home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ketahui Apa Itu "Inteloransi Laktosa"

Ketahui Apa Itu "Inteloransi Laktosa"

Apa itu laktosa? Laktosa adalah gula semula jadi yang terdapat dalam kebanyakan prosuk tenusu. Individu yang mengalami intoleransi laktosa sukar untuk mencerna laktosa secara normal.

Oleh sebab itu, rancangan pemakanan yang bersesuaian amat penting untuk mengurangkan simptom yang menyebabkan masalah inteloransi laktosa.

Apa itu laktosa dan masalah intoleransi laktosa?

apa itu laktosa

Setelah memahami apa itu laktosa, anda juga perlulah mengetahui apakah maksud sebenar masalah inteloransi laktosa.

Inteloransi laktosa lebih biasa berlaku dalam kalangan dewasa berbanding kanak-kanak kerana bayi bergantung kepada susu ibu untuk mendapatkan nutrien.

Semakin meningkat usia, tubuh kita kurang bergantung kepada susu dan mengurangkan laktase, iaitu enzim yang diperlukan untuk memecahkan laktosa.

Lama-kelamaan, pengambilan produk tenusu boleh menyebabkan cirit-birit, mual dan angin. Disebabkan itu kebanyakan individu menghindari makanan ini.

Walau bagaimanapun, produk makanan harian mengandungi sejumlah besar kalsium dan vitamin D, yang mana diperlukan untuk membina tulang yang kuat.

Pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tulang rapuh. Disebabkan itu anda harus mengubah diet tanpa laktosa untuk menjamin kesihatan secara menyeluruh.

Adakah perlu mengelakkan makanan tenusu?

apa itu laktosa

Walaupun inteloransi laktosa menyusahkan, namun tidak bermakna kita tidak boleh memakan makanan yang mengandungi laktosa.

Walaupun mengalami keadaan inteloransi laktosa, individu tersebut masih boleh menyerap sebilangan tertentu laktosa, dan pada tahap ini berbeza antara individu.

Sesetengah penyelidikan juga menunjukkan kemungkinan bahawa individu dengan inteloransi laktosa akhirnya boleh membina toleransi dengan mengambil sedikit susu.

Ini akan mengubah bakteria usus dan menjadikannya mudah untuk mencerna laktosa. Anda boleh cuba menambah segelas susu semasa makan tengah hari atau yogurt yang rendah laktosa.

Anda juga boleh mengambil tablet laktase untuk membantu mencerna laktosa daripada farmasi.

Risiko laktosa tersembunyi

apa itu laktosa

Jika anda telah merancang diet dengan ketat dan masih mendapat simptom berkenaan, ia disebabkan oleh beberapa sumber laktosa yang mungkin anda terlepas pandang.

Sesetengah makanan boleh mengandungi laktosa dalam ramuannya seperti roti, makanan bakeri, bijirin yang diproses, sup, sos krim dan salad.

Anda mungkin perlu memeriksa label makanan dengan teliti untuk bahan seperti whey, kasein, dadih dan produk tenusu.

Selain itu, ubatan tertentu juga mengandungi lakstosa seperti sesetengah vitamin dan pil perancang. Amalkan diet yang dirancang dengan baik dan berikan perhatian kepada makanan anda.

Dengan artikel ini, diharapkan pembaca dapat lebih memahami apa itu laktosa secara lebih mendalam. Jika anda sering alami masalah setelah mengambil makanan yang bersusu, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/lactose-intolerance
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lactose-intolerance/symptoms-causes/syc-20374232
  3. https://www.nhs.uk/conditions/lactose-intolerance/
  4. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/lactose-intolerance
  5. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7317-lactose-intolerance
Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 05/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x