Fungsi vitamin E dalam tubuh
Vitamin E bersifat antioksidan. Ini bermakna ia melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan bahan yang dipanggil radikal bebas, yang berbahaya untuk sel, tisu dan organ – mempunyai kaitan dengan penuaan.
Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K.
Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.
Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E setiap hari. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen