diet anda adalah kurang seimbang disebabkan kekangan waktu setiap hari, anda boleh mempertimbangkan pengambilan produk tenusu seperti susu dewasa

Ini kerana, susu untuk dewasa ini biasanya mengandungi kandungan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari. 

Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dan dipertimbangkan sebelum anda membeli susu dewasa. Sila lihat penerangan di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Kandungan susu dewasa yang mesti diperhatikan sebelum beli

Terdapat pelbagai jenama dan jenis susu untuk orang dewasa yang dijual di pasaran, sehingga kita tidak tahu hendak beli yang mana satu.

Perlu diketahui bahawa setiap pengeluar mempunyai formula susu mereka yang tersendiri dan mungkin agak sukar  untuk anda memilih yang mana bersesuaian. 

Jangan risau, anda boleh mempertimbangkan kandungan-kandungan nutrisi seperti di bawah ini supaya ada dalam susu yang hendak dibeli. 

#1. Susu dewasa tinggi protein

Pastikan susu yang hendak dibeli itu tinggi kandungan protein.

Mengapa? Ini kerana protein sangat penting dalam perkembangan dan kekuatan otot tubuh 1, khususnya bagi anda yang sentiasa bergerak aktif setiap hari. 

Kajian juga telah mengesahkan bahawa, pengambilan protein yang tinggi boleh membantu meningkatkan saiz dan kekuatan otot apabila diambil bersama senaman kerap 2.

Jika tubuh anda kekurangan protein, ia boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti rambut dan kuku yang rapuh, rasa lapar, badan terasa lemah, mudah jatuh sakit, perubahan emosi, serta kelemahan otot 3.

Protein biasanya boleh didapati daripada sumber makanan seperti ikan, ayam, telur dan juga daging. Selain itu, susu juga membantu memberikan keperluan protein harian yang anda perlukan. 

#2. Mengandungi kalsium dan fosforus

susu dewasa
Susu boleh memenuhi keperluan nutrisi harian.

Selain daripada protein, kandungan kedua yang mesti ada dalam susu dewasa ialah kalsium dan juga fosforus. 

Tulang yang sihat dan kuat sememangnya memerlukan kalsium dan fosforus. Hal ini kerana, pembentukan dan penyusutan tulang bergantung kepadanya. Selain itu, keduanya juga penting untuk gigi yang sihat 4 5

Kalsium memainkan peranan penting dalam memperbaiki dan mengekalkan ketumpatan tulang. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting bagi membantu mengurangkan risiko osteoporosis pada usia tua 6.

Manakala fosforus pula sangat penting untuk metabolisme badan seperti cara tubuh memproses karbohidrat dan lemak, menyokong penghasilan protein dalam badan dan pembaikan sel serta tisu 5.

Bagi mereka yang berumur antara 19 hingga 50 tahun, saranan pengambilan kalsium harian adalah sebanyak 1,000 mg bagi kedua-dua lelaki dan perempuan 7.

Untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi setiap hari seperti ini, anda boleh mengambilnya menerusi makanan seperti kekacang, biji-bijian dan keju

Susu seperti susu dewasa juga adalah antara jenis minuman yang diformulasi kaya dengan kalsium. 

Jadi, pastikan susu yang anda pilih itu mengandungi kalsium dan fosforus. 

#3. Susu dewasa mestilah mengandungi zat besi

Zat besi juga merupakan antara nutrien penting yang perlu dilihat dalam susu yang hendak dibeli.

Zat besi merupakan komponen dalam hemoglobin yang berperanan membawa atau membekalkan oksigen ke seluruh bahagian tubuh 8.

Selain itu, zat besi yang mencukupi dalam tubuh badan juga boleh mengurangkan risiko kita daripada mendapat penyakit anemia 9

Bukan itu sahaja, sesetengah jenis hormon badan juga memerlukan zat besi dalam proses sintesisnya dan tindakannya ke atas sel sasaran 10

Selain itu, zat besi juga penting dalam menyokong fungsi sel imun 11 dalam badan, yang penting untuk mengekalkan sistem pertahanan yang baik. 

Saranan pengambilan zat besi harian bagi lelaki berumur 19 tahun ke atas adalah sebanyak 9 mg. Manakala bagi wanita berumur 19 – 50 tahun adalah 20mg sehari 12

Oleh sebab itu, pastikan susu untuk dewasa yang ingin dibeli perlulah mengandungi zat besi yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian tubuh. 

Selain susu, anda juga boleh mendapatkan zat besi daripada makanan seperti bayam, kangkung, kerang dan daging tanpa lemak. 

#4. Mesti ada vitamin B

Vitamin B juga adalah antara nutrien yang perlu diambil oleh setiap orang.

Vitamin B seperti asid folik and vitamin B12 berperanan dalam membantu menghasilkan sel darah merah baharu, Vitamin B1, B2, B3, asid pantotenik dan B6 membantu menukarkan makanan kepada tenaga selain mengekalkan kesihatan sel kulit, otot, otak dan juga fungsi saraf  13 14 15

Jadi, jika anda seorang yang aktif setiap hari, maka susu dewasa yang mengandungi / tinggi dengan vitamin B seperti ini amatlah penting untuk memenuhi keperluan harian seterusnya menyokong kesihatan keseluruhan anda. 

Anda juga boleh mendapatkan vitamin B daripada makanan seperti kekacang, roti bijirin penuh dan buah-buahan segar.

#5. Jangan lupa lihat kandungan vitamin A dalam susu dewasa

susu dewasa
Susu sememangnya baik untuk semua golongan.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk melihat kepada kandungan vitamin A dalam susu yang hendak dibeli.

Ini kerana, vitamin A sangat sinonim dengan deria penglihatan manusia.

Vitamin A membantu meningkatkan dan memelihara kesihatan mata kita. 

Antaranya seperti mengelakkan daripada penyakit-penyakit mata dan bertindak sebagai antioksidan bagi memeliharanya daripada kerosakan akibat radikal bebas 16.

Malah, vitamin A yang mencukupi juga boleh mengelakkan masalah rabun malam daripada berlaku 17.

Selain itu, vitamin A juga membantu mengekalkan sistem pertahanan badan, yang penting untuk mengurangkan risiko anda daripada terkena jangkitan penyakit 18

Antara makanan yang kaya dengan vitamin A ialah sayuran berdaun hijau, buah tomato dan telur. 

Sumber vitamin A dalam diet harian anda juga boleh didapati dengan pengambilan susu yang diperkaya.

#6. Pilih susu dewasa yang tidak mengandungi sukrosa tambahan 

Pastikan anda semak kandungan gula dalam susu semasa anda beli sesuatu produk.

Pilihlah susu yang tidak mengandungi sukrosa tambahan kerana ia tentunya pilihan yang lebih baik untuk tubuh anda. 

Apatah lagi bagi individu dewasa, pilihan makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang lebih rendah penting bagi membantu mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan. 

Perlu tahu bahawa pengambilan kalori yang berlebihan meningkatkan risiko kegemukan yang menyumbang kepada penyakit jantung atau diabetes. 

Anda boleh mempertimbangkan Susu Anlene Total 10 kerana ia bukan sahaja tiada sukrosa tambahan, tetapi juga boleh membekalkan anda dengan nutrisi-nutrisi utama / penting seperti yang disenaraikan di atas. 

Antara nutrien penting yang terdapat dalam susu ini ialah: 

  • Tinggi kalsium dan vitamin D: Dua gelas susu Anlene Total 10 membantu memenuhi 100%* kalsium dan vitamin D yang diperlukan dalam sehari. (*berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium dan vitamin D, wanita berusia 51 – 65 tahun) 
  • Tinggi protein: Susu Anlene Total 10 juga mengandungi protein tinggi daripada sumber whey, kasein dan soya. Ia penting untuk menyokong perkembangan dan kekuatan otot badan 1
  • Kolagen dan vitamin C: Kolagen merupakan komponen penting pada tulang rawan sendi. Vitamin C merupakan sejenis antioksidan 19 yang mengurangkan ancaman radikal bebas dalam badan termasuk sendi  
  • Vitamin B: Susu Anlene Total 10 mengandungi pelbagai jenis vitamin B seperti vitamin B1, B2, B3, B5 (asid pantotenik), B6, B7 (biotin) dan B12
  • Inulin: Sejenis prebiotik yang membantu menyokong persekitaran usus yang baik. Ia juga merupakan sejenis serat makanan yang membantu melancarkan sistem penghadaman   
  • Zat besi: Anlene Total 10 membantu membekalkan zat besi kepada tubuh anda
  • Kurang laktosa dan tiada sukrosa tambahan: Susu Anlene Total 10 kurang laktosa berbanding susu biasa. Ia juga tiada sukrosa tambahan, menjadikannya pilihan yang bijak untuk anda sekeluarga

Lihat juga nutrien penting lain!

Selain daripada nutrien utama seperti di atas, anda juga perlu melihat kepada nutrien tambahan lain yang diformulasikan dalam susu dewasa.

Antaranya ialah seperti vitamin E, zink, magnesium, selenium, folat dan mineral-mineral lain. 

Ini kerana, setiap nutrisi memberikan manfaat yang tertentu kepada tubuh anda. 

susu dewasa
Piramid Makanan Malaysia terkini.

Menariknya, susu Anlene Total 10 turut mengandungi kesemua nutrien-nutrien tambahan ini. 

Jadi, anda boleh mengambilnya dengan penuh keyakinan

Susu Anlene untuk orang tua sahaja? Tidak, ia boleh diambil oleh individu berusia 19 tahun dan ke atas. 

Kami menyarankan pengambilan susu Anlene | Jenama susu dewasa No.1 yang disyorkan oleh profesional kesihatan 20

BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bonjour, J. (2016). The dietary protein, IGF-I, skeletal health axis. Hormone Molecular Biology and Clinical Investigation, 28, 39 – 53. https://doi.org/10.1515/hmbci-2016-0003. Diakses pada November 21, 2023. 
  2. Morton, R., Murphy, K., McKellar, S., Schoenfeld, B., Henselmans, M., Helms, E., Aragon, A., Devries, M., Banfield, L., Krieger, J., & Phillips, S. (2017). A systematic review, meta-analysis and meta-regression of the effect of protein supplementation on resistance training-induced gains in muscle mass and strength in healthy adults. British Journal of Sports Medicine, 52, 376 – 384. https://doi.org/10.1136/bjsports-2017-097608. Diakses pada November 21, 2023.
  3. Are you getting enough protein? Here’s what happens if you don’t. https://www.uclahealth.org/news/are-you-getting-enough-protein-heres-what-happens-if-you-dont. Diakses pada November 21, 2023.
  4. Calcium. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/calcium/. Diakses pada November 21, 2023.
  5. Phosphorus in diet. https://medlineplus.gov/ency/article/002424.htm#:~:text=Function&text=The%20main%20function%20of%20phosphorus,repair%20of%20cells%20and%20tissues. Diakses pada November 21, 2023.
  6. Zhu, K., & Prince, R. L. (2012). Calcium and bone. Clinical biochemistry, 45(12), 936–942. https://doi.org/10.1016/j.clinbiochem.2012.05.006. Diakses pada November 21, 2023.
  7. Calcium. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/. Diakses pada November 21, 2023.
  8. Youssef, L., & Spitalnik, S. (2017). Iron: a double‐edged sword. Transfusion, 57. https://doi.org/10.1111/trf.14296. Diakses pada November 21, 2023.
  9. Iron deficiency anemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/symptoms-causes/syc-20355034. Diakses pada November 21, 2023.
  10. Saifi, N., , N., & Jamal, Y. (2017). Study of Serum TSH in Healthy Individuals on Non-Vegetarian and Lacto-Vegetarian Diet. . https://doi.org/10.21275/art20175111. Diakses pada November 21, 2023.
  11. Nutrition and Immunity. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/nutrition-and-immunity/. Diakses pada November 21, 2023. 
  12. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. https://hq.moh.gov.my/nutrition/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf. Diakses pada November 21, 2023.
  13. Koury, M., & Ponka, P. (2004). New insights into erythropoiesis: the roles of folate, vitamin B12, and iron.. Annual review of nutrition, 24, 105-31. https://doi.org/10.1146/ANNUREV.NUTR.24.012003.132306. Diakses pada November 21, 2023.
  14. Laquale, K. (2006). B-Complex Vitamins’ Role in Energy Release. Athletic Therapy Today, 11, 70-73. https://doi.org/10.1123/ATT.11.6.70. Diakses pada November 21, 2023.
  15. Mikkelsen, K., & Apostolopoulos, V. (2019). Vitamin B1, B2, B3, B5, and B6 and the Immune System. Nutrition and Immunity. https://doi.org/10.1007/978-3-030-16073-9_7. Diakses pada November 21, 2023.
  16. Preedy, V. (2012). Vitamin A and Carotenoids. . https://doi.org/10.1039/9781849735506. Diakses pada November 21, 2023.
  17. John, D., & Mp, B. (2016). Awareness of Vitamin A Deficiency among Middle Aged Men-Research. , 5, 1-3. https://doi.org/10.4172/2376-1318.1000144. Diakses pada November 21, 2023.
  18. Woodland, D. (2016). Vitamin A Influence on B Cell Class Switch Recombination.. Viral immunology, 29 2, 73. https://doi.org/10.1089/vim.2016.29006.dlw. Diakses pada November 21, 2023.
  19. DePhillipo, N. N., Aman, Z. S., Kennedy, M. I., Begley, J. P., Moatshe, G., & LaPrade, R. F. (2018). Efficacy of Vitamin C Supplementation on Collagen Synthesis and Oxidative Stress After Musculoskeletal Injuries: A Systematic Review. Orthopaedic journal of sports medicine, 6(10), 2325967118804544. https://doi.org/10.1177/2325967118804544. Diakses pada November 21, 2023.
  20. Tinjauan IQVIA dalam kalangan 225 profesional kesihatan (doktor, pakar bedah ortopedik, pakar diet dan pakar pemakanan) di negara-negara Asia Tenggara terpilih bermula 15 Disember 2022 hingga 31 Mac 2023 (Sumber: Anlene Client Brief). Diakses pada November 21, 2023.

Versi Terbaru

24/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Nutrien Ini Perlu Ada Untuk Membina Tulang Yang Kuat, Ini Cara Untuk Anda Dapatkannya!

Selalu Rasa Sakit Di Bahagian Sendi Jari Tangan? Ada 6 Punca Anda Perlu Awasi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan